ANEKA RESEPI KUEH-MUEH

**RESEPI APAM**



sumber dari www.hanieliza.tk

APAM MEKAR

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

**************************************


APAM TEPUNG BERAS
Sumber: Hanieliza www.hanieliza.tk
Gambar Sumbangan: Maklang

Bahan
2 cawan tapai pulut (1 cwn)
500 gm tepung beras (250gm)
2 cawan gula (1 cwn)
4 cawan air (2 cwn)
1 pkt eno (yg ni maklang guna 1 paket eno, maklang tak guna 1/2 tau...)

pewarna [jika perlu]

kelapa muda parut ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus.
2. Masukkan tepung beras dan peram sekurangnya 4 jam.(maklang peram 2 jam aje)
3. Bila dah 4 jam masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap tadi dan
perapkan lagi selama sekurangnya 1 jam.(tak sampai 1 jam pun, <>40')
4. Tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg
kecil2 tu) dan kukuslah selama 20 minit.
5. Keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa.

p/s - Acuan lompang maklang panaskan sehingga mengelegak airnya,lepas tu
maklang masukkan paper cup dan sentiasa mengelap penutup kukus supaya air tak
jatuh atas kuih. 

**************************************

APOM COKLAT
sumber:BicaraMuslim.com
penyumbang:quratul ayuni

1. 4 biji telur
2. 3 cawan gula (nak kurang manis kurangkan sikit dianya kuantiti)
3. 3 cawan tepung gandum
4. 1 cawan minyak masak
5. 1 cawan serbuk koko
6. 1 tin susu cair
7. 2 sudu kecil esen vanilla
8. 1 sudu kecil bikarbonat

Cara buat.
~~~~~~~

Pukul No.1 & No.2 = kalau boleh guna mixer (untuk hancurkan gula saja)
Lepas tu masukkan bahan-bahan yg lain
Kukus di dalam acuan kecil 10-15 minit

Nie hasil yg maisya buat semalam....first batch kukus tu maisya lapik dgn papercup, jadik cantik jer kembang mekar...second batch tu sebab dah kehabisan papercup maisya terus tuang dlm acuan jer...tapi yg ni tak mekar le plak, atasnya membulat jer. So maisya potong-potong jer macam dlm gambar no2 tu.
Sedap dan lembut jer...

**************************************

'AMBON' aka Apam Betawi 

(resepi asal dari makcik zie)

Bahan2nya:
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula halus - zie kurangkan, guna 3/4 mangkuk jer
1 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
pewarna sirap ros

-pukul telur + gula hingga kembang (guna max speed)
-tambah esen vanilla + tepung gandum(kaup balik)
-bahagikan kepada 2 dan lapiskan seperti kek zebra
-kukus selama lebih kurang 20 minit

**************************************

APAM SALJU [Tukaz]

2 mug nasi
2 mug t.gandum
2 mug t.beras
1 mug gula tebu@gula perang
3/4 mug gula pasir
2 1/2 mug air
1/2 paket mauripan

** semua bahan di atas bancuh dlm bekas plastik yang besar.

kaedah:- satukan tepong beras dengan tepong gandum dalam bekas plastik.
Nasi diblender dengan air hingga halus kemudian masukkan gula dan
blender lagi kemudian curahkan ke dalam tepong tadi. kacau hingga rata
selepas itu masukkan mauripan tadi dan biarkan hingga naik kira-kira
selama 3 jam. Kemudian kukus.

**************************************





Kueh Apam Pisang Coklat KAKLIZA'


Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b cawan serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam



Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
1 cawan gula perang
2 biji telur

Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 

APAM PISANG

10 biji pisang
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 tsp soda bicarbonate
1/2 tsp baking powder

Cara :

1. lecek pisang + gula + minyak.
2. ayak tepung + soda + baking
3. masukkan tepung. gaul rata
4. kukus selama 45 minit

anak2 saya suka sgt makan apam ni..lembut dan sedap. 


