CARA MEMBUAT:
1. Didihkan santan, agar-agar, gula pasir, dan daun pandan. Masukkan tapai pulut
hijau aduk sampai mendidih kembali, tambahkan pewarna hijau secukupnya, aduk
rata.
2. Siapkan kuning telur dalam mangkuk, tambahkan dengan adonan agar-agar, aduk
rata. Masukkan kembali dalam adonan agar-agar, lalu aduk kembali, tambahkan
kelapa muda, angkat, masukkan daun pandan.
3. Siapkan cetakan puding plastik, tuangkan agar-agar dalam cetakan, lalu
dinginkan.
4. Sajikan selagi dingin.
Untuk: 8 orang
Tips: basahkan cetakan puding dengan air sebelum dipakai, agar puding mudah
dikeluarkan dari cetakannya.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Puding Tapai Swiss Roll -
sumber :diana (RN) modified by [speedial].
Bahan-bahan
25gram agar-agar strips
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 cawan tapai pulut
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
pewarna hijau
pewarna pink
Cara Menyediakan
Masak agar-agar bersama air dan secubit garam.
Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
Masukkan gula. Kacau hingga mendidih.
Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta
mentega. Kacau hingga sebati.
Masukkan esen vanilla, kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bah. diberi warna hijau dan
satu lagi diberi warna pink.
Adunan hijau dibahagi dua.
Masukkan tapai pulut ke dalam adunan warna pink.
Curahkan 1 bahagian warna hijau ke dalam loyang, tunggu hingga dah
beku, cakarkan menggunakan garfu di atas agar2 hijau tadi, then
curahkan adunan pink tadi.
Bila adunan pink sudah agak2 beku, cakarkan dipermukaan nya
menggunakan garfu, then curahkan baki adunan hijau tadi.
Tunggu hingga dah beku boleh dimasukkan ke dalam fridge dan bolehlah
dimakan.
Tips: sekiranya adunan tadi telah membeku semasa proses melapis
panaskan semula adunan agar2 tadi hingga cair, then baru lapiskan di
atas adunan yg telah beku.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Puding
Tapai pulut Kelapa Muda

Lapisan Hijau:
1 bungkus agar-agar tanpa warna
1,5 gelas santan pekat (1 butir kelapa)
200 gr gula pasir
pewarna hijau secukupnya
5 putih telur
2 buah kelapa muda, dikorek isinya
Lapisan Putih:
1 bungkus agar-agar tanpa warna
3 gelas santan pekat (1 butir kelapa)
150 gr gula pasir
2 kuning telur
100 gr tapai pulut hijau
cetakan puding bertingkat atau ikut suka
Cara Membuat:
Masak agar-agar bersama santan, gula, dan pewarna
hijau hingga mendidih. Setelah itu masukkan kelapa muda. Biarkan sebentar
setelah itu angkat
Kocak putih telur hingga kaku lalu masukkan adonan agar-agar. Kocok terus hingga
tercampur rata
Masukkan dalam cetakan . Letakkan cetakan tengahnya
Beri pemberat agar cetakan tengah tidak bergerak-gerak
Biarkan adonan membeku. Setelah beku, angkat cetakan tengah
Masak seluruh bahan lapisan putih kecuali kuning telur dan tape ketan. Bila
sudah mendidih, angkat
Kocok sebentar kuning telur lalu masukkan dalam santan. Aduk dengan kecepatan
tinggi agar adonan santan tidak terpisah dengan kuning telur
Isi bagian puding yang berlubang. Letakkan 2 atau 3 sendok makan tape ketan.
Sebarkan merata. Siram dengan adonan putih setinggi 2 cm. Biarkan sebentar
kemudian tebarkan kembali tape ketan. Siram kembali dengan adonan putih. Lakukan
terus hingga adonan habis. Siraman terakhir harus menutupi adonan hijau. Biarkan
membeku.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Puding Tapai
BAHAN A:
Tapai pulut - 5 bungkus
Telur - 5 biji
Gula - skit (jangan byk sbb tapai dah manis)
Esen vanila
Cara :
Kesemua bahan dicampur semua dan kacau sebati.Gula jangan banyak sbb tapai dah manis so ikut citarasa memasing.
Buat gula hangus/caramel dalam loyang.Agak2 dah keras skit baru tuangkan bahan A dan kukus
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Puding Jagung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara membuatnya:
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING NENAS

sumber Azie cari.com
Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
6 mug air
1 tin buah nenas gelang [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung kastad
buah ceri merah/hijau
Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan air buah dalam tin & gula. BIla mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan susu cair dan tapiskan. Masukkan dalam adunan agar. Kacau sehingga agak pekat tapi tak perlu mendideh.
4. Susun buah nenas ke dalam acuan. Buatkan dua acuan. 1 untuk atas topi dan satu bekas leper sebapai bawah topi.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi nenas dan buah ceri yg disusunkan tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
7. Bila agar2 telah keras letakkan adunan yg leper dalam pinggan lebar dan baru letakkan adunan mangkuk yg kecil diatasnya
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

