
ANEKA RESEPI BISKUT
SEMPRIT
Biskut Semprit Dahlia
Bahan Bahannya:
* 250 gm mentega
* 250 gm gula
* 250 gm tepung jagung
* 250 gm tepung kastad
* 2 biji kuning telur
* 1 sudu kecil esen ros
*
sedikit pewarna merah.
Cara Membuatnya:
1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan esen ros
3. Tepung
4. Bahagikan kpd 2 warna kuning dan merah
5. Dan diterap dengan mengunakan acuan bunga dahlia.
Biskut Semperit Fauziah
Bahan-Bahan:
200 gm marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
setengah cawan gula
1 sudu esen vanila
5 biji buah ceri
Cara:
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila.Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum.Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit.Hias dengan ceri yang dipotong halus.
Cadangan Hidangan:
Kalau lembik tambah sedikit tepung, kalau keras tambah marjerin.

SEMPERIT CIKGU SITI [Tenko]
1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning).
1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA.
1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td).
1/2 tin susu pekat.
1 cwn gula halus.
1 st esen vanila.
1 st baking powder.
1 bj kuning telur.
Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder.
2. Masukkan kuning telur. Gaul lg.
3. Masukkan susu. Gaul lg.
4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit.
5. Bakar hingga masak.
BISKUT SAMPERIT [hanieliza]
Bahan
200 g butter
150 g gula kastor
2 butir kuning telur
1 s/k esen vanilla
340 g tepung gandum ]
120 g tepung jagung ] diayakkan
30 g tepung kastad ]
Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gula hancur dan bergaul rata.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkkan dan gaulkan sehingga rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
5. Potong anggaran 2 inci dan bakar anggaran 10 minit dalam suhu 180'C.
6. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan dalam bekas kedap udara.

BISKUT
KELAPA

BISKUT
KELAPA BERCOKLAT
Bahan-bahannya:
160 gram putih telur ayam
200 gram gu!a pasir halus
2 sudu air perahan lemon
1 sudu kulit lemon yang diparut
100 gram coklat masakan yang dicairkan
250 gram serbuk kelapa segera
Cara-cara membuatnya:
Pukul putih telur dan gula pasir. Panaskan di atas api kecil dan masukkan air perahan lemon dan kulit lemon, Kacau sehingga sebati. Angkat dan sisihkan ke tepi.
Tambahkan campuran kelapa dan kacau rata.
Dengan menggunakan dua sudu makan, cedok adunan dan letakkan adunan di dalam loyang yang telah disapukan dengan mentega.
Bakar selama 15 minit. Angkat dan dinginkan.
Celup satu demi satu biskut (separuh sahaja) itu ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan biarkan beku.
Hidangkan. Untuk tahan lama, simpan di dalam bekas yang kedap udara.
BISKUT KELAPA[hanieliza]
Bahan
250 gm butter
2oo gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi ]
1 1/4 cawan tepung gandum ] ayakkan bersama
cokalt cair untuk hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.
Biskut kelapa[long]
2 cup cornflour
1/2 cup tepung gandum
1 cup kelapa kering
1 kuning telor
1 cup gula
esen vanila
1/2 cup butter
1. campurkan tepung gandum, cornflour dan kelapa kering
2. pukul butter dengan gula, masukkan kuning telor dan esen vanilla.
3. masukkan bahan kering dlm adunan butter, gaul hingga sebati. canai dan terap..bakar pd suhu 350F selama 16 min.
note..kalau terlembek..masukkan sedikit cornflour...
Coconut Sugee Cookies
Ingredients
225g Mentega
200g Gula kastor
50g sugee
50g kelapa kering
1 telur
1 sudu teh esen vanilla Sift
100g tepung gandum
100g self-raising flour
100gm kelapa kering untuk hiasan
Putarkan mentega dan gula hingga ringan. Pukul telur dan esen vanilla diikuti dengan tepung sugee. Masukkan tepung yg telah di ayak bersama dgn kelapa kering. Uli hingga sebati. Ambil satu sudu makan adunan tadi dan bentukkan menjadi bulat. Gulingkan adunan bulat tadi diatas kelapa kering dan tekan dengan garpu. Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit hingga kekuningan. Sejukkan biskut tersebut sebelum masukkn ke dalam bekas kedap udara.

