Resepi Cicahan (SOS) & BBQ
 
 
        SAMBAL

                    

SAMBAL TEMPOYAK UDANG

½ kilo udang sederhana besar
20 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih di tumbuk hingga lumat
½ inci kunyit hidup
6 sudu besar Tempoyak
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
2 batang serai – diketuk
½ cawan air
Garam secukup rasa

-Another alternative:
gula dan garam secukup rasa
1 biji kelapa 3 cawan santan (gantikan air)- sukatan untuk 1 Kg udang.

Cara-caranya
Udang dibersihkan dan ditoskan.Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, tempoyak, air dan serai, gaul hingga sebati.Kacau sehingga adunan tersebut pekatMasukkan udang dan daun kunyitBiarkan seketika hingga udang masak.Sedap dimakan dengan ulam petai atau kacang botol.
Ruj: Bernama Resipi


Sambal Tempoyak Pahang
Ruj: Anjung Cafe

bahan-bahannya:-

35 biji cili padi
10 batang serai
15 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit
isi kunyit 1/2 inci
100gm ikan bilis
tempoyak 1 mangkuk
gula 3 sudu
garam kasar 1 sudu(secukup rasa)

cara-caranya:-

1. tumbuk cili hingga lumat bersama garam kasar dan isi kunyit.
2. hiris halus daun kunyit, pucuk kaduk serta serai.
3. masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk gaulkan bersama-sama dengan bahan-bahan yang telah dihiris. masukkan tempoyak kacau sebati bersama 2 mangkuk air dan last sekali masukkan ikan bilis.
4. kemudian barulah jerang di atas api yang perlahan hingga mendidih. masukkan gula secukup rasa.
5. bila sudah masak tutup api dan hidangkan bersama ulam-ulaman seperti petai padi, pucuk ubi rebus, jantung pisang rebus dll. makan hingga menjilat jari hingga tak nampak orang di tepi.

(p/s boleh dimasukkan bahan-bahan lain seperti udang dll mengikut selera)
 

 
sambal tempoyak 
[Paja]

tempoyak
ikan bilis
cili merah @ cili padi (tumbuk)
garam
daun kunyit (hiris halus)

masuk semua bahan kecuali daun kunyit dalam periuk, tanak sampai masak. bila dah pekat, masukkan daun kunyit. Wallaaaa!!! terangkat makan dengan nasi panas

Sambal Tempoyak Masak [intan_adlina]

Bahan A
1 cekak pucuk ubi
1 cekak daun kaduk
1 cekak pucuk labu
4 helai daun kunyit
4 helai pucuk asam gelugur
4 helai pucuk salam
2 batang serai

Bahan A hendaklah di hiris halus halus.


Bahan B
1 biji bawang besar dimayang
50 gram ikan bilis
1 senduk tempoyak
lCili api di tumbuk halus (ikut suka banyak mana)
1 sudu tea gula.
1 sudu tea serbuk kunyit


Cara?

Masukkan semua bahan A dan bahan B bersama dlm kuali
Nyalakan api dlm keadaan serdehana
Gaul dan tambah sedikit air.
Dah layu semua daun, dah masak la tu...

TAMBAHAN, LETAK SANTAN (sebiji kelapa), kemudian dicampur semua adunan


AIR ASAM

Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam
(direndam ½ cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan


Sambal Thai Style 
[amelie_poulain]

Ingredients:
10 biji cili api / 2 biji cili merah & 2 biji cili hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu teh nampla - thai fish/squid sauce
gula
garam(optional)

Methods:
Tumbuk cili dan bawang. Bila sudah cukup lumat (ikut preference sendiri nak halus or kasar) Masukkan nampla dan mix well. Tambah gula secukup rasa dan garam kalau perlu. Jangan tumbuk lagi sekarang! Nanti mercik masuk mata, cukup sekadar gosok2kan lesung tu untuk mix the sambal.
 

 
sambal tumis cili api berserta buah tomato segar [anaknegerigak]

3 bijii tomato segar 
segenggam cili api
dua biji bawang besar
belacan (lebih sikit tak bagi pedas)
sedikit perasa

blend cili ngan bawang besar dan belacan..takyah hancur sangat pun tak per
tumis didalam minyak yang panas hingga agak kering dan bau (dinasihatkan tutup dengan penutup periuk bagi mengelakkan bersin yang tak disangka)
dah kering..masukkan jer buah tomato yang telah dipotong enam..kacau dan terus kacau.jangan sampai lembek sangat...sedang-sedang ler.