RESEPI PUDING KOKTEL
AGAR2 - 1 PEKAT
AIR - 3 CAWAN
SUSU CAIR - 1 TIN
BUAH DLM TIN - 1/2 TIN OR 1 TIN (ikut suka)
AIR BUAH DLM TIN- (Jangan dibuang pulak leh guna utk ganti air)
GULA - (ikut suka)
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING JAGUNG RASBERI

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
4 cawan air
Bahan Agar2
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin
Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING ROTI -KUKUS
Bahan:
A:
1 liter susu segar/fresh milk high kalsium/low fat
8-10 keping roti (gardenia/high 5) ..
B:
gula halus - sesedap rasa
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
parutan kulit limau
kismis ikut suka
C:
10 camca gula (untuk dimasak sebagai gula hangus)
CARA:
1. Kacau dan gaul rata bahan B dan koyakkan roti dan rendamkannyer.
2. Masak gula hangus dan masukan ke dalam loyang.
3. Masukkan bahan2 tadi dalam loyang yg ada gula hangus dan masukkan kismis dan
kukus kire2 1/2 jam.
4. dah masak.. terbalikkan puding roti serta buley dihias ikut suka.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING ROTI
CARAMEL

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
1 buku roti
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach [asingkn air dan buahnya]
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
1 tin buah koktel/peach
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail
8. Sejukkan...
PUDING ROTI -KUKUS
Bahan-Bahan:1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur
Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING COKLAT CARAMEL

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan A
½ cawan gula [buatkan caramel]
Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 s/k esen vanilla
4 s/b gula perang
1 s/b serbuk koko
3 s/b tepung jagung
Hiasan…Buah laici dalam tin
Cara
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yg berisi caramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING ROTI CARAMEL

sumber farinata cari.com.my
Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]
1/2 cawan gula [hanguskan]
hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel]
Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING BUAH SOS OREN/MANGGA

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan:
Bahan puding:
1 peket agar-agar
5 gelas air
1 tin cocktail buah [asingkan air dan buahnya]
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
Cara:
1. Masak agar-agar sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan susu cair, air buah dalam tin & gula.
3. Bancuhkan tepung jagung dengan sikit air dan masukkan dalam adunan agar.
4. Susun cocktail buah ke dalam acuan.
5. Apabila agar-agar sudah masak, tuangkan kedalam acuan yang mengandungi
buah-buahan cocktail tadi.
6. Biarkan sejuk dan simpan ke dalam peti sejuk.
Bahan untuk sos Oren/Mangga
3 biji buah oren sunkis atau mangga masak
3 cawan yogurt asli
1 liter jus oren atau mangga [dalam kotak]
Cara:
1. Buangkan kulit oren atau mangga dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan dlam blender dan mesinkan.
3. Masukkan dalam mangkuk dan sejukan.
4. Bila nak menghidangkan..keluarkan puding dan masukkan dalam mangkuk yg berisi sos ini.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

PUDING LAPIS MANJA
sumber:SAJI
1200 ml air
200 g gula
2sb agar2 serbuk
1 tin nenas - kisar hingga halus
1/2 tin susu cair
Pewarna kuning
-Masakkan agar2 + gula hingga mendidih
-Bahagi kepada 2 bahagian adunan agar2 tadi
-Bhg.1 = masukkan nenas kisar + pewarna kuning=kacau
-Bhg.2 = masukkan susu=kacau
-Isi dalam bekas kaca atau gelas supaya nampak layer tu...isi berselang seli.Make sure agar2 sudah separuh beku (nak cepat masuk jer dlm freezer)
-Boleh dihias ikut kreativiti....potong dadu nenas tu n taburkan aje atas puding tu ataupun gelang nenas tu disusun dan letak ceri merah ditengah lubang nenas tu.
AMARAN:
*puding ni tak leh dipotong, juz makan ngan sudu.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Puding
Epal & Sultana Bakar