ALMOND
LONDON
Biskut Honey Almond
250 g mentega
4-5 camca besar
Madu lebah
Biji Badam,
Dipangang
Badam Hancur
(dipangang)
Coklat masak
5-6 camca besar susu
tepung
Tepung gandum
secukupnya
Cawan kertas kecil
Cara:
1.Mentega dan madu
diputar sehingga kembang.
2.Setelah
kembang, masukkan sedikit-sedikit susu tepung dan gaulkan (balikkan dgn senduk)
3.Masukan
dan gaulkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk
dan tidak melekit. Jangan terlalu keras.
4.Biji
badam dimasukan ditengah doh yang dibentuk bujur seperti bola ragbi. Letakan
didalam cawan kertas yang kecil.
5.
Setelah semua adunan habis dibentuk, bakar dalam suhu 180-200 darjah celcius
6.
Sejukan biskut. Cairkan coklat masakan secara double boiling.
7.Tuang
coklat di atas biskut tadi, dan tabur badam hancur. Sejuk
LONDON ALMOND
sumbangan Puan Rozita MTM (Cikgu kelas Cookies Raya)
250 GM BUTTER
125 GM GULA ICING
100 GM TEPUNG JAGUNG
200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU)
250 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT)
1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT.
3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA.
4. BAKAR
5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR)
London Almond
sumbangan Rafidah Junid
Bahan biskut :
150 gm mentega
50 gm gula aising
1 butir telur
170 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum
perisa asli pun ok jugak kot)
50 gm susu tepung
1/5 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan
menghasilkan 110 biskut)
Bahan salut :
coklat masakan (tapi, saya buat guna coklat masakan putih)
serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan
Cara :
1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya
(saya panggang pada suhu 180C, 10 minit). sejukkan ke suhu bilik.
2.Putar mentega & gula aising hingga sebati.
3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati.
4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam.
masukkan nestum & gaul rata.
5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati.
6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan,
bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata).
7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa
(bulat atau bujur).
8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan
coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkan
ke dalam cawan kertas.
10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara.
Almond London Cookies
sumbangan Hasnee MTM
Bahan-bahan
260gm Butter/mentega
550gm tepung Top
120gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu Emplex
(Jumlah sukatan badam: agak2 sendiri lerr : 100biji kerr lebih boleh disimpan )
Badam di bakar/sangrai garing ~ di bahagi spt. berikut
3/4 Badam biji ~ inti
1/3 Badam hancur ~ hiasan
100gm coklat masak di campur dengan 1 sudu makan Crisco (lemak sayuran) di masak dengan cara double cook ( coklat diletak di dalam periuk~1 dan dimasak di atas air panas di dalam periuk~2 sambil di kacau perlahan2) gunakan api yang perlahan.
Cara-cara
Pukul telur, gula, butter emplex hingga putih, masukkan tepung top sedikit2 sambil di gaul rata.
Badam biji di salut dengan doh tadi dan dibentuk lonjong (ketebalan tepung ikut suka anda..) kemudian di bakar hingga masak atau dengan suhu 1800C selama 15 minit.
Setelah masak dan di sejukkan..bolehlah di celup kedalam coklat yang telah di cairkan, kemudian letakkan di dalam cawan kertas.
Ketika coklat masih basah taburkan badam hancur sedikit di atas biskut tersebut supaya ianya mudah lekat. Setelah coklat kering barulah boleh disimpan di dalam bekas.
Panduan.
1. Coklat hendaklah di masak setelah biskut tadi siap di bakar.
2. Untuk yg nak simpan lama...Biskut yang telah siap di masak jangan di celupkan dengan coklat. Simpan di dalam bekas yang kering & kedap udara. Agak2 nak makan (sehari dua kerr) barulah di masak coklat dan di celupkan biskut tersebut. Coklat yang agak sedap untuk biskut ini brand Tulip..
Almond London (Amy Beh)
Sumber : Kuali, The Star
Bahan
125g butter
75g gula icing
1 kuning telur
Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras
300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas
Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.
Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175?C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.
Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.
London Almond
Sifu Suria RN
250g butter
1 cup icing sugar
1 cup serbuk almond ( kisar punya)
1 cup tepung jagong
1/2 cup tepung beras
1 sudu kecil emplex
Tepung gandum guna sampai boleh uli doh tu, lebih kurang 2+ cup lah. saya guna measuring cup standard ni kat bake with yen ada jual cup ni.
Almond kena goreng dulu ( sangai ke orang biasa cakap, tanpa minyak tu), saya biasa masuk aja dlm oven dalam 10 min, jgn hangus pulak nanti tak sedap.
Bulat2kan letak almond sebiji(setengah biji tak jadi nya), susun banyak2 dalam loyang bakar dalam oven. Lapik loyang dgn kertas
daripada sapu marjerin, senang nak angkat tak pecah kuih. As usual salut dgn choc. choc murah boleh + coco butter nak cairkan choc, tak pun guna choc mahal, nama dia lebih kurang morangue glance ke, satu bar kat bake with yen tu cost 25+++ tapi hasil cantik, berkilat. Kuih ni kembang sikit so jgn buat besar2, bagi comel2 muat isi satu biji almond tu dahlah. Adunan jgn keras sangat, nanti tak boleh bentukkan bentuk bujur tu.
Almond London
sumbangan Nor Faizah Che Din Restoren Pak Amir
Bahan2
250gm mentega
130gm gula aising
450gm tepung protin sederhana
2 kuning telur
1 camt esen vanila
Biji badam dipanggang
Badam cincang dipanggang
Cooking choclate
Cara2
1.Pukul mentega & gula aising sehingga kembang & lembut
2.Masukkan esen vanila & kuning telur & pukul lagi sehingga 2 minit
3.Masukkan tepung & kacau rata
4.Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang baluktkan dgn adunan tepung & bentukkan membujur
5.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius sehingga kuning. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedlm coklat cair. Masukkan kedalam mangkuk kerta warna coklat/hitam dan taburkan badam cincang.
* Coklat tu dicairkan dgn kaedah double boiling.
Komen dari sorang ahli Restoren Pak Amir : Ini resepi almond london yg diperolehi dari netters baru2 ni. I dah cuba last weekend. Cumanya bila I nak beli bahan bakery I tanya the bakery girl, dia syorkan I guna satu jenis tepung - namanya red roses flour menggantikan tepung protein sederhana (TPS) tu. I tanya adakah red roses and TPS tu sama. TPS dijual berasingan disitu. Dia kata tak sama (Wallahualam). So I pun gantikan TPS dgn red roses. The result was marvellous...rangup. But I also believe TPS will give good almond london too. Try...
ALMOND LONDON
sumbangan Abang Joe Mas RN
Bahan-Bahannya :
125gm mentega
75gm gula ising
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum serba guna
333gm badam berkulit dibakar di dalam ketuhar pada suhu 176?C selama 7 minit
300gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur ( shortening )
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex ( bahan untuk membuat biskut rangup )
Cara Membuatnya :
Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
Gaulkan adunan sehingga sebati.
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 170?C.
Sejukkan dahulu.
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair
(yang telah dimasukkan sedikit 'shortening' ).
Hiaskan dengan hirisan badam.
COOKIES - BISKUT ALMOND LONDON
sumbangan Ana Restoren Pak Amir
Bahan:
1 buku butter (kalau nak lagi sedap guna jenama SCS)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur merah
3 cawan tepung SUPERFINE
badam biji - dipanggang rangup
paper cup - warna chocolate
Bahan Salutan:
Cooking coklat secukupnya
sedikit mentega cair
Cara:
1. Pukul butter dan gula ising bagi sebati, then masukkan kuning telur, biar sebati.
2. Masukkan tepung SUPERFINE.
3. Uli sikit sampai doh tak melekat di jari.
4. Jemput doh kecil-kecil dan letakkan badam di dalamnya. Bakar sehingga kuning / masak.
5. Bila biskut dah sejuk baru dicelup kedalam cooking coklat yang telah didouble-boilingkan dan diletakkan ke dalam paper cup.
*Cooking coklat tu ada sesetengahnya tak perlu ditaruh dengan mentega cair semasa double-boiling, ada tu pulak kena taruh, kena tanya taukeh kedai tu la...AWAS, jangan sesekali bagi air masuk kedalam bekas coklat tu, kalau tidak, coklat tak akan beku. TAK PAYAH masuk peti ais selepas coklat disejuk, cukup biarkan ia beku, then simpan dlm. bekas.
London Almond
[Akak_Siti]
Bahan-bahannya(anggaran 130 pcs satu adunan)
250gm mentega
1/2 cawan gula caster
1 tsp esen vanilla
2 biji telur `A`(buang 1 putih telur)
1/2 cawan badan serbuk
1/2 cawan cornflake --di mesin halus dahulu
350 gm tepung gandum
lain-lain bahan
secukup badam biji--1 Kg boleh dapat dalam anggaran 700 biji kacang.Hendaklah dibakar dahulu(berasingan)sebelum disalut dengan doh.
cooking coklat--jika hendak coklat yang di salut cantik berkilat ,apabila mencairkan cooking coklat(double boil)masukkan kedalam coklat itu anggaran sebesar 1 kiub gula subtitude cocoa butter(jika guna cocoa butter tidak perlu guna butter atau lain-lain bahan untuk mengilatkan coklat itu)
paper cup
badam cincang--untuk hiasan
Cara-caranya.
mentega dan gula di pukul hingga sebati(jangan terlampau kembang seperti buat kek)
masukkan esen vanilla dan telur.
masukkan badam serbuk,cornflake mesin dan tepung gandum.
ambil sedikit tepung,letakkan badam biji dan bulat-bulatkan.
bakar selama 40 minit dengan suhu 180C
apabila telah sejuk,masukkan dalam cooking coklat yang telah dicairkan,masuk dalam paper cup dan hias dengan badam cincang.
Resepi ini saya dapat sewaktu pergi kelas untuk membuat biskut.
saya sudah cuba dan beberapa tahun dahulu pernah menjual.
Biskut Almond London
[Magnolia]
250gm butter
150gm gula aising
450gm tpg gandum
1 biji kuning telur
2 sdt emplex
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)
topping:-
coklat masakan
spry
cara:-
mix butter ngan gula kasi sebati..
masuk kan telur..kacau2 jap
campur tepung ngan emplex..uli jap..
ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2..
pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler..
sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang
resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau..
sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc..
lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau
*tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh..
BISKUT ALMONDS LONDON
[hanieliza]
Bahan bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum ........]
1/2 cawan tepung jagung .......]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.
Cara membuatnya
1. Pukul gula aising dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar telur puyuh dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biarkan sejuk daru dicelupan
8. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
9. Sejukkan dahulu baru disimpan.

BISKUT ALMONDS SWEETIES
[hanieliza]
Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]
hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Almond London
[Tenko]
200 g butter.
225 g Hong Kong flour.
100 g serbuk almond.
70 g icing sugar.
50 g tepung beras.
sedikit garam.
almond cincang (bakar).
almond biji (bakar).
esen vanila.
Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan Hong Kong flour, tepung beras, serbuk almond, garam dan esen vanila. Gaul rata dan uli hingga lembut. Then uli bulat2, masukkan almond. Bakar. Bila dh sejuk, celup dlm cooking chocolate, taruk dlm paper cup and taburkan almond cincang.
london almond..
.[effa]
500 gm tepung biscuits mix (beli kat kedai jual brg wat kuih / kek)
250 gm butter
1 biji telur
almond biji (bakar)
almond cincang (bakar)
1. mix tepung biscuits mix, butter & telur, sejukkan dalam peti ais utk sekurang?nya 2 jam
2. kemudian balut almond biji tu ngan adunan yang telah disejukkan tadi...
3. bakar selama 15 - 20 minit, pada 180 darjah celsius
4. biarkan sejuk, pastu celupkan dlm coklat yang dah dicairkan secara double boiler, masukkan dlm papercup
5. tabur almond cincang...
BISKUT GAJUS

BISKUT GAJUS
Bahan-bahannya:
200 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur
5 gram esen vanila
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentuk adunan tersebut seperti buah gajus dengan meletakkan biji gajus di hujung adunan tadi. Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180�C selama 15 minit.