Bahan-bahan:
4 sikat pisang lemak manis - dibuang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200 gm buah prune
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
minyak untuk menggoreng

Untuk kuah puding
1 tin (410 gm) susu cair/sejat
3 biji telur (kuning sahaja)
daun pandan (disimpul)
1-2 cawan gula (ikut manis)
esen vanilla

Cara memasak

1. Panaskan minyak sapi bersama minyak yang banyak untuk menggoreng
2. Goreng pisang hingga kuning. angkat dan letakkan di atas kertas serap minyak untuk menyerap minyak yang berlebihan.
3. Goreng biji gajus

Kuah Puding
1. Pukul kuning telur bersama susu cair/susu sejat . Tapis untuk membuang pusat putih telur.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanilla. Jangan guna api besar dan kacau supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang.
1. Aturkan pisang goring 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas di atas.
2. Aturkan buah prune, ceri dan biji gajus . Tuangkan kuahnya apabila hendak makan.

Nota:
Kuah boleh juga dituangkan di atasnya dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Resepi tersebut sumbangan dari KEMAS Negeri Pahang.




APAM PISANG KUKUS DIANA


Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking soda. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.


HARUM MANIS

Sumber: Lina
Gambar Sumbangan: Lina

Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir

Ayak bersama :
350 gm tepong gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda

1/4 tsp garam
1 tbsp vanilla essence
50 gm mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Cara-caranya
Masak gula melaka dengan air hingga larut (utk jadikan
sirap). Tapis dan sejukkan

Pukul telur dan gula hingga naik.

Masuk tepong sedikit demi sedikit dengan menggunakan
spatula dan kacau rata.

Masukkan vanilla essence dan mentega cair serta sirap
gula melaka dan kacau hingga sebati

Sapukan acuan kecil2 dengan mentega. Tuangkan 3/4
penuh sahaja dalam acuan lalu letakkan hirisan pisang
keatas adunan.

Kukus selama 15-20 minit.

Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan. 


Abok-Abok Sagu

ABOK-ABOK SAGU
Sumber: Jijah Cute
Gambar Sumbangan: Jijah Cute

Bahan2
1/2 kg sagu
1 keping gula melaka - dilenyek
1/2 biji kelapa diparut dan digaul degn sedikit garam
Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya

1. Bilas/basuh sagu dengan air terlebih dahulu - toskan
2. Bentukkan daun pisang spt kon
3. Masukkan isi kelapa parut sebanyak 1 sudu makan
4. Kemudian masukkan satu sudu makan gula melaka dan sekali lagi masukkan satu sudu makan sagu.
5. Tutup lipatan kon dan kukus selama 10 -20 minit atau hingga masak 



**TEPUNG TALAM**



SUMBER DARI WWW.HANIELIZA.TK

KUEH TALAM BERLAUK

Bahan
1 cawan tepung gandum
3 s/b tepung jagung
3 cawan santan
1 s/k garam
1 biji telur

Cara.
1. Kacau semua bahan dan tapiskan.
2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
3. Panaskan kukusan.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
6. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan
200 gm daging kisar
2 biji kentang [potong dadu kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu/blend]
1 paket rempah kari ayam
2 biji cili merah [cincang]
carrot parut
Daun sup dan daun bawang [racik kecil]
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata.