Sumber dr Kak NoorMasri
(www.noormasri.tk)
Puding
Epal & Sultana Bakar
Bahan-bahan:
450 g epal masakan } dibuang kulit serta empulur dan dipotong nipis
60 g gula perang
1 sudu besar jus lemon
50 g sultana (raisin)
75 g mentega
60 g gula caster
1 biji telur } dipukul
150 g tepung naik sendiri
3 sudu besar susu
25 g kepingan kacang almond
single cream } bahan sampingan
Cara membuat:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
Griskan acuan tahan oven yang bersaiz 850 ml
Di dalam mangkuk, campurkan epal dengan gula perang, jus lemon dan sultana, kacau sebati.
Masukkan campuran epal tadi kedalam acuan bergris tadi.
Di dalam mangkuk adunan lain dipukul mentega dan gula caster hingga kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul.
Masukkan tepung naik sendiri dan susu. Kacau sebati.
Ambil acuan yg mengandungi campuran epal tadi dan di curahkan adunan tepung di atasnya sama rata.
Akhir sekali tabur dengan kepingan almond.
Bakar didalam oven selama 30-40 minit atau sehingga perang.
Hidangkan bersama curahan krim.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

PUDING PRUNE
Sumber: Maklang
Gambar Sumbangan: Maklang
Bahan-bahannya
1 liter air
10 gm agar2 serbuk
250 g gula
BAHAN A
4 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune - dikisar dan dicincang separuh
esen vanila
Cara-caranya
-Masak agar2 + gula hingga mendidih
-Satukan bhn A dan diblend.
-Masukkan dalam adunan agar2 tadi bersama prune cincang..masak sekejap.
-Tuang dlm bekas
*boleh dimakan bersama susu cair atau begitu saje.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Puding Sour Plum
Sumber: Chef Liza Zainol
Gambar Sumbangan: Zurinina
BAHAN BAHAN A
8 Cawan Air
1 1/2 Cawan Gula Pasir
1 Pek Agar agar powder
BAHAN BAHAN B
100gm Buah Prune direbus dan dilicik
1 Sudu Besar Tepung Jagung
1 Biji Kuning Telur
1 Cawn Susu Cair
1/2 Sudu Besar Tepung Kastard
1/2 Sudu Teh Garam
HIASAN
Buah Pic
2 Sudu Besar Susu Manis
CARANYA.
1. Kacau sebati bahan B dalam sebuah bekas dan ketepikan
2. Mask Bahan A hingga mendidih
3. Atur dalam loyang bulat kepingan prune berselang seli dgn buah pic
4. Bila agar-agar tadi mendidih, tuang 1 cawan bahan A ke dalam loyang dan biarkan keras sedkit.
5. Keluarkan lagi 2 cwan bahan A dan ketepikan
6. Ada baki bahan A tdi dicampur dengan bahan B dan kacau selama 3 minit
7. Tuang bahan ini keatas agar agar yg sudah sedikit beku tadi . Biar lapisan ini mengeras.
8. Yang ada 2 Cawan tadi (NO.5) dicampur dgn 2 sudu besar susu pekat manis dan kacau rata
9. Tuangkan bancuhan putih ini ke atas agar agar yg sudah beku tadi (Garis gariskan permukaan nya tujuan utk lekatkan lapisan agar2 )
10. Sejukan dahulu kemudian bila sudah beku terbalikkan dlm pinggan.
3 grams jelly powder (biasanya boleh didapati kat labuan sajer..kalau guna yg semenanjung tak baper jadi)
1300ml air kelapa
1000ml dutch lady full cream milk
gula secukup rasa
600ml santan pekat daripada 1/2 biji kelapa
Beberapa biji buah kelapa muda - jangan buang isinya buatkan lubang untuk dimasukkan jelly tadi.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING
JELLY AIR KELAPA
Masak jelly powder bersama air kelapa dan bila mendidih masukkan gula dan kacau...masukkan susu dan santan..kacau sebentar saja di atas api dan angkat.
2. Tuangkan jelly tadi kedalam buah kelapa
3. sejukkan sebelum dihidangkan kepada diri sendiri dan tetamu
1 paket agar2
2 liter air kelapa
1 liter susu cair kotak (susu segar kot ...)
Santan pekat
Gula sesedap rasa
Cara :
Masak air kelapa bsama agar2 ... then bila agar2 cair, masukkan gula.
Biar hingga mdidih, masukkan santan n kacau sebati.
Tutup api n masukkan susu cair ... kacau lagik biar sebati. Then
masukkan adunan agar2 tadi ke dalam buah kelapa muda
(yg tlh diambil airnya td) @ bekas yg sesuai. Biar hingga beku
dan sejukkan dlm fridge.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