BISKUT GAJUS
[NoorMasri]
Bahan-bahan:
2 biji kuning telur
120 g gula halus
175 g mentega
320 g tepung gandum
120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
1 biji kuning telur } utk sapuan
Cara membuat:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla, kacau sebati.
Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak.
Sejukkan di atas rak wayar kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

BISKUT GAJUS -
Pn
Norzailina Alaf21
125 g mentega
40 g gula aising
5 camb mentega kacang halus (smooth peanut butter)
1 1/2 camb madu
180-200 g tepung gandum } diayak
1/2 camt soda bikarbonat }
80 g serbuk gajus
Putar mentega, gula, mentega kacang dan madu hingga sebati. Masukkan bahan ayak dan serbuk gajus, uli perlahan menjadi doh. Canai antara 2 lapisan plastik dan terap dgan acuan pilihan. Atur atas tin pembakar berlengser dan bakar pada 180 C selama 15 min atau hingga masak.

BISKUT TEMBIKAL

BISKUT TEMBIKAI
[gadis_aries]
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)
Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.
* Peringatan
Masukkan tepung sikit? dulu....
Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula? Aries buat jadi mcm tu

Biskut Tembikai [budaks_comel]
Bahan:
4 oz mentega
3 oz tepung
1/2 sudu makan baking powder
1 sudu makan tepung cornflake ataupun nestum ( dikisar halus)
1 oz gula aising
2 oz tepung jagung
1/2 biji kuning telur
sedikit lenga hitam
Cara:
1. pukul mentega dan gual hingga kembang dan masukkan kuning telur
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan tepung cornflake or nestum. Gaul rata-rata
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Warna plain, hijau dan merah
4. Bakar dengan suhu sederhana
Cara Membuat Tembikai:
1. Bulatkan adunan warna merah, hijau & palin menjadi bola-bola kecil. Bola mesti sama banyak.
2. Leperkan bola plain dan letakkan bola merah di atas warna plain. Bulatkan menjadi bola.
3. Leperkan warna hijau dan letakkan bola no.2 tadi dan bulatkan lagi menjadi bola...
4. Potongkan bola tadi menjadi potongan buah tembikai dan letak lenga hitam tadi.
biskut tembikai ...sebelum di warna timbang dulu jumlah berat doh
.. bahagi 2..timbang biar sama berat..pastu baru kaler..kiranya jumlah berat nya sama
la...mula2 wat bulat2 warna merah..setiap bulat tu seberat 25 g..pastu wat bulat warna hijau pulok berat sama 25 g..jd nya jumlah bulatan pun sama..katakan 12 ketul ijau..12 ketul merah..pastukan amik seketul doh merah dan seketul doh ijo..doh ijo tu kan bahagi 2 lagi..leperkan 1/2 buh atas doh merah..1/2 lagi doh ijo leperkan juga..buh bawah doh merah..pastu tangkupkan biar doh ijo tu bercantum atas bawah...membaluti doh meroh..buat cam tu sampai abis..so far mmg tak de problem tak cukup pasangan warna..


BISKUT MANGGIS
BISKUT GAJUS MANGGIS [gadis_aries]
Bahan-bahan:
250 gram mentega
100 gram gula castor
380 gram tepung gandum, di ayak
3 sudu makan tepung jagung, di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, di bakar
1 biji telur, di kocok utk di sapu atas biskut
Pewarna ungu
Pewarna hijau
Cara membuat:
Dengan menggunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar. Masukkan gula, kuning telur & vanilla. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan kedua? jenis tepung sedikit? sambil di kacau hingga adunan menjadi rata & sebati. Ambil ? cawan adunan & warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk & tangkai manggis. Lebihan adunan di warnakan ungu.
Ambil sedikit doh ungu, angaran sebesar ibu jari & di masukkan kedalamnya 1 biji gajus. Kepal hingga bulat. Ambil pula sedikit doh hijau, bentukkan seperti tampuk & tangkai manggis, lalu di letakkan kepada bebola ungu, sehingga menjadi sebiji manggis yg cantik. Sapu di atasnya dgn telur & bakarlah sehingga masak.


BISKUT BUAH KANA
ALAF 21 (Pn Norzailina Nordin)
gambar Inai
90 g gula aising..............kurangkan skit
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya
Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung. Ketukkan acuan dan atur biskut atas tin pembakar berlengser marjerin.
Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar suam atas redai kek sebelum disapu jem dan ditangkupkan 2 (pada bahagian bawahnya). Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

ANEKA BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:
600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180�C.
Biskut Chocolate Chip Hazel Nut
Bahan-Bahan:
250gram Mentega
100gram gula castor perang
100gram gula halus
2 biji telur
1 tsp esen vanila
garam secubit
3 tbs tepung jagung
2 ½ cawan tepung gandum
100gram chocolate chip
100gram Kacal Hazel Nut (rendang & Tumbuk kasar)
Cara:
Pukul Mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu per satu bersama esen vanila dan garam. Setelah itu pukul bersama tepung jagung. Campurkan Chocolate chip dan Kacang Hazel dan akhir sekali fold in tepung sehingga sebati. Griskan dulang dan letakkan adunan tadi menggunakan sudu makan besar dan bakar pada 180'C selama 10-15 minit.
Tambahan:
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan biskut ke dalam.

Best Big,Fat,Chocolate Chip Cookies
[sarah]
bahan2nya:
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang
pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,
pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

ANEKA MAMA CARRIES
Gambar Dari Inai (cari.com.my)
Mama Carrie
Bahan-Bahan:
Bahan (a)
250 gm mentega
125 gm icing sugar
275 gm tepung
50 gm tepung jagung
1 sudu makan tepung susu
Bahan (b)
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu makan tepung jagung
Cara:
Satukan bahan (a) dan putar selama 2 minit. Simpan dlm peti sejuk 1/2 jam. Canai adun setebal 1.5 cm dan
terap dengan acuan pilihan anda.
Putar putih telur dan gula hinga pekat. kemudian masukan tepung jagung. Bahagikan adunan 2 bahagian yg satu warna
cokelat & yg satu putih.
Sapukan aduan warna putih diatas tepung yg diterap,
kemudian picitkan/titikkan adunan cokelat bentuk melingtang diatasnya dan gunakan lidi, gariskan bentuk melintang
tadi.
Bakar 180 C hingga masak.
BISKUT MAMA CARRIES [hanieliza]
Bahan bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1/2 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung . Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .
Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
(Gambar
kak Noormasri)
MARMAR CHERIES
Bhn2Nya
225gm mentega
75gm gula ising
2 biji kuning telor
300gm tepong gandum
90 gm tepong jagung
15gm susu tepung
1 tsbp esen vanilla
- Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telor merah baru masukkan esen vanilla
serta susu tepung, gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati dan dicanai. Terap dengan acuan pilihan anda..
bakar pada suhu 180 selsius selama lebih kurang 30 minit.
Cream
30gm putih telor
150gm gula ising
1 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanilla dan coklat emulco
- Pukul putih telor bersama gula hingga pekat. Masukkan tepung jagung dan esen vanilla. Pukul lagi
hingga rata. Letakkan cream diatas biskut yang telah dibakar tadi. ambil lidi lorekkan permukaan biskut dengan coklat emulco.
sedia untuk dihidangkan pada tetamu di hari raya....
meaceh...
15 gm tepung jagung
Coklat paste
beberapa batang tooth-stick
Untuk membuat aising:
1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste.
3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan
lorekkan atas permukaan ising putih tadi.
5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
TIP MERENGUE
topping kat biskut mamar carries ni bubuh sebelum dibakar...
acara menghias tu hendaklah dibuat sebelum upacara membakar cookie tu...
Selepas sapu merengue atas biskut ...saya amik sikit merengue coklat (guna toothpick) dan mula buat corak kat merengue yg atas biskut tadi ...bila rasa dah cukup lawa lukisan saya tu ...baru bakar
SOALAN ?
sapa2 yg dah buat biskut mama carries tu tanya sket buleh..icing nya kena pukul sampai kembang ke pukul gitu2 je? buh sebelum ke selepas dan bakar berapa min suhu berapa...icingnya tak tuko kaler jd brown ke lepas bakar? ...
JAWAPAN...
kalu ikut apa yg saya buat..putih telur tu saya pukul sampai putih/kental mcm buat kek chiffon tu...tp sbb buh tpg jagung so dia jadik soft peak jer...then sapu atas biskut yg sudah diterap B4 bakar....suhu dia sama mcm bakar cookies yg lain 180C....dun worry
icing dia InsyaAllah tak bertukor kaler...cuma takdelah putih melepak mcm b4 bakar tu...
ekceli memang susah skit pun nak sapu...asyik nak terjungkit ke atas jer...tp fistik dah bagi tips suh sapu guna pisau yg kita sapu majerin
tu....trial n error utk 2-3 biskut pastu mesti expert nyer....2-3 biji tu memang cam hampeh bentuk dia...
guna suhu yg biasa bakar cookies tu....sbb lain oven lain tahap kepanasan dia....
putih telur tu lepas bakar biskut....dan tak yah bakar dah maringue tu..dia keras
sendiri.......mungkin coklat tu pun merelit sebab tak bakar kot..wallahualam