4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus

**************************************


TALAM BERLAUK


250 g. keladi (diparut halus memanjang)
50 g. udang kering (digoreng kering, dikisar halus)
1 camb minyak
150 g. tepung beras
600 ml. santan (dari 1½ biji kelapa)
½ camt. garam
80 g. bawang merah (digoreng garing)
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai daun sup } dicincang halus
2 biji cili merah }

Bahan Sos Cili
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
40-50 ml. air
½ camt. cuka
3 camb. sos cili
2 camb. sos tomato
3-4 camb. kacang tanah (digoreng & dikisar)

Bahan Sos
280ml air rebusan ayam/daging
½ camt garam
1 camt gula
1 camt kicap pekat
½ camt rempah lima (Chinese Five Spice powder) + 1 camb air
serbuk lada hitam/sulah secukupnya
½ camb tepung ubi + 2 camb air
1 camb putih telur
½ camt minyak

Cara membuatnya:
Letak keladi, separuh udang kering dan minyak dalam kuali. Kacau di atas api perlahan hingga berbau wangi. Angkat dan biar suam. Kacau tepung beras, santan dan garam. Masukkan campuran keladi dan separuh bawang goreng. Tuang ke dalam loyang 20 cm, kukus selama 25-30 min atau hingga masak. Taburkan baki bawang goreng, udang kering, daun bawang, daun sup dan cili ke atas kuih yang masak. Sejukkan sebelum dihiris. Untuk membuat sos, kisar enam bahan pertama. Isi ke dalam mangkuk kecil. Taburkan kacang tanah di atasnya. Untuk kicap, jerang semua bahan kecuali 3 yg terakhir sambil dikacau hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan 5 minit. Titiskan campuran tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam sos, sambil dikacau hingga sos pekat. Kacau sambil masukkan putih telur dan minyak untuk mengilatkannya.


**************************************


TALAM PISANG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


KUEH TALAM SUJI/PUANSRI


Kelmarin buat talam suji guna gula merah lebih sikit dan chocolate emulco sedap jugak.
Ari tu saya buat tak masak kepalanya jadi semalam saya buat balik masak sikit atas api cantik jadinya tak beralun macam yang lama.


Lapisan bawah

1 CWN TEPUNG SUJI/SEMOLINA
2 SM TEPUNG GANDUM
1 CWN GULA PUTIH (@210 GM)
3 CWN SANTAN
2 1/2 CWN AIR
PEWARNA KUNING LEMON / egg yellow


- bancuhkan kesemua bahan hingga rata
-masukkan kedalam periuk hingga agak pekat bukan pekat sesangat nanti susah nak tuang dlm loyang
- jgn sampai MENDIDIH
- kukus selama 20 minit dlm kukus yang telah mendidih airnya.jgn lupa kena lap tudung atau buka tudung setiap lima minit.nanti kepala tak menjadi

Lapisan Atas

4 BIJI TELUR
3 CWN SANTAN PEKAT
2 SM TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN GULA
1 1/2 CWN GULA MERAH
1 TBSP CHOCOLATE EMULCO(OPTIONAL)


cara membuatnya:-

-satukan semua bahan hingga sebati
-tapis masak sekejap atas api curahkan atas suji tadi .cakar sikit suji dulu sebelum tuang diatasnya
-kulus selama 25 minit


TALAM TOKYO

1 peket suun----direndam sebentar bersama air panas
1 cawan sagu- dibasuh dan disejat
1 1/2 cawan kelapa parut isi outih
1/2 cawan santan cair

kepala
2 biji telur
2 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
sehelai daun pandan

Caranya:-
1.untuk bahan bawah satukan semua bahan dan dikuku selama 15 minit
2. untuk bahan atas,kisar semua bahan .kacau secara doubkle boil .Tuangkan ke atas sau .Kukus lagi sehingga 1/2 jam.



SAYA ADJUST SIKIT ......

Talam Tokyo

1 peket suun selepas direndam digunting pendek-pendek
2 cawan sagu kecil -direndam dan tapis
2 1/2 cawan (santan campur air)[ 1 1/2 cawan air + 1 cawan santan]
* sesiapa nak guna santan sepenuhnya pun boleh tapi saya blend kelapa masa saya cuba resepi nie
1 cawan kelapa parut
garam secukup rasa ( ada org suka masin ada org tak suka)


Caranya-

semua bahan dicampur dan kukus lebih kurang 20 minit


Kepalanya

1 cawan gula
2 1/2 cwan air
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
4 biji telur
garam secukup rasa santan
1 1/2 cawan santan

Caranya

gaul semuanya masak atas api seketika

SELAMAT MENCUBA


TIP KUEH TALAM


kuih talam kak liza lapisan atas

Lapisan Atas - [santan ]
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit

yg di atas ni kena masak dulu atas api

boleh bagitau say ...
memang adunan bahagian atas tu kena masakkan sikit..just naimpak berasap jer [tak perlu lamalama] boleh tutup api but still kacau..
sebab takut dia berketui nanti...