Tomato bakar
bakar tomato..kasi macam hangus-hangus sikit ler..lebih kurang cam bakar jagung..makanlah

 

Ikan bakar + sambal belacan + mangga muda 
[tenko]

Kalau ada ikan bakar yg tak habih tu, buang tulang2nya.
Then, tumbuk cili api, garam, gula dan belacan (cam nak buat sambal belacan).
Pastu, campurkan isi ikan tadi then tumbuk sekali ngan sambal tuh.
Gaulkan dgn mangga muda yg masam!
 

SAMBAL LANUN
 [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1-2 gengam ikan bilis
? sudu kecil belacan } bergantung kpd tahap kepoweran belacan tersbt, nak tambah lagi boleh gak tapi sapa2 yg ada resdung awasssss..
10 tangkai cili padi } dibelah 2 nak lagi pedas boleh buh byk2.
sedikit minyak

Cara membuat:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat ketepikan
Masukkan pula cili api, goreng sekejap hingga naik bau angkat.
Goreng pula belacan sekejap hingga harum semerbak..angkat
Pastu campurkan ikan bilis, cili api dan belacan kemudian bolehlah tumbuk atau kisar dgn blender kering hingga hancur.
Sgt sedap dimakan dgn nasi panas2 tanpa lauk lain pun tak apa..
Jika buat lebih boleh simpan dlm botol dan masukkan dlm petiais, dikala kebuluran boleh makan nasi dgn sambal ni aje pun sodapppp..

Peringatan: Cili api mesti dibelah dulu sebelum digoreng kalau idak meletup2 cam perang dunia ke-2
 



SAMBAL GESEK [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- Segenggam ikan bilis
-10 biji cili padi-
- sebiji limau nipis

cara-cara membuatnya:-

1. Mula-mula ikan bilis dicuci terlebih dahulu. Kemudian ikan bilis ditumbuk
bersama-sama cili padi sehingga separuh hancur.Selepas itu perahkan
limau nipis kedalamnya.
 


Sambal 
[effa cari.com.my]

bahan?:-
3 genggam ikan bilis
cili api (ikut suka nak pedas mana..)
10 biji bawang merah (lg byk lagi best!~)
sedikit belacan
sekeping asam keping
sedikit minyak utk menggoreng ikan bilis dan menumis


cara buat:-
1. goreng ikan bilis, kemudian angkat & ketepikan
2. kisar cili api, belacani & bawang merah (x payah hancur sgt)
3. masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali yang dah dituangkan minyak ke dalamnya. tumis hingga separa garing...
4. masukkan asam keping dan tunggu hingga garing.
5. dah garing, tutup api, masukkan ikan bilis & gaul rata...
6. sedia utk dihidangkan
 


SAMBAL GORENG BERLADO [Jonah]

Bahan2:
cili merah
bawang besar
limau kasturi
garam secukup rasa


CARA MEMASAK

1. Cili tu - takde cara lain, melainkan di tumbuk - kasarnya macam buat
sambal belacan. Kalau halus tak sedap.

2. Bawang besar dihiris halus - kemudian tumbuk kasar. Kalau tak nak
tumbuk pun takpe.

3. Panaskan kuali, tumiskan semua bahan. Kalau bawang besar tak di
tumbuk, maka layukan dulu bawang besar tu, kemudian baru masuk cili
merah.

4. Masukkan garam dan perahkan limau kasturi.

Masakan ni tak lah lama sangat macam masak sambal tumis tu. Sambal ni bolehlah kita gunakan untuk buat ayam goreng berlada ke, ikan ke, paru ke, tahu, tempe, terung, ikan bilis, daging, hati mempedal dan sebagainya. Tapi ingat, benda2 tu semua kenalah goreng betul2 - jangan goreng 1/2 masak je. Kalau daging - goreng sampai daging tu garing. Syiokkkk woi!
Nak sedap lagi bubuh belacan sikit. Tapi kalau tak bubuh pun sedap. Fuyooo!!! Kalau kena dengan ayam kampung pun best gak.
 

 
Sambal Radio [Muntz]

Bahan-bahan
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili
Ikan Bilis
Belacan (banyak sikit tau..)
Telur

Tumis dulu bahan-bahan selain belacan dan telur. Gorengkan ikan bilis sampai rangup. Pastu, pukul telur dengan belacan (yang dihancurkan). Pastu goreng sama dengan tumisan & ikan bilis tadi.


sambal goreng pengantin

 [blackmore]

Bahan2 nya...