ANEKA CORNFLAKEs

Biskut Cornflakes [ hanis00]
1 buku buttercup
1 1/4 cawan gula - resepi asal 1 1/2 (hanis kurangkan sebab tak tahan manis)...* speed kurangkan lagi jd 3/4 cawan aje
3 cawan Quaker Oats
1 sudu teh esen vanila
1 kotak kecil Cornflakes (180gm)
- Cornflakes ni dipanggang dulu dlm oven selama 7-10 minit, suhu 170 (utk maintain krangupan Cornflakes)
- Biarkan suam sebentar baru masukkan dlm adunan.
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
2. Masukkan esen vanila, kacau dan kemudian Quaker Oats, kacau sebati
3. Akhir skali masukkan Cornflakes, gaul.
4. Masukkan dalam paper cup,hiaskan dengan ceri dan bakar
cornflakes
madu
[shidaaziz]
1. 800gm corn flakes
2. 1 ketul butter
3. 1 mangkuk gula
4. 1 1/2 sudu madu
Caranya
cairkan butter dan gula. bila dah cair, masukkan madu & conrflakes. kacau rata & masukkan cornflakes ke dalam paper cup & bakar.

BISKUT CORNFLAKES THUMBPRINTS
Sumber: Chef Wan
Bahan-bahannya
225 gram mentega
1/2 cawan gula perang
2 biji telur, diasing putih dan kuninig
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
1/2 cawan kacang walnut, dicincang halus
1 cawan cornflakes yang dihancur halus, dicampur bersama kacang walnut
jem rasberi secukupnya
Cara-caranya
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan digolek ke dalam bahan cornflake dan kacang.
3. Dengan hujung jari ditekan leper dan dibbentuk lobang kecil. Isikan dengan jem rasberi dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12 - 15 minit sehingga kuning keemasan.
Biskut Cornflakes [sue]
180gm tpg gandum
150gm butter
80gm icing sugar
50gm tpg jagung
1kuning telur
80 gm cornflakes (hancurkan) - gunakan brand nestle.nipis & ranggup sikit.tak pun beli kat BWY..murah
1/2 sudu teh baking powder
Pukul butter & gula sampai berkrim. Masukkan kuning telur. Pukul lagi then masukkan cornflakes & tpg
jagung. Uli adunan sambil masukkan tpg gandum sedikit2. Kalau lembik biarkan sebentar.Bulat2kan sebesar guli..nak gaul dgn cornflakes pun bole. bakar hingga masak
try la..best sebab dia rangup....
Biskut Cornflakes Madu
[eena05]
Bahan-bahan :
8 oz cornflakes
4 oz butter
2 oz gula castor
3 - 4 sudu besar Golden Syrup
Chocolate chips secukupnya
Cara membuatnya :
1. Ramaskan cornflakes kasar-kasar
2. Pukulkan butter + gula hingga kembang dan baru masukkan cornflakes.
3. Kemudian masukkan golden syrup gaul rata dan akhir sekali masukkan chocolate chips.
4. Letakkan dalan small cups dan bakar.
Note : Utk hiasan eena biasenye taburkan almond cincang or colorful manik tu.....heheheheee tak tau nama nyeee....
CORNFLAKES COFFEE KISSES
[DianaA]
Bahan-bahannya
125 gram mentega
20 gram shortening
70 gram gula serbuk
1 biji kuning telur
1 sudu besar peanut butter
1/2 sudu teh esen kopi
180 gram tepung serbaguna
50 gram tepung jagung
30 gram kacang gajus, dikisar
1/2 sudu teh baking powder
1 biji putih telur, dipukul sedikit untuk sapu
hirisan badam dan cornflakes yang telah diramas, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul mentega, shortening, gula serbuk dan kuning telur selama 4 minit. Masukkan peanut butter dan esen kopi dan pukul lagi selama 2 minit.
2. Ayak kedua-dua tepung dan baking powder, masukkan kedalam adunan bersama gajus. Gaul rata. Dinginkan adunan tepung didalam peti sejuk selama 10 minit.
3. Canai aduann dan potong bentuk rectangular dengan pisau. Sapukan putih telur diatas permukaan doh dan taburkan cornflakes yang telah diramas dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar selaam 13 minit pada suhu 180 darjah C.
Biskut Cornflake Sagu
[TAJMAH]
Bahan-bahannya
110 gm mentega
200 gm tepung sagu
60 gm gula halus
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh essen vanila
100 gm conflake
50 gm badam cincang.
Cara membuatnya
1. Cornflakes di remas hingga hancur.
2. Gula, mentega dan kuning telur dikacau hingga rata kemudian masukkan tepung sagu, vanila, garam badam dan cornflake yang telah dihancurkan tadi gaul hingga sebati.
3. Sediakan mangkuk kertas dan sendukkan adunan tadi kedalam mangkuk kertas. Setelah itu bakar hingga masak.
biskut cornflakes bermadu[ariesarlia3003]
Bahan2 utame:
1 kotak cornflakes yg sedang tu (leh dpt dlm 60 cawan kertas bergantung pade kepadatan...)
1 botol madu
mentega sikit
Bahan2 kedua:
1 bungkus bijan (yg kecik udahle..)
ceri
1 bungkus kacang hazelnut yg dah dikisar kasar (yg halus pun boleh tapi kurangla tastenyer...biase taruk yg kasar...baru sedap!)
1 bungkus kismis (ni additional jer...x nak pun xpe)
Peralatan:
1 bungkus cawan kertas
dapur gas
oven
loyang
Care2 masak madu:
memule korg masakkan madu tu kat dlm periuk...gune separuh dahle...gune api pelan...n then kalo madu tu dah melegak (kuar buih2...) tarukkan sedikit mentega...agak2la...biase 3 sudu mentega je...pastu kacau...dah masak tutup api...
Care2 membuat:
taruk cornflakes kat dlm bekas plastik...n then masukkan semua bahan2 kedua pulak...peh tu masukkan madu tadi...n kacaula same rate...kalo tak cukup madu tambahla lagi...tapi pastikan masukkan mentega jugak...lepas tu masukkan bahan2 tu kat dlm kertas cawan pulak...n then bakarla...jgn lelame bakar kang rentung pulak...kejap jer...ni untuk kasi cornflakes tu lekat...
BISKUT COKLAT CRUNCH
[hanieliza]
bahan
150 gm cornflake
150 gm coklat buble-rice
400 gm cooking coklat
1 s/b butter
gula warna warni
paper-cup
Cara
1. Cornflake di ramaskan sikit supaya pecah.
2. Gaulkan dengan coklat buble-rice.
3. Cairkan coklat dalam double boiler. Gaulkan dengan butter sampai sebati.
4. Tuangkan coklat dalam mangkuk coklat buble-rice dan cornflakes. Kacau rata.
5. Sudukan kedalam paper-cups dan taburkan gla warna-warni.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