santan pekat 3 cawan tu boleh amik dari santan kotak..
tapi 1 kotak tu campurkan jadikan supaya 3 cawan laaa...




TALAM JAGUNG

bahan lapisan bawah
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula


bahan lapisan atas
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan sikit minyak.
3. Kukuskan selama 30 minit.
4. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yg laing kecil.
6. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan2 adunan lapisan atas.
7. Kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan betul2 barulah dipotong.


TALAM SUJI


Lapis bawah :
1 cawan tepung suji
3 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur

Lapis atas :
1 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah atau gula melaka
sedikit garam


Cara:
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 min

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


**SERIMUKA **


Seri Muka

Bahan A (Lapisan Bawah) Bahan B (Lapisan Atas)
400 g Pulut 200 g gula pasir
15 oz - 18 oz * Santan cair 2 tbs (penuh) tepong jagung
1 st Garam 2 tbs (penuh) tepong gandum
1 helai daun Pandan 25 oz santan
5 biji telor
1/2 ts vanilla &
10 helai Daun Pandan

* Pulut Direndam 1 jam atau semalaman
* lebihkan santan supaya lebih paras drp pulut garam
dan pulut akan lebih lembut

Cara:

Bahan A.

1.Masukkan santan, garam & daun pandan kedalam pulut tadi. )
2.Kukus dalam loyang 10 " x 10". >
3.Bila masak tekan pulut hingga padat.
4.Kukus selama 30 minit.

Untuk Bahan B

1.Banchuhkan semua bahan diatas dan tapis
2.Masak hingga pekat (double boil)
3.Curahkan adunan keatas lapisan A.
4. Kukus lagi selama 5 min lagi.



Seri Muka

Lapisan Bawah:
3 cawan pulut
3 cawan santan cair + sikit garam

Kukuskan sehingga masak.
Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
21/2 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 s/bsar tepung jagung
2 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.
4. Sejukkan dahulu baru potong.


SERIMUKA DURIAN

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan gula tebu/perang
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k garam

Caranya
1. Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

bahan lapisan bawah
2 cawan pisang lecek halus [pisang berangan atau pisang emas]
1 cawan gula apsir
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam

cara
1. Galukan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


KUEH SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

**KUIH LAPIS**

KUIH LAPIS BLACKMORE

9 oz tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
9 oz gula - masak dgn 1/2 cwn air & simpulan daun pandansejukkan dulu
40 oz santan sederhana pekattimbang dgn penimbang tepung juga
sedikit garam
pewarna merah
sedikit esen ros(optional)

1.Bancuh kedua2 tepung dgn santan hingga sebati.
2.MAsukkan air gula yg telah sejuk dan esen ros.
3.Bahagi kepada dua bahagian dan warnakan sebahagian dgn pewarna merah
4.Sapukan sedikit minyak pd loyang dan kukuskan loyang kosong dulu selama 5 minit.
5.Tuangkan sesenduk lapisan putih dan kukus selama 5 minit diikuti merah dan lakukan sampai habis.Setiap lapisan memakan masa 5 minit. Setiap lapis mesti tutup tudung periuk. Kalau ada wap terjatuh atas kuih hanya lapkan sikit dgn paper kitchen towel pada kuih dan tudungnya.
6. Pada akhir lapisan tambahkan sikit lagi pewarna merah agar nampak kepalanya yg terang sikit dr lapisan bawah2nya


kuih lapis


Bahan-bahan A:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Blend semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. 



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

**KUEH LOPES**

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan [blend daun pandan dgn air kelapa muda]
1/2 biji kelapa parut muda [kalau takder..gunakan yg putih saja]

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Air Gula
2 buku gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan

cara
Masakkan semua bahan sehingga pekat dan tapiskan.