PUDING RATU
HATI
Sumber: Maklang
Gambar Sumbangan: Maklang
BhnA:
900 ml air
1 1/2 sb agar2 serbuk
150 gm gula
1 cwn kacang merah } rebus dan kisar
Cara:
Masak agar+air+gula hingga mendidih.Masukkan kacang merah dan biar mendidih seketika.Lepas tu tuangkan ke dalam acuan dan masuk dlm fridge,biar separuh beku.
BhnB:
800 ml air
100 ml santan pekat
150 gm gula
1 sb tepung jagung dibancuh dengan skit air
1 1/2 sb agar2 serbuk
Pewarna merah
Cara:
Masak agar2+air+gula hingga mendidih.Masukkan santan pekat, tepung jagung dan pewarna, kacau hingga sebati.Tuangkan atas Bhn A tadi dan boleh disejukkan semula.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING ROTI -BAKAR


sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Bread
& Butter Pudding

Sumber dr Kak NoorMasri
(www.noormasri.tk)
Bread
& Butter Pudding
Bahan-bahan:
200 g kepingan roti putih
4 sudu besar mentega
60 g buah-buahan campuran kering
Sos kastad
600 ml susu segar4 biji telur60 g gula caster Cara membuat:
Griskan acuan tahan oven yang bersaiz 1.2 liter.Roti di sapu dengan butter (dibuang tepinya jika suka) dan di potong 2 menjadi 3 segi.
Susun separuh daripada roti di dalam acuan, bahagian yg disapu mentega mengadap di atas. Taburkan separuh buah-buahan atas roti.
Kemudian susun separuh lagi roti diatas buah-buahan kering tadi. Lepas itu di tabur baki buah-buahan kering atas roti.
Untuk membuat sos kastad, susu dipanaskan diatas api tetapi jgn sampai mendidih.
Pukul telur bersama gula, kemudian di masukkan ke dalam susu yang masih suam sambil dikacau rata.
Tapis sos kastad dan curahkan sos tadi ke atas roti sehingga sekata
Biarkan selama 30 minit. Masukkan acuan ke dalam dulang pembakar yang mengandungi air panas.
Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 40-45 minit atau sehingga masak.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING
ROTI LAICI

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan
1 buku roti saiz kecil [450gm kot]
1 tin susu cair
1 tin air
1 tin buah laici
1/2 cawan gula halus/ gula kastor
2 biji telur
2 s/b tepung jagung
Sos Caramel [ masakkan sampai pekat]
1 cawan gula perang [brown sugar]
1/2 cawan air
Cara.
1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz kecil.
2. Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan semua bahan selama 1 jam.
3. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam
4. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
5. Hidangkan dengan sos caramel.
Agar-Agar Taufu Fa

Bahan-bahan:
15 g agar-agar (1/2 paket agar-agar 30 g)
10 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 tin laici
Cara membuat:
Masak agar-agar hingga larut kemudian masukkan susu cair serta gula.
Tunggu hingga mendidih seketika bolehlah disejukkan dalam acuan besar atau mangkuk kecil
Semasa hendak dihidangkan, letakkan air laici serta buahnya di atas agar-agar tadi.
Nota:
Agar-agar ni lembut ala-ala taufu fa, ianya tidak boleh dipotong. Bila hendak makan sendukkan agar-agar bersama air laici dan kuahnya ke dalam mangkuk hidangan.
Sedap dimakan jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

PUDING CARAMEL LINOT
6 biji telur
1 tin susu cair
3/4 tin air
bahan2 gula hangus :-
1 cawan gula
1 cawan air
- masak gula sampai coklat.
- masukkan air & masak semula hingga semua larut.
- pukul telur hingga kembang.
- masukkan susu & air.
- masukkan gula hangus ke dalam loyang.
- masukkan adunan telur, susu & air yg telah dipukul tadi.
- kukus hingga masak (lebih kurang 45 minit).
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING
CENDUL

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras
sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.
AGAR-AGAR
AGAR-AGAR
SANTAN

sumber kak liza www.hanieliza.tk
Bahan
1 peket agar-agar [rendamkan sehingga kembang]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 biji telur ayam
1 helai daun pandan
Cara
1. Masakkan agar2 dengan air dan daun pandan sehingga mendideh.
2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Biarkan mendideh lagi.
3. Tapiskan agar kedalam periuk lain. Biarkan mendideh lagi.
4. Gaulkan telur dengan santan sehingga sebati. Tapiskan.
5. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendideh sekejap.
6. Angkat adunan dan tuangkan dalam acuan.
7. sejukkan dan potong untuk dihidangkan
.
RESEPI TRIFFLES
Trifle
Bahan-bahan
1 batang swiss roll
1 tin fruit coktail
1 kotak Kristal Jelly
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Nestle Yogurt/whipping cream
Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit
coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah
masak kastad dengan susu cair.
Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak
tu..bancuk 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan
mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga
bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 3:
Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap,
sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
Layer 4:
Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly
tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam
keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
Layer 5: Bila jelly dah beku..sapukan Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik
lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PUDING
TRIFFLES
( Resepi maizana)
Bahan.
Beli swiss roll (Kak Zana suka beli dari kedai Kings..tak kiralah rasa pandan ke apa)
1 tin fruit coktail (brand ligo ke..macam2 ada)
Kristal Jelly (belilah perasa apa pun...Kak Zana mesti cari brand ni..cuba Nona..susah menjadi)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Nestle Yogurt (pengganti whipping cream)
Caranya
Layer 1:
Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.
Layer 3:
Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.
Layer 4:
Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).
Layer 5: Bila jelly dah beku..sapukan Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TRIFFLES
COCKTAIL