...daging...ikut suka hati korang...dihiris dan rebus...air rebusan simpan jangan buang
...hati lembu..sedikit jer..
...udang...ikut suka hati korang jugak...dibuang hujung kepala sedikit...dan digoreng jap...jap jer..
...lada merah (lada hidup)..dalam 15 batang...dihiris dan digoreng
...bawang kecik...dalam 20 bijik...dihiris dan digoreng
...bawang puteh...dalam 10 bijik...dihiris dan digoreng...
...bahan2 yang digoreng jangan lama dan kuning sangat..nanti pahit...agak2 dah layu dan bawang dah perang..angkat...goreng separately please...
...lada kering...dalam 60 helai...dikisar(kalau suka bley add air daging sikit dan kisar instead of using plain water)
...lengkuas...sedikit jer...agak2 dalam 1 inci dan serai 2 batang dikisar kering
...santan sedikit...sedikit asam dan sedikit belacan...(sikit jer tau)...gula(agak2)...garam dan serbuk perasa..
CARA-CARA
....tumis lengkuas dan serai dulu sampai bau dia naik...then masukkan lada kisar...tumis sampai minyak naik...then masukkan hati....bila hati dah masak...ambil sedikit asam...dan sedikit belacan gaulkan dengan air rebusan daging dan masukkan dalam sambal tadi...masukkan daging, udang, bawang goreng, lada goreng, bawang puteh goreng dan santan...kacau sampai pekat...add sedikit gula, garam dan kalau suka, serbuk perasa...biarkan masakan nie jadi pekat sedikit baru diangkat...enak makan dengan roti, nasi, lontong dan begitu saja...bley tahan 3 hari kalau masukkan dalam fridge...sedap...try arr...
 


sambal goreng jawa [blackrose]

menu ni org jawa masak masa time kenduri kawin buat berkat atau kenduri nasi ambang

Bahannya....
3 Keping tauhu kering di goreng dan hancurkan
5 biji kentang.. potong kecil2 dan goreng
suhun digoreng or rendam je.....
tempe potong kecil2 dan goreng....
50 tangkai cili kering digunting-gunting dan rendam.. buang biji...
satu genggam bilis dibersihkan
10 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putihhiris
3 biji bawang besar dibelah 4
3 inci lengkuas dihiris2 memanjang
2 inci belacan dibancuh ngan air asam jawa.
2 senduk kicap cair
santan pekat
garam dan gula

cara2nya..

tumis bawang merah, putih,bilis, lengkuas, hingga garing sikit pas tu masukkan cili kering yang di gunting2 tadi. tumis hingga cili tu agak masak kemudian masukkan air bancuhan belacan gan asam jawa. pas tu masukkan santan dan kicap .........agak mendidih..masukkan semua bahan goreng tadigaram dan gula... gaul.. hingga masak.. tunggu sampai santan kering..make sure santan tu jangan terlalu kering.... just nist bagi sayur tu berkilat.. best makan dengan nasi ambang

 
SAMBAL JAWA SAMBAL DEPLOK [eligible_girl]

bahan-bahan dia...cili padi sepeket...ikan bilis sepeket..
garam secubit..lesung batu

cara-caranya...goreng ikan bilis sampai betul-betul goreng..lepas tu toskan..lepas berapa minit..basuh cili-cili padi tu...masuk dalam lesung batu..tumbuk...kemudian masukkan ikan bilis tadi dan tumbuk lagi...masukkan garam secubit tu..dan teruskan menumbuk lagi..agak-agak dah macam rupa sambal...dah siap la tu
 

 

sambal kicap [white01whale]

amek baper bijik cili api.. nak extra power root sket... amek la segenggam tangan bhai org dewasa.... pehtu.. tumbuk tumbuk kan.... pastu... campor la ngan kicap lepas dah lumat... tapi kalau tak baper lumat pon besh...... kalau rajin la.... campor sket ngan air limau
 

 
salsa sauce. 
[ajinomotonosuga]


bawang sebijik
garlick 2 ulas
butter secubit
satu tin whole peeled tomato
herb basil
cili paste 2 sudu
extra virgin oil untuk masak hihihi keles gitu wak


dice bawang dan garlic
buh minyak zaitun tuh buh butter masak bawang buh cili paste
kemudian tuang kan whole peeled tomato buh herbs buh pepper dan garam secukup rasa..agak dah turun skit paras masakan tu ..err tenguk tepi pot dan kuah agak pekat..tutup api..blend panas2 sampai hancus masakan tu k

Sambal Ikan Bilis Sarawak
 [Muncung_Laser]

Belacan
cili
ikan bilis . Ni jangan banyak sangat
gula kalau nak
garam. Mak aku cakap...kalau belacan tu jenis masin, tak payah letak garam lagi. Kalau tak berapa masin kena letak ler

Cara2:

Belacan di bakar. Jangan sampai hangus..ala kadar
Cuci ikan bilis bersih2..(macam kau tulih atas tu..hehehhe)
Tumbuk cili sampai lumat. Masukkan bilis dan tumbuk lagi. Pas tu masukkan belacan, tumbuk..letak garam atau gula..ikut suka.