**KUEH TAKOO**
Siti Rahmah

bahagian bawah
1 cawan tepong jagong
1 1/2 cawan gula
6 cawan air pandan + air biasa + pewarna hijau

bahagian atas
1 cawan tepong jagong
1 1/2 cawan gula
santan + air biasa 7 cawan dan garam sedikit

kacau bahagian bawah tuangkan dan kacau pula bahagian atas dan tuang diatas bahagianb bawah. kacau kena lama sikit sebab semalam saya buat cepat angkat so tak berapa pekat.

** LEPAT**

LEPAT LIAT

bahan
500 gm tepung pulut
200gm gula merah
100gm gula pasir
2 cawan air
1 biji kelapa ambil putihnya
2 helai daun pandan
1 sudu minyak
garam
daun pisang

cara menyediakan:
1. Letakkan tepung pulut di dalam pinggan
2.gaulkan tepung pulut bersama air gula merah yang telah dilarutkan dengan air dan gula pasir
3.Lengserkan sedikit minyak pada daun pisang. sementara itu gaulkan kelapa dengan sedikit garam
4.Ambil sesudu adunan tepung dan letakkan diatas daun pisang. isikan inti kelapa
5. Bungkus kemas,dan kukus sehingga masak lebih kurang 10 minit.



KUEH LEPAT JAGUNG

Bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 s.k garam
daun pisang [dilayurkan dn potong kecil]

Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
2. Masukkan jagung dan kacau rata.
3. Kacau/Masakkan adunan sehingga kental.
4. Panaskan kukusan.
5. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat.
6. Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

LEPAT PISANG

Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
3. Kukuskan selama 15 minit.
4. Sejukkan dan hidangkan.


LEPAT LABU (PUMPKIN)

Bahan-bahan:

3 cawan labu yg telah diparut
½ biji kelapa parut } kelapa muda
1 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
2 cawan tepung gandum
secubit garam – utk melemakkan kuih
daun pisang secukupnya } dilayur terlebih dahulu utk mengelakkan pecah

Cara membuat:

Gaul kan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Potongkan daun pisang mengikut saiz yg dikehendaki kemudian letakkan sedikit ( anggaran 2 atau 3 sudu besar) adunan tadi ke dalam daun pisang kemudian gulung dan lipatkan kedua-dua hujungnya.
Ulang sehingga adunan habis digunakan.
Kukus sehingga masak selama 20 minit

--------------


PENGAT PISANG

Bahan
10 biji pisang nangka [potong serung kecil]
4 cawan santan pekat
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
1/2 cawan gula pasir
2 s/b gula merah atau 3 keping nisan tganu
1 cawan air
3 helai daun pandan [koyakkan dan simpulkan]
garam

Cara
1. Masukkan pisang , gula merah, gula pasir , daun pandan garam dan air dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh.
2. Bila mendideh masukkan sagu mata ikan dan kacau sehingga jernih.
3. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaaya tidak pecah minyak atau naik minyak.
4. Bila nampak mendideh tutup api dan hidangkan.

**RESEPI BINKA**

 

BINGKA LABU ELISE'S MOM

Bahan
600gm labu atau 2 1/2 cawan labu yg telah direbus dan lenyek
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ~ dari 1 1/2 biji kelapa
1 3/4 cawan gula ~ ikut la sapa nk manis bole tambah begitu juga sblknya
4 biji telur ayam
secubit garam

Cara
1. Gaulkan tepung gandum bersama labu yg telah dilenyek
2. Masukkan santan pekat, telur dan gula juga secubit garam
3. Kacau rata
4. Gliskan loyang dengan marjerin/butter ~ kalau pakai springfoam tak perlu
5. Bakar 45 minit
6. Tunggu sejuk baru kuarkan dan bole la dipotong
7. Hidangkan


Bingka Cendol

BINGKA CENDUL
Sumber: Rashidah Abdul Rahman
Gambar Sumbangan: Rashidah Abdul Rahman

Bahan - Bahan

350 g gula pasir
300g tepung gandum
350 gram cendol / jagung
100 ml mentega cair
700ml santan
6 biji telor gred b
1 st vanilla
1/2 st garam
1st warna kning

Cara:
1. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung dan kacau rata.