ANEKA BISKUT OAT/NESTUM
Biskut Oats [TAJMAH]
Bahan-bahannya
100 gm mentega
80 gm gula caster
50 gm oats (kisar jangan terlalu halus)
1 biji kuning telur
40 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum
Cara membuatnya
Pukul mentega dengan gula hingga sebati masukkan kuning telur gaul lagi hingga rata. Masukkan oats gaul rata setelah itu masukkan tepung jagung dan akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit-sedikit gaul rata. Setelah itu bolehlah dicanai dan dibakar.
Jika suka diatasnya boleh disapu dengan kuning telur dan dihias dengan ceri.
BISKUT QUAKER OATS
[Tenko]
1 tin Quaker Oats (nk bakar kejap oats pun blh).
375 g butter.
250 g castor sugar.
3 bj kuning telur.
1 s.t. esen vanila.
1. Pukul sebati butter dgn gula.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lg.
3. Masukkan oats dan esen. Gaul sebati.
4. Ambil sesudu teh adunan dan bulat2kan. Hias dgn ceri. Blh juga klau nk penyekkan dgn sudu atau siku.
5. Bakar.
Biskut Oatmeal Gajus
Bahan-bahan
1/2gm mentega
1 cwn gula icing
1 cwn tepung gandum
1 sudu makan minyak sapi
1 1/2 cwn oat
1 cwn kacang tanah @ gajus
Cara membuat Pukul mentega, minyak sapi, gula icing hingga sebati. Masukkan tepung, oat dan kacang, gaul rata. Jika adunan keras, tambahkan minyak sapi. Buat bebola kecil, celupkan dlm putih telur, golekkan dlm oat dan utk hiasan letakkan kacang gajus di atas bebola tadi. Bakar pd suhu 180oC selama 30 minit @ hingga masak (warna keperang2an) Resepi ni ringkas serta mudah utk m'buatnya. Penggunaan minyak sapi adalah utk menggebukan biskut t'sebut. Selamat mencuba.
Cereal & Mix fruits cookies [afieza_ariffin]
125 gm Mentega
100 gm Tepung Gandum - Ayak
100 gm Tepung Jagung - Ayak
200 gm Gula Castor
1 sudu teh serbuk penaik - Ayak
1 sudu teh chocolate paste (emulco)
1/2 cawan nestum
1 biji telur
1/3 kotak mix fruits
Peanut (chopped)
Hiasan
Chocolate cair & nestum
Cara:-
Gaul semua bahan ayak dgn nestum.. ketepikan... kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.. pukul hingga ringan.. masukkan chocolate paste.. pastu masukkan pula mix fruits dan peanut cincang... kacau rata.. pastu masukkan pula bahan ayak yg telah di gaul dgn nestum... uli sebati... bentukkan bebola.. dan salut dgn nestum.. tekan dgn garpu pastu susun dan bakar... bila dibahagian bawah dan bertukar coklat..hahaa dah masak ler tuh... bila dah sejuk hias dgn coklat cair...

Aneka Biskut Buah
Pinggang
Biskut Buah Pinggang[sue]
2 cawan butter / mentega
2 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung biskut merry dikisar halus menjadi tepung
2 cawan cornflake dikisar untuk ditabur diatas biskut
2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 cawan gula halus
2 biji putih telur disapu diatas biskut kemudian ditabur dengan
cornflake
sedikit esen vanila
Cara-caranya.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Setelah kembang, masuk kan telur merah dan kacau bagi rata.Setelah itu masukkan esen vanila kemudian kesemuatepung. Uli adunan tersebut sehingga lembut elok.
3. Kemudian ambil adunan tersebut untuk dicanai dan di tekan dengan acuan.
4. Kemudian sapukan putih telur diatas adunan tersebut dan taburkan dengan cornflake yang di kisar halus.
Biskut Buah Pinggang[Index]
Bahan-bahan:
50g butter
150g gula castor
1 biji kuning telur
120g biskut marie mesin halus
70g cornflakes - mesin halus
50g tepung gandum
100g tepung naik sendiri
100g tepung jagung
? cawn cornflakes untuk hiasan.
Cara membuat:
Pukul butter dengan gula sekejap. Masukkan telur. Kacau rata. Masukkan semua bahan tepung, biskut, cornflakes. Uli sebati. Terap dengan acuan. Sapukan kuning telur. Taburkan cornflakes. Bakar hingga masak.
Tapikan..tokeh resepi ni dah tak pakai acuan buah pinggang dah..dia pakai acuan daun mcm daun fernleaf tu..comei jugak . Biskut ni sedap..rangup dan garing..nak buat jer maleh..makan laju sokmo..

Sweet Rozie [shidaaziz]
Bawah
125g butter
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Atas
125gm butter
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
1/2 cawang tepung gandum
Esen vanilla
Hiasan
Chocolate chips
Method
Macam buat biskut biasa. Tak perlu pukul terlalu kembang.
Yang atas tu pakai acuan semperit.
BISKUT COKLAT RICE[hanieliza]
Bahan
250 gm butter
150 gm gula halus
1 biji kuning telur
50 gm tepung jagung
230 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
bahan hiasan
paper cup
coklat rice
badam cincang
Cara
1. Pukul buter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi.
3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko.
4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata,
5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern.
6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang.
7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit.
8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Biskut Hirisan Badam Krispies [Gadis_Aries]
Bahan-bahan:
250 gram hirisan badam
100 gram coklat crispies
250 gram of cooking Coklat
White chocolate (utk hiasan)
Paper cups
Cara membuat:
Bakar hirisan badam sehingga garing. Lalu masukkan coklat crispies & cooking coklat dan juga badam hirisan. Gaul semua bahan? dan masukkan ke dalam paper cups. Selepas itu masukkan ke dalam peti ais. Kalau hendak hias biskut ini, semasa keluarkan dari peti ais, boleh lah di hias dgn white chocolate tapi selepas itu mesti di masukkan ke dalam peti ais lagi utk mengeraskan white chocolate tersebut. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bekas yg kedap udara.
Dulu tiap? tahun mesti Aries order biskut ni...mahal jugak....so satu hari tu Aries pecahkan biskut tu then tengok apa kat dlm biskut tu...so the following year, Aries buat sendiri aje lagi senang
BISKUT COKLAT AISKRIM [AngsaMerah]
1 biji kuning telur
120g gula (powder)
120g tepung jagung
120g tepung aiskrim coklat
200g tepung gandum (jangan habiskan kesemuanya)
120g kuaci sunflowe
150g conflake ditumbuk
? sudu teh vanilla
120g badam cincang (sangar/bakar dulu)
250g mentega
secukup mangkuk kertas yang kecil (papercups)
1.Mentega, gula, telur, vanilla digaul rata.
2.Masukkan badam dan kuaci, gaul rata.
3.Masukkan tepong aiskrim, tepong jagong dan conflake. Gaul rata.
4.Akhir sekali masukkan tepong gandum dan gaul hingga lembut.
5.Masukkan dalam mangkuk kertas dan bakar hingga masak. (Biar kuning /coklat sedikit.)
WHOLEMEAL SHORTBREAD [Tenko]
250 g butter.
125 g castor sugar.
190 g tepung whole meal.
190 g tepung gandum.
75 g tepung beras.
1. Pukul butter and gula hingga lembut and kembang.
2. Masukkan ketiga2 tepung skit2. Gaul sebati.
3. Uli hingga jadi doh lembut.
4. Canai dan terap serta bakar hingga masak
CHOCOLATE HAZELNUT BALL COOKIES [gadis_aries]
Bahan-bahannya :
250 gm mentega
225 gm HongKong flour
100 gm Hazelnut di kisar
70 gm gula aising
50 gm tepung beras
250 gram whole hazelnut
1 sudu teh vanila
1 bar of Cooking Coklat
Paper cup
Cara membuatnya :
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan kedua jenis tepung, hazelnut kisar, garam, vanila dan semuanya digaul rata. Uli hingga menjadi doh lembut dan ambil sedikit tepung lalu balutkan pada sebiji hazelnut dan bakar hingga masak dan sejukkan terlebih dahulu. Angkat dan masukkan ke dalam papercup yang kecil. Taburkan badam cincang.
**Aries dapat 230 biji utk satu adunan ni... ianya semua tergantung dgn mcmana you all bebola kan adunan tu...