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan
kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan
dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan
tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MANGO
TRIFLE

[hanieliza]
bahan
1 biji kek span biasa atau coklat
2 bekas yogurt mangga
1/2 cawan mangga jus
1 gelas whipping cream
3 cawan mangga potong
strawberry sebagai hiasan
Cara
1. Potong kek dalam saiz dadu kecil.
2. Gaulkan rata yogurt dan whipping cream.
3. Masukkan 1/3 dari potongan kek dalam mangkuk puding sederhana besar.
4. Siramkan dengan 1/3 bahagian jus mangga.
5. Lapiskan dengan 1/3 mangga potong dan campuran yogurt tadi.
6. Ulang sehingga menjadikan 3 lapisan dan hiaskan dengan stawberry.
7. Sejukkan dan hidangkan sebagai dessert.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Trifle
SUMBER http://chetambiz.blogspot.com
BAHAN-BAHAN
1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah
1 tin fruit coktail
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry
Caranya
1. Potong ke 1” dan susun dalam mangkuk besar
2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.
3. Lepas iru taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.
Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, Gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas
api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula
½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku
sedikit.
Cara membuat Jeli (Yang paling elok, Jelly Crystall Lady's Choice) :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak
berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
CHEESE
MARIE TRIFLE

SUMBER http://chetambiz.blogspot.com
Bahan-bahannya:
1 kotak roti marie (kira-kira 400gram) - dipatah-patahkan
1 kotak cream cheese ( apa saja jenis cream cheese - tak leh sebut brand dia,
iklan free lak nanti hehehehe.....)
1 tin susu cair
2 cawan air
3 sudu makan tepung kastad segera
2 sudu makan tepung jagung
150gram gula
1 tin buah cocktail - tapiskan airnya jangan dibuang
1 cawan kacang tanah tumbuk (digoreng terlebih dahulu)
Sedikit kismis
Beberapa hiris buah-buahan segar (ikut suka)
300gram serbuk roti (apa saja jenis biskut, ditumbuk jangan terlalu halus)
Cara membuatnya:
1. Masukkan susu cair, air, gula dan tepung kastad segera dalam periuk. Masak
dengan api perlahan. Kacau selalu. Bila naik wap, masukkan cream cheese yang
telah dipotong halus terlebih dahulu. Kacau lagi hingga cheese hancur dan adunan
agak pekat. Ketepikan sebentar.
2. Susunkan patahan roti marie dalam acuan (boleh pakai mangkuk pyrex persegi),
tuangkan sedikit adunan cheese tadi, taburkan cocktail, kismis, kacang tanah,
serbuk roti, buah-buahan segar.
3. Buatlah berselang-seli sehingga habis semuanya. Tutup acuan dgn plastic cling
wrap. Masukkan dalam peti sejuk.
Nota Kaki Kak Dee : Bagi sesiapa yang tak suka creamy sgt, boleh lah kurangkan
cheese tu kepada 1/2 kotak light cheese je (kira-kira 150g light cream cheese)
Nota Kaki Chetam : Ada sedikit perubahan yang Chetam buat kerana nak sesuaikan
dengan bahan yang Chetam ada. Buah koktail Chetam gantikan dengan buah peach
dalam tin. Chetam potong dalam slices. Buah segar Chetam tak gunakan sebab epal
yang chetam parut bentuk slices jadi lebam. So Chetam abaikan. Tepung jagung
Chetam tak masukkan sebab Chetam terkeliru sedikit dan dapat penjelasan Kak Dee
selepas selesai mencubanya. Masih ok custandnya cuma lambat pekat. Tapi rasa
masih OK. Kismis pun tak masukkan sebab malas nak cari dalam
gobok...hehehehe..............Rasa memang sedap cuma komen kakak
Chetam.......terlalu berkrim...........sebab tu Kak Dee bagi komen, boleh guna
setengah kotak light keju. Jangan risau pasal biskut marie sebab bila makan,
terasa biskut tu lembut. Oh Ya............Chetam basahkan biskut marie dengan
air peach. Cuba jangan tak cuba......
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv




Black
Forest Trifle
SUMBER http://chetambiz.blogspot.com
A/
2 paket chocolate swiss roll
1 tin black cherries
B/Custard Cream
1 tin susu cair
2 1/2 tin air (guna balik tin susu tadi)
2 telur kuning
1 cawan tepung kastad
2 Tb cocoa powder
1 cawan gula
1 tsp vanilla esen
or
100g instant custard
200-300ml milk
1 1/2 Tb cocoa powder/melted chocolate
C/
200-250ml Rich cream
D/
red cherries
chocolate curls/ grated chocolate/melted chocolate
1. potong swiss roll dalam 1 1/2 inci dan susun dalam bekas.
2. guna syrup dari tin black cherries dan sprinkle atas swiss roll, biar basah.
then susun atau campakkan black cherries atas swiss roll tu.
3. bahan2 untuk custard cream boleh buat awal dan simpan. campurkan semua bahan,
kacau guna hand whisk dan masak, nak selamat double boil, biar api perlahan
sampai pekat dan didih. kalau pekat sangat, tambah air dalam 1/2 cawan coz
custard ni sepatutnya lembik sikit. biar sejuk sikit.
4. pukul whip cream tadi jangan sampai stiff sangat. ambil dalam 11/2 cawan dan
masuk dalam custard tadi, kacau sebati utk dpt creamy effect cam ice cream, then
tuang atas black cherries.
5. balance whip cream tu tuang atas custard dan chillkan dalam peti sekurang2nya
6 jam, overnight lagi bagus....ingat cover dgn cling wrap, kalau tak cream tu
akan crack.
6. before hidang baru tabur red cherries dgn chocolate kat atas atau drizzle
melted choc pun sedap...

Ini pulak trifle yang
dicuba oleh Sifu Diana, ResepiNet.

SAGU
Sagu Santan Gula Merah
SAGU SANTAN GULA MERAH
Sumber: Maklang
Gambar Sumbangan: Maklang
BHN
150 gm sagu mata ikan
4 cwn air
3 ketul gula melaka (maklang guna gula merah jer..)
1 cwn santan pekat
Air secukupnya
Daun pandan
CARA
- masukkan sagu + 4 cwn air tadi ke dalam periuk, nak letak daun pandan pun
boleh gak, kasi wangi skit.. masakkan dengan api sederhana.
- setelah sagu pekat dan masak, buang daun pandan tadi...masukkan ke dalam
bekas kecik2 dan sejukkan dalam fridge
- sementara tu, masakkan gula merah + air secukupnya...bila dah pekat
tapis,buang segala seghedak
- masakkan kejap santan + garam secoet..siap
CARA HIDANGAN
Ambik sagu tadi, masukkan santan + gula merah + ice cube = bolehlah dimakan
100 gm sagu biji
150 gm gula Melaka, parut
150 gm gula kaster
½ suduteh garam
1 sudubesar jus pandan (kisar 3 daun pandan dengan sedikit air dan perah)
sedikit pewarna hijau
250 gm kelapa parut putih
Rendam sagu dalam air sejuk selama 10 – 15 minit. Basuh dibawah air yang
mengalir untuk membuang air sagu. Toskan..
Campurkan sagu dengan kelapa putih, gula dan garam di dalam mangkuk.
Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian + jus pandan dan pewarna hijau.
Satu bahagian lagi + gula melaka. Griskan bekas empat segi berukuran 10 cm
dengan minyak jagung. Ratakan bahagian hijau di bahagian bawah dan tekan.
Kukus selama 10-12 minit. Tuang dan ratakan sagu yang bercampur dengan gula
melaka, tekan-tekan dan kukus selama 20-25 minit. Keluarkan daripada pengukus
dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
SAGU GULA MELAKA