SAMBAL IKAN BILIS TUMBUK 

[Paja]

Ikan bilis (2/3 sudu)
Cili merah (3 biji)
Cili padi (2 biji)
Limau Nipis (sejibik)

... tumbuk ikan bilis, cili-cili .. tak yah ler lumat sangat. kaupkan masuk dalam piring ... pastu perah asam limau

[komen by dewi : dapat lak ko hiris halus2 kulit limau kasturi tu... ko camput dlm sambal bilis tadik lagik terangkat...tak caya try ler elok guna limau kasturi yg dah separuh masak hijau2 kuning tu. melantun2 kaw dia.]

Sambal ketuk
[ninoZ]

[bahan tu agak agak sendiri je byk mana nak..kita pun campak2 je]

cili padi - byk pun tak pe sebab nak digoreng..tak pedas sgt, kalau nak campo cili merah sket pun bleh
bwg merah - kupas kulit je..jgn hiris
bwg putih- kupas kulit gak..cam bwg merah
belacan
ikan bilis - basuh sket

goreng je semua bahan..kejap je jgn sampai garing [cili padi masuk kemudian sket sebab nanti dia akan meletup letup]
pastu angkat then tumbuk..
perisakan garam gula secukup rasa..
perah limau nipis sket [kalau nak taruk kulit limau kesturi shuld be sedap kot..nanti nak try]
 

sambal jering
 [adiwarna]

jering muda, rebus dan hiris nipis.
ikan bilis, goreng.
cili api & bawang merah/putih, tumbuk lumat.
bawang besar hiris bulat.

dengan minyak bekas goreng ikan bilis, tumiskan cili & bawang yg ditumbuk. Bila dah garing, masukkan jering, gaul rata. Last sekali masukkan ikan bilis dan hidangkan dengan nasi...
 

sambal kelapa utk thosai/idli/dosai
 [ninoZ]

2 cawan kelapa parut[putih sahaja]
5-6 cili hijau sederhana beso
sedikit halia
4 ulas garlic
garam
daun ketumbar
jus limau nipis/lemon
sedikit biji sawi n jintan putih yg disangrai


kisar semua bahan dlm blender hingga halus..kalau perlu tambah je air sket.
masukkan ke dalam bekas n gaulkan dgn biji sawi n jintan putih
siappp!
 
 
**SOSBBQ/SATE**

 

Bahan Perap utk BBQ Seafood [ninoZ]

4 bwg besar
sedikit halia
2 btg serai [kalau x suka serai takyah taruk pun x pe]
3-4 cili merah
santan pekat secukupnya
garam n gula secukup rasa
daun kunyit
sedikit kunyit hidup
lada hitam - jika suka
sedikit cuka

kisarkan semua bahan hingga halus [bahan kisar shud be kekuningan..jgn too generous dgn cili]
perapkan bhn mentah yg hendak dibbq terlebih dahulu [agak2 la dlm 20-30 minit..kalau lama sgt nanti berair] tp kalau takde masa tak marinate pun tak pe :D
pastu bakar/grill seperti biasa

AYAM BAKAR BBQ

bahan
1 ekor ayam [potong 8] atau 1 kilo daging
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
34 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara membuat
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 5 atau 6 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri

CHICKEN WING BBQ

bahan
1 kg chicken wing [kepak ayam]
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

Bahan Perap [mesin halus]
5 cm halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
10 tangkai cili kering
1 s/b kicap
madu/gula
kunyit serbuk
garam


Cara.
1. Perapkan kepak ayam bersama bahan yg dimesin selama beberapa jam.
2. Bakar gunakan arang sehingga masak dan garingsambil renjiskan minyak menggunakan seai ketuk.
3. Hidangkan bersama salad dan juga cili sos

 


Sos Ikan Bakar [hanieliza]

Kebanyakn kita suka bakar ikan...
ni kak liza berikan sos untuk bakar ikan...
boleh buat /masak dan simpan untuk diperapkan pada ikan...
lepas tu boleh bakar...

bahannya..
2 batang serai[hiris]
2 kuntum bunga kantan [hiris]l
10 biji cili api
10 biji cili merah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 biji buah keras
3 labu bawang besar
belacan secukupnya
[ semua bahan ni dimesinkan]

3 helai daun kunyit
5 hemai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
semua bahan ini dimayang halus]

2 biji ubi kentang kentang[mesin halus dn tapiskan]

1 cawan cili sos
2 s/b gula
1/2 cawan air asam jawa
garam
minyak untuk tumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimesin sehingga berbau wangi dan garing.
2. Masukkan air asam jawa dan bahan yg lain.
3. Bila sudah agak pekat, masukkan hirisan daun.
4. Rasakan masin dan manisnya.
5. Bila telah pekat, angkat dan sapukan pada ikan.
6. Perapkan dalam 1 jam baru dibakar.