BISKUT SARANG SEMUT [hanieliza]
Bahan
250 gm butter
1 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum.......]
1 gelas tepung jagung.......] di ayak
2 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isikan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara
BISKUT SARANG SEMUT [NoorMasri]
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.
BISKUT SARANG SEMUT[version baru] [hanieliza]
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakat dalam oven dgn suhu 180 C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT ARAB
BISKUT ARAB [hanieliza]
Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau
Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.
biskut arab ni owen buat tiap tahun sebab favourite hubby...cara dia cam kak liza buat tapi owen takdelah letak kaler2... Ni resepi owen ( Ni sukatan yg kecil , kalau nak buat banyak gandakan aje bahan2nya)
BISKUT ARAB [owencute]
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak sapi
Ceri merah (untuk hiasan)
Cup kecik
Cara:-
Cairkan minyak sapi dan gula ( kalau nak pukul sampai kembang leh gak)
masukkan tepung
Gaul sampai sebati
Bulat2kan masukkan dalam cup.. hias ngan ceri dan Bakar
Snowy Heart cookies
Bahan-bahannya:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
800gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek
)
Cara-caranya:
Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat
Pukul ghee dan gula halus hingga sebati
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati.
Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (oven kita yg pakai nombor 1 hingga 5, kita pakai nombor 3 dan bakar dalam 10 min, kalau oven yg lain tu, agak2lah ek...tak leh nak nolong)
Bila dah masak sira dengan susu Nespray.
Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan
(Btw, untuk percubaan minggu ni Roz buat ? adunan je, dpt dalam 60++ keping, bila dah jadi ni confident sikit, next time boleh buat 1 adunan penuh)
Biskut Ghee [dindazZz]
Ingredients:
340 g plain flour
40 g rice flour
1/4 tsp salt
180 g ghee(melted)
90 g castor sugar
Method:
1. Mix everything together to form a smooth, soft dough.
2. Divide and form into smaller balls.
3. Arrange on a greased baking tray.
4. Baked in preheated oven 170C for 20 mins till golden brown.
petua [ninoZ]
kalau nak biskut ghee yg sedap..gunakan pure ghee
kalau guna minyak sapi campuran..rasanya tak sesedap kita guna ghee yg ori
pastukan..
kalau guna resepi yg memerlukan ghee yg tak dicairkan...pukul sebentar ghee tu bagi gebu sket then baru masukkan dlm tepung [walaupun kekadang dia tak tulis pun yg ghee tu perlu di pukul terlebih dahulu]
antaranya : Gheeblend
biasanya dia akan tulis 'minyak sapi campuran' kalau product tu bukan ghee yg ori
BISKUT BADAM
BISKUT BADAM[NoorMasri]
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan mentega
3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum }diayak bersama
1/2 cawan tepung jagung }diayak bersama
100 g badam kisar
100 g kepingan badam } hiasan
2 biji kuning telur } sapu
Cara membuat:
Mentega dan gula dipukul sebati
Masukkan tepung yg telah diayak bersama serta badam kisar
Kemudian gaul sebati sehingga menjadi doh.
Canai adunan dan terap dgn acuan yg disukai
Sapu kuning telur di atasnya dan hiaskan dgn kepingan badam
Bakar pada suhu 150'C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas rak wayar
BISKUT BADAM [hanieliza]
Bahan
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum
badam flake
kuning telur untuk sapuan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
Biskut Badam (di Geylang biskut ni ditukar jadi Suji Badam)[DianaA]
Bahan nya:
1 kg tepong gandum
350 gm badam (di kisar)
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya
Cara cara nya.
Masokkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata. masokkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg bolih di terap.
Bakar dalam oven . suhu nya agak agak.
BISKUT MAZOLA[NoorMasri]
Bahan-bahan:
600 g kacang tanah } digoreng dan dikisar halus
600 g tepung gandum }diayak
300 g gula halus
minyak mazola secukupnya
secubit garam
Hiasan:
sebiji kuning telur } sapuan
sedikit kacang tanah belah 2
baru ni akak buat sapuan tu akak campurkan 1 kuning telur + sket susu segar (1 sudu kecil) dan pewarna kuning (sama juga utk F nenas) so bila bakar atasnya tak mudah nampak hangus spt gambo mazola akak tu..(gambo taun lepas)..baru ni buat tak amik gambo
Cara membuat:
Gaulkan bersama tepung, kacang, garam dan gula sehingga sebati
Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjd doh yg lembut dan boleh dibulat2kan
Buat bulat2 kemudian tekan sket tengah nya supaya jd leper letak kacang atas pastu sapu dgn kuning telur
Bakar pd suhu 160'C selama 15-20 min
Bila masak sejukkan atas redai besi
Biskut Kacang Hijau [sarah]
1/2 cawan serbuk kacang hijau
4 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
Minyak jagung secukupnya
Pewarna Hijau
Telur merah untuk disapu atas biskut
Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali telur dalam satu bekas. Gaul sehingga adunan boleh dibentuk atau diterap. Sapu kuning telur dan bakar.
P/S : Cara membuat serbuk kacang hijau. Beli kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya. Sangrai(goreng tanpa minyak) dahulu. Lepas tu blend halus kemudian ayak
BISKUT BIJAN
Bahan-bahannya:
100 gram bijan
70 gram gula pasir
100 gram shortening
1 biji telur
110 gram tepung
Sedikit soda bikarbonat
Cara membuatnya:
1.Gula dan shortening dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung dan soda bikarbonat dan uli hingga sebati.
3. Bentuk adunan mengikut cita rasa sendiri dan taburkan bijan di atasnya.
4. Bakar pada suhu 180�C selama 15 minit.
Biskut Ulat Bulu
Bahan-Bahan:
½ cawan Mentega
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Jagung
2 Biji Kuning Telur
Sedikit Perwarna Hijau
Sedikit Perasa Pandan
Sedikit Gula Halus (ditabur ke atas biskut yang telah masak)
Untuk Inti:
1 Cawan kurma (Dicincang /dihiris halus)
Cara:
1. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung.
2. Masukkan mentega dan kuning telur, gaul sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan perwarna hijau dan perasa pandan, gaul lagi sehingga rata.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit kurma cincang di dalamnya. Setelah itu bentukkan seperti ulat bulu.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
6. Setelah sejuk taburkan gula halus di atasnya.
Tambahan:
Adunan hendaklah dibentuk kecil-kecil kerana aduanan akan kembang apabila dibakar.
Biskut Bertih Jagung
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Bahan-Bahan:
150 gm mentega
75 gm gula kastor
30 gm badam cincang
60 gm bertih jagung (diramas sedikit)
50 gm coklat cip
1 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
Ceri hijau untuk hiasan
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan badam cincang, bertih jagung, coklat cip dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri hijau. Bakar hingga masak.
BISKUT FANCY ICE CREAM
BISKUT FANCY ICE CREAM[DianaA]
Bahan-bahannya
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam
Cara-caranya
Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan
terap dgn acuan ais krim. dah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus
manik berwarna.
topping
cairkan coklat dlm oven
dan letak minyak masak gaul rata
Biskut Aiskrim [cranko21]
Bahan A
250g butter
100g gula
30g shortening
sedikit esen strawberry & sedikit pewarna merah
Bahan B Di ayak bersama
240g tepung gandum
60g tepung jagung
30g tepung kentang
40g tepung kastad
?c.teh baking powder
Bahan C untuk hiasan
coklat masak
colored coklat rise
telur kuning
Cara :
? Pukul butter dengan gula sehingga kembang, dan masukkan shortening dan esen strawberry & pewarna. Kacau serata.
? Gaul tepung ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit .
? Terap doh tadi dgn bentuk aiskrim cone, sapu sedikit kuning telor dan bakat suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
? setelah biskut masak, biarkan sejuk sebentar, celurkan bahagian atas biskut dgn coklat masak yg telah dicairkan dan tabor sedikit coklat rise
. Biarkan coklat kering sebelum di simpan.
BISKUT BUAH-BUAHAN CAMPUR[hanieliza]
Bahan
120 gm butter
60 gm gula kastor
2 s/b susu pekat
2 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1/2 s/k soda bikarbonat
240 gm gandum
120 gm buah-buah campur
60 gm badan cincang
Cara
1. Pukul butter, gula, susu,kuning telur dan esen vanilla sehingga ringan san sebati.
2. Gaulkan tepung dan sdoa bikarbonat yg telah diayakkan bersama dengan buah campur dan kacang badam.
3. Adunan digulungkan saperti keropok lekor.
4. Masukkan dlam petisejuk beberapa jam.
5. Keluarkan adunan dan hiriskan setebal 1/2 cm.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit.
BISKUT OREN[hanieliza]
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu teh pati oren/oren emulco
1 sudu teh 'zest' oren
Cara:
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan zest oren dan esen oren.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan adun hingga sebati.
4. Rehatkan sebentar dalam petisejuk.
5. Canaikan doh pada permukaan bertepung dan terapkan dengan acuan bentuk ulas limau.
6. Bakar selama 15 minit dalam suhu 170'C atau sehingga keemasan.
7. Sejukkan dan disimpan