2. Masukkan santan, garam, vanilla kacau rata, kalau bergentel - tapis. (saya pakai belnder aje)
3. Masukkan mentega cair dan kacau atas api hingga 1/2 pekat.
4. Tutup api dan masukkan cendol atau jagung.
5. Bakar dalam loyang 7" x 9" atau saya gunakan 8" x 8".
6. Loyang kena sapu butter sedikit.
7. Bila dah masak biarkan sejuk baru keluar dari acuan. 


**PAU**


KUEH PAU KAKLIZA

bahan
500 gm tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
1 s/k yeast mauripan
2 s/b shorterning [crisko]
250 gm air suam

cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan.........

INTI PAU KAK LIZA
]
bahan

250 gm isi ayam atau daging [hiris kecil
200 gm kentang
1 s/b rempah kari yam/daging ] bancuh jadikan pes
2 s/b air ]
1 labu bawang besar ]
1 ulas bawang putih ] cincang
1 pokok daun sup [cincang]
1/2 cawan air
garam
gula
minyak


cara
1. Panaskan minyak dan dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dicincang sehingga wangi.
2. Masaukkan pes rempah kari dan kacau sehingga rata. Maskkan sehingga naik minyak dan wangi.
3. Masukkan isi ayam atau daging dan kentang.
4. Masukkan air, garam dan kacau rata.Biarkan mendideh dan daging atau ayam lembut. Masukkan daun sup yg dicincangkan.
5. Bila nampak pekat dan daging lembut bolehlah angkat dan sejukkan.
6. Buatkan aduinan pau dan masukkan inti dalamnya.

--------------
INTI KELAPA

bahan
1/2 biji kelapa muda
1 cawan air kelapa [jika ada]
1/2 cawan gula merah
2 s/b gula pasir
daun pandan [simpul]

cara
1. Masakkan air kelapa, gula sdan daun pandan sehingga hancur. Tapiskan.
2. Masukkan kelapa dan masakkan sehingga pekat.
3. Tutp api dan masukkan dalam mangkuk.

--------------

PAU BLUKEY

Resepi 1 (ikut pd resepi yg terdpt di kotak Tepung Pau Blue Key):

TIP PAU***
zr77, mula2 dulu saya buat ikut resepi yg pd bungkusan yist mauripan tu... dan gunakan tepung gandum tp hasilnya kurang memuaskan sbb x lembut dan putih... mcm saya cakap kat atas tu, bila kami balik bercuti... saya cari tepung blue key utk buat kek dan dari situ saya dpt tau ada tepung khas utk pau jadi saya beli dan cuba.. hasilnya mmg memuaskan.

kalau nak ianya kembang dgn cantik... selepas di uli, biarkan ianya kembang sebaik mungkin. mula2 dulu saya buat perap selama sejam dan ke3 dan seterusnya 2 jam... dan baru2 ni saya biarkan selama 6 jam.. maknanya... biar doh tu betul2 kembang dan cara mengukus pun kena betul.

ok di bawah ni saya copy n paste dari soal-jawab masakan bersama pn norzailina noordin dari alaf 21 :



PAU TIDAK KEMBANG

Kenapa pau yang saya buat apabila dia sejuk ianya mengecil tak kembang sepertimana ketika panas? Bagaimana cara nak mengatasinya?
Ikuti resipi dengan betul dan pastikan PAU masak secukupnya supaya ia tetap kembang bila sejuk. Masa mengukus, api hendaklah sederhana saja supaya wap kepanasan sekata dan pau masak elok. Lazimnya, pau yg mengecut bila sejuk tidak diuli dohnya dengan betul dan ia tidak kembang sempurna (sebelum dikukus).



PAU LEMBUT DAN GEBU

Soal-jawab masakan bersama pn noorzailina noordin...

Saya ingin bertanyakan pasal resipi pau yang sebenarnya.