 

sos daging bakar [kEk_KeL@d|]

bahan :
tomato
bawang besar
lada/cili padi
sos tomato
kicap
garam
gula
limau nipis


tomato dan bawang besar dipotong sampai jadi dadu kecil2. utk lebih pedas, boleh taruk lada, tak kiralah lada besar atau kecil, bergantung kepada kepedasan yg kita nak. mesin/tumbuk lumat2, pastu letak sos tomato banyak, letak kicap then garam dan gula secukup rasa. last sekali perahkan asam limau. gaulkan sampai rata semua tu.

 

**Yong Tau Foo**

Sos Yong Tau Foo
Resipi ini dipetik dari buku Resipi Keluarga Ajinomoto

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil renjisan minyak bijan

Satukan semua bahan sos dalam periuk. Kacau hingga pekat. Sukatan sos ini ditambah mengikut kuantiti makanan yang diperlukan.


Sos Manis dan Pedas 

Yong Tau Foo _ Resepi.net

Bahan-bahan 
Sos Manis
200gm taucu hitam (siap dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung/ dicampur bersama sedikit air
gula secukup rasa

Sos Pedas
20 biji cili merah/dikisar
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah/digoreng dan ditumbuk
1 sudu makan tepung jagung.dicampur bersama sedikit air
garam & gula secukup rasa
cuka secukup rasa


Cara Persediaan 
Cara untuk Sos Manis
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Kemudian masukkan air. Kacau seketika & biarkan mendidih.
3. Masukkan pula kicap & kacau lagi.
4. Masukkan gula secukup rasa, akhir sekali pekatkan sos dengan air tepung
jagung tadi.

Cara untuk Sos Pedas
1. Masukkan air & biar mendidih, masukkan cili,kacau sekejap & biar sehingga cili masak
2. Masukkan cuka secukup rasa, kemudian rasakan garam & gula secukup rasa.
3. Masukkan pula iar tepung jagung untuk pekatkan kuah, akhir sekali tabur bijan & kacang tanah hancur di dalan sos.


**SATE**

SATEY 
Hidangan untuk 4-6 orang

500g ayam tanpa tulang ( dihiris 2 cm x 3 cm)
lidi sate secukupnya

BAHAN DIKISAR
2 ulas bawang merah
1-2 camB minyak
2 cm kunyit
1 batang serai
1 camt gula
1 camt garam
2 camt ketumbar - disangai
1 camt jintan putih - disangai
1/4 camt serbuk kulit kayu manis

BAHAN KUAH

2camB minyak

dikisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia

disangai & dikisar:
1 camt jintan manis
1 camB ketumbar

3 camB pes cili
300g kacang tanah (digoreng kering, 1/2 dikisar & 1/2 ditumbuk)
1 camB asam jawa (diperah & ditapis)
200 ml air rebusan tulang (ditapis) - separuh orang juga menggunakan air rebusan udang atau air rebusan sotong dan kisar sekali udang-udang atau sotong yang telah direbus itu.
400ml santan (dari 1 biji kelapa)
2-3 camB gula
garam secukupnya

Bahan Sampingan

nasi himpit (dipotong dadu)
bawang besar (dipotong berbaji)
timun(dihiris nipis)

Untuk menyediakan sate:

1. Perap daging ayam dengan semua bahan kisar selama 4 jam

2. Cucuk 3-4 potong ayam pada lidi. Ulangi hingga habis kemudian bakar atas bara apo. Renjiskan dengan minyak menggunakan serai yang dititik pangkalnya.

Untuk Membuat kuah:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar serta cili sampai wangi dan terbit minyak.

2. Bubuh kacang tanah, air asam jawa, santan, gula dan garam. Kacau lagi sampai menggelegak dan pekat.

3. Hidangkan Sate dengan kuah serta bahan sampingan.

KUAH SATE 

[CatLady]

Bahan -bahan
1/2 kilo kacang- buang kulit dan blend kering jgn terlalu halus
6 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } blend
1 inchi halia }
kerisik
cili giling
gula merah/ gula apong/gula kabong
garam

cara-caranya
rebus kacang goreng tadi...sehingga dia kuar minyak..lagi lama lagi bagus..sentiasa gaul untuk elakkan dia hangus...biar dia cukup masak..supaya kuah sate kita tahan lama...biar dia rebus selama 20-30min..sentiasa tambah air...



KUAH SATE 

[cranko21]

bahan2r
bawang besar ]
bawang putih ] kisar halus
lengkuas ]
serai ]
lada kering ]

air asam
kacang tanah yg dah di goreng dan di kisar
garam & gula

panaskan minyak, tumis baha2 kisar tadi.... dah garing.. masukkan kacang tanah, air asam dan air...... then biarkan mendidih dan pekat sedikit.. then rasa gula dan garam
pastu.letak semua bahan blend , kerisik, cili giling secukup rasa, gula apong dan garam...biar kuah tu merenih lagi hingga pekat..