TAT
EEG TAT BAHKTIAR
pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila
Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)
Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.
cara:
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.
Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)
Tat Nenas Keju [fasya]
Bahan-bahan pastri:
600 gm tepung serba guna
300 gm keju, disejukkan
100 gm minyak jagung
2 biji kuning telur [ukuran kecil] disejukkan
1/2 camca teh esen vanila
2 camca besar gula kastor atau gula halus [jika suka]
Sedikit air garam, disejukkan
Sebiji telur dipukul
Bahan-bahan jem nenas:
2 biji nenas, dicincang halus
3 cm kulit kayu manis, dikisar
4 kuntum bunga cengkih, dikisar
600 gm gula pasir
1 biji limau nipis, diambil air
Cara buat jem nenas:
1. Gunakan tapisan,sejat nenas, agar sejat airnya.
2. Didalam kuali,satukan nanas, kulit kayu manis, bunga cengkih dan gula.Gaul rata.Masak di atas api perlahan selama 30 minit.
3. Masukkan perahan limau nipis, kacau lagi.Masak hingga jem pekat berwarna coklat perang.Angkat dan sejukkan.
Cara membuat tat:
1. Didalam satu bekas,masukkan tepung dan keju.Gaul dan ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
2. Tuangkan minyak jagung perlahan-lahan dan uli perlahan-lahan.Masukkan kuning telur,esen vanila,gula jika mahu manis dan air garam.Uli hingga doh lembut.
3. Tutup doh dgn tuala lembab yg bersih dan letakkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam.
4. Keluarkan doh dan biarkan beberapa minit pada suhu bilik.Bahagikan doh kepada empat bahagian.Canaikan memanjang setiap satu bahagian setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan tat.Sapukan telur pada tepi tat.
5. Isikan jem pada tengah tat dan hiaskan bahagian atasnya [ikut kemahuan anda].Apabila siap, sapukan lagi telur diatasnya.
6. Bakar tat hingga tat masak.
TAT KEJU BLUEBERRY
Sumber : WanitaMelayu.com
Sumbangan : Kak Liza
Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum
Filling
250 gm blueberry filling
Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]
Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angkat tat dan sejukkan.
Blueberry Cheese Tart.
Sumber : Buku Aneka Pastri Menawan oleh Alex Goh
Gambar : Roz Rnet
Chetam tempekkan sekali ngan komen dari Roz sebagai panduan kita semua.
[Quote]
Semalam buat projek Blueberry Cheese Tart. Resipi ni dulu Jeni yang bagi feedback dan tolong tempekkan resipi dari buku Irresistible Pastry (Aneka Pastri Menawan) oleh Alex Goh. Hasilnya....voilla....delicious....kalau makan tak leh nak berenti....tapi sendiri jugak mau ingat....itu cream cheese banyak fattening.....
Cream cheese dengan blueberry filling tu Roz pipekan ngan plastik biasa je.... gunting sikit bucu plastik tu dah boleh pipe kan dah, tak yah pakai nozel...blueberry tu Roz swirlkan ngan lidi so tak lah nampak bertompok kat atas cream cheese tu, tapi wa punya topping takdelah design2 cun... :)
SWEET PASTRY
*Berat pastri yang terhasil lebih kurang 780 g.
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu
Cara-cara
Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.
Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.
BLUEBERRY CHEESE TARTS
Bahan-bahan
300 g Sweet Pastry
Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula
25 g mentega
Bahan B
1 biji telur
Bahan C
25 g whipping kream
Bahan D
20 g tepung
Blueberry filling
Cara-cara
Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
Inti :
Pukul (A) sehingga licin dan gebu.
Masukkan (B) dan pukul hingga sebati.
Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna.
Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota:
Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.
Untuk menjadikan permukaan atas tat lebih menarik, sapukan apricot glaze supaya ia kelihatan berkilat. (Apricot glaze + sedikit air dan panaskan di atas dalam periuk kecil di atas dapur hingga campuran tersebut cair)
Tapis blueberry filling tersebut supaya filling tersebut dapat keluar dengan lancar sekiranya menggunakan piping bag ketika menghias.
Tart Gulung(anggaran 1 adunan 80 pcs) [Akak_Siti]
Bahan-bahannya
250gm mentega
40 gm gula icing
40 gm tepung jagung
1 tsp esen vanilla
300 gm tepung gandum
1 biji telur `A`
pewarna kuning telur
Hiasan
kuning telur
Cara-caranya
pukul mentega dan gula hingga sebati.
masukkan telur,pewarna kuning telur,esen vanilla,tepung jagung dan tepung gandum.
uli sebati,ambil sedikit adunan,masukkan ke dalam acuan dan pamkan,anggaran 1 1/2 inci panjang,masukkan inti dan gulung.
hias kuning telur dan bakar dalam suhu 180C selama 30 minit.
*setelah doh diuli masukan dalam mangkuk plastik dan tutup dengan plastik supaya doh tidak kering,keras,pecah..
Resepi ini juga saya sudah cuba .
Jika hendak biskut yang kita buat sendiri tahan lama dalam anggaran 1 tahun atau mahu ia lembut(seperti roll tart) atau mahu ia garing,rangup(seperti london almond) atau apa sahaja biskut supaya ia ringan,hendaklah tepung gandum disangai dahulu dalam kuali atau dijemur ditempat panas atau masukkan dalam oven suhu 150C selama 10 minit dan apabila sejuk hendaklah di ayak dahulu.
Jem Nenas
2 mangkuk nenas parut
1 mangkuk gula pasir
1 helai pandan
1 batang kulit kayu manis
1/4 cawan sunquick oren(sebagai bahan untuk mengawet kan jem yang kita buat)
TAT NENAS [ahysa]
420g tepung gandum
250g mentega
1 biji telur size kecil
1 sudu kecil essence vanilla
2 sudu makan susu pekat manis
cairkan mentega atas api yg sederhana. setelah cair, tutup api dan tuangkan susu pekat. kacau hingga rata.
ayak tepung dan buat lobang di tengah.
telur n essence vanila pukul mcm buat telur dadar, tapi jgn terlalu lama...asal putih n kuning bersatu dgn essence vanila.
masukkan telur, mentega dalam tepung.
gaul adunan sekadar semua bahan tadi sebati saja. jgn gaul lama2.
jika adunan terasa sangat lembut, jgn tambah tepung. biarkan dulu utk 20-30min sblm dicetak utk tart nenas.
adunan ni juga suitable utk buat fruit flan.
TAT GULUNG [hanieliza]
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning
Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].
cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..
JEM NENAS [hanieliza]
1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]
Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]
Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]
Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.
Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..
Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..
kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..
kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..
so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..
aduhai panjangnye bab jem ni..
tart gulung[magnolia]
500gm butter
100 gm gula aising
3 biji telur (ambik 2 je kuning)