Sagu Gula Melaka
[hanieliza]
Bahan A
2 cawan sagu
5 cawan air
Cara
panaskan ir sehingga mendideh. Bersihkan sagu dan masukkan kedlm air yg mendideh.
masak sagu sehingga jerneh. Angkat dan masukkan sagu dalam acuan kecil.
sejukkan dalam peti sejuk [jika suka]
Bahan B
3 cawan santan
1 cawan gula 1 cawan tepung kastad
Cara
Panaskan santan dan gula sehingga mendideh.
Masukkan tepung kastad. Kacau sebati dan biarkan sejuk.
Bahan C
1 keping gula melaka
1 cawan air
beberapa helai daun pandan
Cara
Masak bahan ini sehingga mendideh dan sejukkan.
Cara menghidangkan.
1. Keluarkan sagu dari acuan..masukkan dalam mangkuk kecil.
2. Tuangkan air gula dan adunan kastad.
3. Hiaskan dengan ceri merah.
4. Sejukkan sebelum dimakan
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
SAGU GULA MELAKA
200g biji sagu
200g gula melaka
Santan
1 helai daun pandan
Garam
CARA-CARA :-
1. Masak sagu dengan air mendidih & masak hingga jernih.
2. Setelah siap, angkat & cuci hingga hilang kanjinya.
3. Masukkan sagu ke dalam acuan yang diingini.
4. Masakkan santan bersama garam & daun pandan hingga mendidih.
5. Apabila sejuk, tuangkan ke atas sagu tersebut.
6. Tuangkan air gula melaka.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SIRA PISANG
gula pasir lebih kurang 1 cwn atau lebih ikut suka.
daun pandan
telur sebiji
air lebih kurang 2 atau 3 cwn .(jgn pekat dan jgn cair sgt)
pisang emas
masak gula dgn air dan daun pandan,jgn cair sgt.Pastu masukkan pisang biar masak kejap dan pecahkan telur.Kacau telur sampai berurat2....rasanya manis.Sejukkan dlm peti ais dan makan sejuk2 ummphhhh.

cara2 nak buat sira pisang:
- guna pisang apa pun boleh, tapi jangan yg muda sangat, yang masak sedang2 sedap
- renih kan gula dalam periuk, kacau sampai larut,
- masukkan dan pandan, bunga cengkih
- air jangan pekat sangat, dah larut air gula, masukkan pisang
- kalau belah dua sedap, sbb air gula serata
- kacau pisang di atas api yg perlahan, kalau nampak nak pekat, matikan api
- jangan kasi pekat sangat air gula
- sedap di makan panas @ sejuk dalam peti.
1.saya buat gula hangus dulu pastu masukkan air bila air mendidih,(sebab sayatak suka letak pewarna macam kat kedai)
2.masuk kan pisang
3.masukkan daun pandan atau bunga cengkih
4.masa nak makan tu siram dgn santan mentah pekat n masukkan ais.
Pengat
Pengat Pisang Nangka.
Pisang nangka
1 keping gula melaka
1 kotak kecil santan
daun pandan
2 sudu besar gula pasir(ikut suka).
garam secubit.
Masak pisang dgn santan cair dan larutkan gula melaka serta gula pasir.Masukkan daun pandan ,lepas pisang lembut sikit masukkan santan pekat dan secubit garam.Kacau jgn sampai pecah minyak.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
PENGAT BUTIR NANGKA [hanieliza]
bahan A
130 gm tepung pulut
60 ml air
pewarna..merah/ hijau/ kuning
bahan B
500 ml santan
4 s/b gula
1 helai daun pandan [simpul]
Cara
1. Gaulkan pulut dan air. Uli sehingga lembut.
2. Bahagikan kepada 3 bahagia. Warnakan setiap bahagian dengan warna yg
berlainan.
3. Cubitkan sedikit adunan dari setiap bahagian yg diwarnakan dan genelkan
sebesar guli.
4. Jerangkan air dan masukkan adunan yg telah digentelkan.
5. Bila telah timbul, toskan dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air.
6. Masakkan santan dan gula & daun pandan.
7. Masukkan adunan yg digentelkan
8. Masakkan sehingga mendideh sambil kacau supaya tidak pecah minyak.
9. Sejukkan dan hidangkan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Resepi Butir Nangka dari kelate
[kelisa6802]
BAHAN UNTUK BUTIR NANGKA
3 helai daun pandan
dikisar bersama dgn 2 cawan air
500 g tepung pulut
air untuk merebus
BAHAN UTK KUAH
3 cawan santan
2 cawan gula
sedikit halba
sedikit halia ( dihiris halus )
seulas dua bawang merah ( jika suka )
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian
lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
BUBUR SUM-SUM

BUBUR SUM-SUM
Bahan
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1/2 s/k garam
Cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan
minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.
AIR GULA MERAH
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan
Cara.
1. Panaskan semua bahan sehinggan mendideh.
2. Tapiskan dan sejukkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