 


KUAH SATE

 [hanna1905]

Kacang tanah } goreng pastu blend jgn hancur sgt
cili kering }
bawang merah } 
bawang putih } blend
halia }
lengkuas }
serai } di titik
1-2 biji buah keras } tumbuk
asam jawa
garam
gula

rebus kacang tanah dgn cili kering sampai keluar minyak, rebus lama sket..
kemudian tumis bahan yg di blend td termasuk serai..

kalau ada tetelan cam limpa ke hati ke boleh masukkan..dah keluar minyak masukkan ke dalam rebusan kacang tadi..

menggelegak, masukkan air asam jawa, garam gula dan bila dah cukup rasa semua barulah masukkan buah keras..


SATE ALA LINDA 

(Restoren pak amir)

Bahan - bahan
1/2 kilo daging ayam - dipotong dadu mengikut citarasa ketebalannya
5 sudu minyak masak
250cc santan - diambil dari 1/2 biji kelapa
1 sudu air asam jawa
Lidi sate secukupnya

Bahan utk diperap (semuanya blend sekali)
1 sudu ketumbar }
1/2 sudu jintan manis } digoreng kering
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ambil pulurnya
1/2 inci lengkuas
4 biji cili merah
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

Campur daging ayam dengan bahan2 perapan. Perap lebih kurang 2 jam supaya ramuan tersebut meresap
Panaskan minyak dan tumis daging ayam tersebut sehingga kering airnya. Kacau selalu
Tambahkan santan dan masak sehingga daging empuk. Masukkan air asam jawa.
Angkat daging ayam setelah santan kering
Cucuk dengan lidi dan panggang atas api.

 

.

Kuah Kacang 
Pn. Puti Mazura (sumbangan di restoran Pak Amir)

"Ini resepi yang tersangatlah simplenya tapi memang sedap and saya belajar dari my aunty yang belajar dengan seorang tauke satay di Muar."- Cik Puti

Bahan-bahan
1. 1 kg kacang tanah, sangai (goreng tanpa minyak), buang kulit dan tumbuk
kasar.
2. 20 tangkai cili kering, dibuang biji, direbus dan blend halus
3. 10 ulas bawang merah, diblend
4. 5 ulas bawang putih, diblend
5. 2 batang serai, dititik
6. 1 inci lengkuas, diblend
7. 3 senduk (guna senduk nasi) gula merah (gula pasir pun boleh)
8. 1 senduk minyak masak
9. 1 sudu teh garam
10. 5 ekor sotong rendam (bersihkan, potong ikut suka dan rebus hingga
empuk) - optional, kalau takde tak payah letak.
11. Air 3-4 cawan
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
3. Masukkan cili kering dan biarkan agak garing.(jangan hangus)
4. Masukkan garam, serai dan kacang tanah bersama 3-4 cawan air, kacau rata
5. Kecilkan api dan biarkan kuah kacang mendidih (awas ia akan meletup
letup), kacau sekali sekala, jangan sampai hangus ye.
6. Masukkan sotong (kalau gunakan).
7. Renihkan selama yang you larat - 1 jam kalau boleh
8. Masukkan gula dan gaul rata.
9. Adjust garam dan gula ikut suka.
10. Biarkan mendidih lagi dan tutup api.
11. Sedia dimakan dengan ketupat / nasi himpit / lodeh
 



SATE
Bahan- bahan

250g daging lembu - potong nipis sepanjang 3cm.

Bahan Kisar (tidak terlalu halus):

5 cili kering (yang sudah direbus dengan air panas)
4 biji b awang merah
1 batang serai - dipotong
1 sudu kecil halia yang dicincang
1 sudu kecil lengkuas yang telah dicincang
1/2 camt jintan putih (disangai)
1 camB serbuk ketumbar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
1/4 camt serbuk kunyit
air asam jawa
2 sudu garam
campurkan 3 camB minyak dan 1 camB gula (untuk memberus sate apabila dipanggang atas bara)
3 batang serai -8-10 cm panjang, ditumbuk hujungnya dengan lesung dan digunakan sebagai pemberus sate)
15-20 lidi sate

Cara-cara:

Campurkan bahan yang telah dikisar bersama gula, kunyit, air asam jawa dan garam. Masukkan daging lembu and gaulkan rata bersama bahan kisar. Perapkan selama 4 jam.

Cucukkan 4-5 keping daging ke dalam lidi sate, pastikan penghujung lidi di tutup. Berus dan sapukan campuran minyak dan gula menggunakan batangan serai yang telah dihancurkan hujungnya. Panggang di atas bara api lebih kurang 3 minit setiap bahagian dan balikkan.