70gm susu tepung
750 gm tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sdt esen vanila
inti jem:
2 biji nanas }parut nanas &
400 gm gula pasir (ikut manis korang nak le) }masak sume sekali sampai kering
1/2 cwn oren sunquick }
cara:
satukan butter n gula aising. kacau sekejap..tak yah la nk wat creamy method cam kek tu. pastu masukkan telur..mix well lagi..masuk esen. kemudian masukkan susu tepung dan tepung gandum. uli perlahan2. kalau rasa adunan melekit kat jari tu..tambah le tepung sikit2...peringatan! semasa nk taruk tepung memula tadi..jgn tuang suma sekali..boh sikit2..takut sat gi terkeras lak adunan. kiranyer adunan tu agak lembut (bkn lembik!) supaya senang dipicit kuar dr acuan dier.
pastu letak ler inti dan gulung. bakar sampai kekuningan atau masak ler..
tat ni mmg gebu n sedap.
*kalau sesaper nk kulit tat tu kekuningan skit..leh ler taruk pewarna kuning sebelum boh tepung kedalam adunan td..dan kalau rajin sapu ler kuning telur di atas biskut tu sebelum dibakar
ok la..selamat mencuba dan memakan..
INTI JEM NANAS
Bahan:-
1 biji buah nanas mengkal/masak - kupas dan buang mata
1 cawan gula atau lebih atau kurangkan skett - ikut citarasa
1 jorong betik masak
Cara:
# Basuh bersih nenas kemudian disagat.Berair tu biasa..sagat sampai habis.tapi jgn sampai tang empulur [batang keras tu]..
# sagat betik masak manis tu jugak..[1 jorong maksudnya 1 betik yg dah dihiris hok orang buat utk dijual tu..ishh camna nk explain nie erkk..]
# Dah sagat semuanya kemudian masak di atas api..kalau boleh guna laa periuk yang jenis teflon tu..senang tak lekat..masak sampai menggelegak tau..bunyi cam bulp..bulp tu...
masak sampai kering pastu tutup api..
# Dah jadik jem nanas..
Nota:-
tujuan letak betik tu adalah utk kasik jem kita merah2..skett..selain rasa manis..itu pun tips dari mak saya..
TAT NENAS [dewi]
nak buat jem nenas senang jer.
sebiji nenas... parut. jgn blender lak nanti tak dpt teksture nenas yg berserabut2 tu.
gula... jgn byk sgt nanti kencing manis lak ( leh ikut ler resepi jem mana2 berapa byk gula nak buh)
kulit kayu manis
cengkih
lepas parut jem tu tapis kuar air dia atau masak atas kuali tanpa buh bahan2 l;ain dulu sampai kering air nenas tu. nie penting tau kalau tak jem tu nanti tak lawa .
peh tu baru buh gula and kulit kayu manis & cengkih. Masak sampai golden color dan pekat.
Untuk kulit tart yg gebu.... jgn guna telur dlm tepung tart tu.
bahan kulit
gula yg dah di blender( sikit jer lebih gula pun nanti dia keras)
butter + margerine untuk teksture yg lebih lembut. ( kalau guna butter sajer dia berdebu)
tepung gandum.
kacau gula + ( butter & margerine ) sampai gula hancur. Jgn pukul sampai kembang . peh tu masukkan tepung . just gaul rata. Jgn over work bancuhan tu. tak payah uli2 lama2 gitu nanti keras cam batu tart korang.
peh tu nak buat tart cetak ker gulung ker gunting ker aper2 pun boleh ler.
TAT NENAS ii[dewi]
alamak dewi tak ingat sukatan tapi macam lebih kurang cam nie ler
1 cawan gula
3 cawan mentega
1 cawan butter
baking powder 1 sudu kecik
esen vanila ( kalau butter tak wangi) biasanyer kalau guna buttercup tu dah cukup wangi dah tak yah buh esen lagi.
dewi tak pernah sukat tepung buh sikit2 jer sampai ler adunan cukup lembut. cam dewi cakap sebelum nie. jgn overwork the doh. gaul sikit2 jer adunan sampai rata tepung. masa nak kacau butter ngan gula pun tak perlu sampai kembang mentega tu. just sampai gula hancur jer. it helps kalau blender kering gula tu supaya senang bila campur mentega. doh mesti lembut. macam kita buat makmur tu ler. terlebih tepung tak per.kalau rasa cam terkeras sikit doh tu tambah sikit mentega dan gaul2 balik kasi dia lembut balik. tapi ingat jgn uli doh gaul2 guna jari jer kalau boleh.
Tart Nenas - Maizana [ashra]
Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :
1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)
Caranya:
Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.
Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.
Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi.
Tat Strawberi
Bahan-Bahan:
200 gm mentega
100 gm gula halus
300 gm gm tepung gandum
1 biji telur
Pewarna merah dan hijau 50 gm bijan - bahan hiasan
2 biji kuning telur - bahan hiasan
500 gm strawberi - hancurkan (inti strawberi)
200 gm gula - masak dengan gula sampai pekat (inti strawberi)
Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang sedikit masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum gaul hingga menjadi doh lembut. Ambil suku bahagian warnakan hijau dan selebihnya diwarnakan merah. Ambil sedikit adunan merah dileperkan, isi inti dan bentuk seperti strawberi, bentuk daun dengan adunan hijau dan lekatkan pada tampuk strawberi. Sampang dengan telur kuning, tabur bijan, bakar hingga masak.
TAT ROS
3/4 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit tepung gandum ikut lembut
Jem sbg inti
Cawan kertas
1. Putar gula aising bersama mentega seketika.
2. Masukkan kuning telur, putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai.
5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat.
6. Sapukan jem di permukaan ciskut dan lipat dua.
7. Buat dua keeping dan cantumkan.
8. Masukkan ked lm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.
***tip tat ros***
a'ah letak jam strawberry kat dalam dia..
rasa dia o.k lah juga , tapi yang tertawan tu bentuk dia tu mak lang...
ni tips cara melipat dia - hanis copy dari forum di sinun
"firstly canai bulat2 macam kita buat karipap, then sapu jem, lepas tu lipat dua, buat dua keping, then bentukkan bersilang dalam paper cup jadi macam kelopak ros." - shurinah

TIPS MEMBAKAR BISKUT[MakLang]
1) Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
2) Bahan-bahan kering seperti, tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
3) Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll. Dan sukat pada aras mata (eye level).
4) Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
5) Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
6) Sapukan shortening (mentega putih) ke loyang pembakar dan bukan butter atau majerin. Butter dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar. Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.
7) Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
8) Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa berbanding kepada ketuhar yang anda gunakan.
9) Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba test sama ada biskut sudah pun masak.
10) Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.
11) Simpan biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan didalam bekas ketap udara.
12) Kebanyakkan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
Panduan: Biskut yang munggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakkan majerin.