Bubur Sum-sum cranko
Bahan:
1cwn tepung beras
3.5 cwn santan (kalau nak keras sikit, guna 3 cwn air)
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
Cara :
Larutkan tepung dgn sedikit santan hingga rata..
Masukkan lebihan santan, daun pandan dan garam di dlm periuk biarkan mendidih
sedikit.
Masukkan larutan tepung tadi dan masak adunan hingga mendidih dan adunan
pekat sedikit.
Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.
Air Gula
1 cwn gula pasir
2.5 cwn air
sedikit pewarna hijau (optional)
beberapa helai daun pandan
Cara:
Masak air, gula dan daun pandan. Bila dah mendidih, titikkan sedikit pewarna
hijau
dan tapis. Ketepikan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
Kuih Sum Sum - Mak Teh
eena.cari.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1 biji kelapa } perah ambil santannya
Garam
Daun panda } di simpulkan
Cara membuat :
1. Bancuh tepung gandum, santan dan garam dalam periuk. Kacau rata dan sebati
sehingga tepung tidak bergentel-
gentel. Masukkan daun pandan.
2. Naikkan bancuhan tadi ke atas api. Masak dengan api yg perlahan. Kacau
hingga adunan masak (berkilat).
3. Pas tu sapukan sedikit minyak masak atau pon marjerin ke loyang.
4. Then tuangkan adunan yg telah masak. Tuang panas-panas.
Kuah Sum Sum ( Air Gula Merah )
Bahan- bahan :
2 cawan gula merah atau gula melaka
2 cawan air
3 helai daun pandan } di simpulkan
Cara membuat :
1. Basuh daun pandan dan simpulkan.
2. Masakkan gula merah, air dan daun pandan hingga masak dan agak pekat.
3. Hidangkan kuih sum sum dengan air gula merah.
4. Sedap di makan panas atau pon sejuk
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

KUEH LOMPAT TIKAM
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua abhan sehingga mendideh.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.

LOMPAT TIKAM KAKNOOR
Bahan-bahan lapisan hijau (A):
1 cawan tepung beras
3 cawan santan cair *
1/2 cawan air daun pandan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
Bahan-bahan lapisan putih (B):
1/2 cawan tepung beras
4 3/4 cawan santan pekat *
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan kuah (C):
1-2 keping gula melaka
2 cawan air
2 helai daun pandan } disimpul
Cara membuat bahan A:
Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk dan tapis.
Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang sederhana
Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan dlm petisejuk
Cara membuat bahan B:
Gaul rata semua bahan B dalam mangkuk dan tapis.
Kemudian tuang adunan dalam periuk dan kacau atas api yg sederhana
Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur (lebih kurang 15-20 min kalau nak ala-ala cair gitu kacau 10 min dah ler)
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan dalam peti sejuk.
Cara membuat bahan C:
Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama2 daun pandan
Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.
Cara menghidangkan:
Potong lapisan hijau kedlm mangkuk kemudian ceduk lapisan putih ke atas lapisan hijau
Siram dgn kuah gula melaka
Sedia utk dimakan
* Santan cair dan pekat diperah dr 1 biji kelapa - perah dulu sehingga mendpt 4 3/4 cawan santan pekat pastu perah lagi utk mendptkan santan
cair sebyk 3 cawan
kalau nak laaagi lemak leh guna 1 1/2 biji kelapa instead of 1 biji kelapa
Tiramisu

Kek span vanilla size 9". Dipotong dua
2 biji kuning telur
50 gm gula
250 gm cheese cream philadelphia
1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
200 gm whipped cream (kalau guna kotak kecil 200 ml pun boleh gak)
Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi kedlm adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati. Masukkan sebahagian kek span kedasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi keatas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutupkan adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi keatas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese keatas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras. Apabila kek dah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko di atas permukaan kek.
Bahan sirap kopi
150 ml air
80 gm gula
4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe
Masak air dan gula sehingga didih. Campurkan kopi segera dan adun sehingga sebati dan sejukkan.
Sekiranya tak ada loyang spring foam, boleh juga menggunakan loyang biasa dgn melapik sekeliling dlm loyang dgn foil paper. bahagian atas foil paper tersebut perlu di lebihkan dari ketinggian loyang supaya apabila kek keras senang untuk menarik keluar kek dari loyang
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

TIRAMISU
Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko
Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

TIRAMISU cwnblueberry
by
hanieliza.tk
Bahan
1 biji swiss roll coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt berperisa buah [ducth lady]
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
filling blueberry [jika suka]
Cara
1. Swiss roll coklat dipotong nipis.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Susunkan swiss roll dalam gelas atau mangkuk.
5. Lapiskan dengan adunan keju dan ayakkan serbuk nescafe.
6. Susunkan lagi kek dan lapiskan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe.
7. Ratakan filling blueberry jika suka.
8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
TIRAMISU
Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut..
so kena makan secara scooping gitu..
tapi memang sedappp..


http://ritvasgallery.com
2006-09-14