Hidangkan dengan kuah sate, timun, lontong dan hirisan timun.

Tips: gula dan minyak yang di gunakan sebagai berusan kepada serai adalah untuk membolehkan daging dibahagian luar lebih mersik dan sedap. Separuh orang juga akan memerahkan limau nipis ke atas daging untuk melembutkan dan mercepatkannya masak. Selain drpd. minyak dan gula ada juga menggantikan minyak dengan santan dan gula untuk disapu ke atas sate sewaktu sedang dibakar. Santan akan pecah minyak apabila dipanggang atas bara dan sate akan kelihatan berminyak juga.
 
 
Sambal Satay Zarina
 ruj Zarina's Home Cooking (Singaporean)

200g kacang - digoreng tanpa minyak. Bila sejuk, kisar kasar.
5 sudu besar mminyak
1 helai daun chekor (jika boleh didapati)
1 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
4 sudu besar gula
garam secukupnya

Kisar:

25 lada kering (yang telah direbus dan dibuang airnya)
2 batang serai - dipotong kecil
2 sudu lengkuash yang telah dipotong
2 ulas bawang putih
1 sudu jintan putih - sangai (digoreng kering) sehingga wangi
1 sudu besar serbuk ketumbar

Cara-cara:

Panaskan minya, masukkan bahan yang telah dikisar dan daun chekor. Goreng sehingga wangi , dan tambah kacang yang telah dikisar kasar, kacau, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Masak sehingga mendidih, kacau sekali-sekala.
Perlahankan api, dan masak sehingga kuahnya memekat dan minyak telah timbul di permukaan periuk/kuali.

Tip:

1. Cuba masak sehari sebelum menggunakannya untuk rasa yang lebih lazat.

2. Daun chekor biasanya popular di singapore dan boleh didapati di Geylang Serai market. Jika tidak boleh didapati .. tak payah masukkan.
 


KUAH KACANG
[darsita cari.com.my]

1. Goreng bawang merah & bawang putih & halia bersama dua sudu minyak.
3. Masukkan lada boh (cili kisar)
2. Masukan kacang tanah yang sudah dikisar.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air + gula merah (gula jawa) + serai yang dititik (saya tak kisar serai sebab ramai orang komplain susah nak makan)
5. Kacau selalu sampai kuah pekat (nanti saya tunjuk gambar)

Siap utk dihidangkan.

 

NI STAIL ORG JAWA PUNYA RESIPI KUAH KACANG
 [blackrose cari.com.my]

1 KILO KACANG TANAH ( GORENG & BLEND)
10 ULAS BAWANG MERAH ( TUMBUK)
6 ULAS BAWANG PUTIH ( TUMBUK)
SEGENGGAM UDG KERING ( TUMBUK)
CILI KERING IKUT KEPEDASAN(BLEND)
ASAM JAWA
3 BATANG SERAI DITITIK
GARAM DAN GULA
3 MANGKUK SANTAN(OPTIONAL)

TUMIS BAWANG DAN UDG KERING HINGGA GARING MASUKKKAN CILI GILING TUMIS HINGGA GARING. MASUKKAN KACANG DAN AIR ATAU SANTAN.MASUKKAN SERAI YANG DIDTIK.REBUS HINGGA NAIK MINYAK.LETAK ASAM JAWA GARAM DAN GULA. MASAK HINGGA KUAH PEKAT

 
 
**JEM/CICAHAN**
 
SERI KAYA - NGAH 2 [MAKLANG]

Bahan-Bahan

1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)

1 ? cawan santan (2)

2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)


Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)


? Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den..
? Kalau tidak biarkan warna asli saja.
? Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

Jem Durian [ninoZ]

jem ni tak berapa tahan lama kalau tak kene cara menyimpannya..

isi durian
daun pandan - disiat2
gula pasir secukupnya
air

masak semua bahan dia atas api sederhana/perlahan hingga pekat.. bior masak lama2 sket pun tak pe..[tapi jgn sampai kaler coklat cam lempuk tu tauu]
kuarkan daun pandan.. pastu sejukkan..bubuh dlm balang/bekas n simpan dlm fridge [kalau buat byk2..mana yg lambat lagi nak makan tu.. freezekan aje lagi tahan lama]
siapp

tips: nak buat jem ape pun..masa kacau tu gunakan sudip kayu..jgn guna sudu logam..[lupa dah kenapa :D]


Mentega Kacang[ninoZ]

kacang tanah - roasted n buang kulit
minyak jagung/sunflower
sedikit garam
sedikit gula atau madu

kisar je dlm blender sampai halus
siapp!!!

nak rasa yg berbeza..kacang tanah tu campo la sket dgn gajus atau kacang2 lain yg disukai..tapi lebihkan kacang tanah la
nak lawo.. bubuh sket pistachio yg dicincang halus lepas dah blend everything