-Sebelum ini saya menggunakan resipi yang dipelajari daripada kawan saya. Tetapi masalahnya sekarang nie, pau yang saya buat tu tak naik dan tak gebu. Saya dah cuba pelbagai cara untuk buat pau tu lembut dan gebu. Ada kawan saya beritahu masukkan sedikit baking powder ataupun masukkan yis dalam 3-4 paket.

-Baking powder yg digunakan adalah jenis double-action baking powder (berkuasa 2 kali ganda dari yg biasa). Jangan masukkan yis dengan garam sekali kerana ini akan "mematikan" yis. Pastikan garam bercampur dengan tepung dulu baru masukkan yis. Cuba resipi ini:

resepi puan chef

PAU
500 g tepung pau (low protein flour)
1/2 camt garam
1/2 camb yis segera
100 g gula kastor
240 ml air suam
3 camb lemak sayuran
1 camb double-action baking powder (diayak)

Satukan 6 bahan pertama, uli menjadi doh. Jika agak keras, basahkan tangan dan uli semula selama 10-15 minit atau hingga kenyal. Tutup dengan tuala basah dan biar di tempat hangat hingga kembang 2 kali ganda (berdekatan stove) atau dlm bekas/mangkuk besar berisi air panas.

Ulikan double-action baking powder ke dalam doh hingga rata. Tutup semula dan biar 15 minit. Kemudian ambil sedikit, isikan dengan inti dan bentukkan bulat. Letak atas kertas kalis minyak (potong kecil). Biar kembang lagi sebelum dikukus selama 20-25 minit.


Satu lagi pasal yis mauripan tu. Tak perlu kacaukan dengan air ke?Yis jenama Mauripan dlm bentuk granules/serbuk mudah larut dan boleh dicampur terus dengan tepung semasa menguli.

Sebab jika ikut mauripan kat sini dia tulis kena kacau dengan air suam. Ada sekali saya terkacau dengan air panas. Langsung tak naik dan ada sekali saya cuba air sejuk. Kekadang naik kekadang tak. Gunakan air suam untuk "mengaktifkan" yis. Air panas akan "membunuh" yis sementara air sejuk tidak akan membuat ia berbuih.

Kawan saya kata maybe sebab cuaca sejuk sebab kat sini sekarang winter. Berapa tempoh pemerapan untuk yis itu bertindak?Yis yg aktif hanya mengambil 10-15 minit untuk berbuih dan kembang.

Perlu ke kita masukkan gula dan minyak jagung macam resipi di bawah ni.Gula akan membuat yis lebih aktif sementara minyak membuat kulit pau licin.

1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
200 g (1 cawan) gula 100 g (½ cawan) minyak jagung
460 g (2 ½ cawan) air

Sebab saya mengunakan:
1- 1kg tepung gandum
2- 1 sudu gula
3- 1 paket yis
4- 460 g (2 1/2 cawan) air

Soalan terakhir, apakah cara pengukusan pau yg elok sebab saya buat pau bulat dan bawahnya leper.Tetapi bawahnya jadi tebal sampai menyebabkan isinya kurang masak macam di atas.Harap puan dapat membantu saya.Sekian terima kasih.

- Anda perlu berhati-hati ketika memasukkan inti iaitu pastikan dohnya diratakan sama. Jika ada bahagian yg tebal, bila anda 'menangkupkan', ia tentu akan menjadi tebal. Jika intinya banyak dan ketebalan doh sama untuk setiap pau, ia akan masak sempurna. Jadi, sesudah membubuh inti, tangkupkan agar tiada bahagian pau yg tebal. Api kukusan hendaklah sederhana dan kukus setelah pau kembang (pada suhu bilik). 


Bahan:

500g (1/2 kotak ) Tepung Halus Blue Key
6 g (1 1/2 sudu teh ) yis segera
100 g ( 1/2 cawan ) gula
50 g ( 1/4 cawan ) shortening/lemak sayuran (saya gunakan crisco yg dlm resepi roti tu.. ) klu tak de gunakan minyak jagung
230 g ( 1 1/4 cawan ) air


Cara-cara :

1. Campurkan tepung bersama yis segera sementara gula larutkan di dalam air.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan uli doh dengan tangan selama 10-15 minit. Klu yg menggunakan bread maker boleh sett kan fungsi utk membuat doh kulit roti.