Cheese Spread[ninoz]

selain dari taruk keju keping2 tu..kita bleh gak buat cheese spread sendiri kat rumah.. lebih tasty n leh adjust to our own taste..

bhn asas dia cream cheese..[campo sedikit lain2 jenis keju kesukaan sendiri pun bleh gak jika suka..grated cheddar ke..blue cheese ke..ricotta ke..mascarporne ke ape ape je lahh..]
pastu campur yogurt/susu/sour cream sket [utk dptkan spreading konsistensi]
bleh gak campurkan butter sket kalau suka
then tambakan seasoning/herbs/fruits kesukaan anda..blueberry ke.. garlic ke.. lada ke.. chopped onion ke..tuna ke..capers ke..pickle ke..
blend everything sampai berbaur..simpan dlm bekas n refrigerate
siapp!!


Butter Cream [ninoZ]

bahan asas dia cuma :
butter/marjerin
gula halus
sedikit honey jika suka

whip sampai fluffy dgn pemutar kek tu pastu simpan dlm bekas plastik n sejukkan..

alternative lain bleh campo koko, atau strawberi essence+kaler merah sket utk filling buttercream yg pelbagai perisa..

mayonnaise [dewi]

Ingredients

1 egg 
2 tablespoons lemon juice 
1/4 teaspoon salt 
1/4 teaspoon dry mustard 
1 cup oil 

Directions
In a blender or food processor, combine egg, lemon juice, salt, and dry mustard. Slowly add oil while processing. Blend well, processing until creamy. Refrigerate.


mayonis [ninoz]

mayonis ni guna egg yolk[nak guna whole egg pun bleh]..beat dgn garam n lemon juice sket..pastu kene add oil [olive or mazola] in a stream slowly sambil pukul bancuhan tu..alternate la lemon juice dgn oil tu sampai thicken..
guna blender pun bleh..lagi convenience


colek buah buahan [dewi]

belacan bakar, petis, gula melaka/merah, cili merah, cili padi, kacang tanah . Tumbuk semua tu pehtu buh kicap manis. lagi pekat lagik best.

potong ler buah2 mangga , kedondong, nenas, jambu air, jambu batu
cicah dgn colek buah2an


colek buah2an [rodriguez]

1. jambu air..jambu batu..sengkuang..mempelam muda...di potong kecil kecil.
2. buat colek dia...kicap..cili padi..cuka skek.dan gula..dah cukup simple.


garam belacan [ninoz]

tumbuk je belacan, gula, garam, kicap n cili merah + cili padi sket..
paling sedap cicah dgn mempelam muda aaaah..


rojak petis [ninoZ]

cili padi - jgn buang tangkai
petis
air asam jawa - jgn pekat sgt
gula
garam kasar
kicap pekat

kacang tanah - goreng n tumbuk kasar

campur semua bahan, kecuali kacang tanah
nak blend bleh, nak tumbuk pun bleh..kalau ikut pakcik tu..dia guna cam pasu leper tu aje..cili tu ditenyeh tenyeh dgn senduk..then gaul dgn teh rest
pastu masukkan kacang tanah

sayuran yg digunakan :
kangkung - celur sket
tauhu - goreng dulu
nenas
timun
sengkuang
taugeh - celur

nak tabur bijan sket pun bleh..sangrai dulu la..baru sodap

**SERUNDING**

SERUNDING KELAPA

 [blackrose]

BAHANNYA...

KELAPA PARUT DI SANGAN ( GORENG TANPA MINYAK HINGGA AGAK GARING.. JANGAN SAMPAI HITAM)

BAWANG PUTIH KISAR
KETUMBARKISAR
JINTAN MANIS KISAR
LENGKUAS SKITKISAR
SERBUK KUNYIT
AIR ASAM JAWA...

KACANG TANAH YANG DI GORENG

PANASKAN MINYAK TUMIS NAHAN KISAR SAMAPI WANGI DAN GARING... MASUKKAN AIR SKIT, KUNYIT DAN AIR ASAM JAWA... GARAM DAN GULA..MANIS2 SKIT LEBIH SEDAP.

MASUKKAN KELAPA GORENG TADI DAN GAULKAN SAMAPI KERING DAN GAK BERKILAT COZ. PAS TU ANGKAT. CAMPUR NGAN KACANG TANAH... MAKAN....

SETENGAH2 TEMPAT DIA TAK TUMIS...DIA RAMAS SEMUA BAHAN DENAGN KELAPA PARUT DULU BARU SANGAN.. YANG TU VERSI KERING SKIT.. DEPAND ON THEIR TASTE

 

 

 

 

 

 

 

 

2006-09-23