3. Bahagikan doh kpd 60 g tiap satu dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
4. Canai doh dan isi intinya di bahagian tengah doh. Tutup hujung doh mengikut bentuk yg di kehendaki. Kemudian letakkan setiap doh di atas kertas minyak yg berbentuk segi empat.
5. Letakkan doh itu di atas periuk kukus yg di lapik dengan kain yg lembap dan kukus selama 15 minit pd suhu yg tinggi.


Resepi 2 ( dari resepi di kotak yis mauripan ):

Bahan-Bahan:

1000 g tepung gandum
11 g (sebungkus) Yis Segera Mauripan
200 g (1 cawan) gula
100 g (½ cawan) minyak jagung
460 g (2 ½ cawan) air

Cara:

Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut dengan tangan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga adunan menjadi licin dan kenyal. Timbangkan adunan tersebut 60 gm (2 oz) setiap satu, buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 10 minit. Canai adunan dan isikan inti di bahagian tengah adunan. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi menurut bentuk yang disukai. Letakkan setiap adunan tadi diatas sekeping kertas kalis gris empat segi. Biarkan adunan pau selama kira-kira 35 minit. Letakkan semua kepingan adunan tadi di dalam pengukus dan kukuslah selama 10 minit pada suhu yang tinggi.

* Nota: bg you all yg senang nak dpt Tepung Blue Key tu, cubalah buat sendiri... mmg bestt pastu gunakan Crisco sbgi gantian pd minyak sayur..



POPIA BASAHHH


Untuk kulit:
Tepung + air + telur sebiji
( kalau nak makan petang, bancuh pagi,,,baru kulit tu cantik ....bancuh sedang2 la, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair )
CARA MASAK: guna kuali leper.sapukan minyak sedikt. Menggunakan tangan ambil sejemput adunan letak kat kuali, kemudian tolak2kan tepung tadi dalam bentiuk bulatan. bila masak ...angkat.( ntuk pastikan kulit sentiasa panas, letakkan dalam lapisan kain, dan tutup dengan tudung periuk)so masa nak masukkan inti, kulit masih panas.

Untuk inti:
sengkuang+kacang panjang+carrot
udang dicincang
bawang putih 2 ulas

Cara buat inti:
Tumiskan bawang putih, masukkn udang, bila dah ok, masukan sengkuang/kacang panjang, carrot.Boleh isi kunyit kalau nak sedikit kuning.jangan lupa isi garam dan gula sedikit.

Untuk sos:
air 2 cawan + lada giling 2 sudu + bawang putih 2 ulas.panaskan dalam periuk sampai mendidih.Kemudian masukkan gula melaka + sedikit cuka.
biarkan masak. Kemudian masukan tepung jagung dan bawang goreng.



********************

KUEH GORENGAN

********************

****KARIPAP****


Karipap Pusing [NurAlara]

tepung gandum
marjerin
air

1. amik tepung gandum..bahagi dua bahagian
2. satu bahagian..bancuh dengan air..cam nak buat karipap biasa tu.. (A)
3.satu bahagian tepung gandum..campurkan dengan marjerin..bubuh banyak sket marjerin tuh..uli sampai jadi tepung karipap..(B)
4. kepalkan yg A..bulat2..uli2 kat tangan..then leperkan sedikit..tak yah nipis..tebal tak pe.
5. kepalkan yg B..bulat2..
6.masukkan B (tepung bermajerin tuh) kedalam A yg dalam keadaan leper tuh..maksudnya..bungkus B dalam A.
7.bulatkan semula..campuran tuh..uli kat tangan supaya jadi bulat..
8.amik pencanai..leperkan campuran tuh...leper2....kan jadi ratakan...
9. gulung campuran tepung yg dah leper tuh..gulung kan jadi panjang kan...
10.amik pencanai ....penyekkan gulungan tuh...so..gulungan tadi jadi rata balik..then ..
11. gulung semula.. amik pisau..potong gulungan tuh.kecik2.tebal lebih kurang satu cm.. then amik pencanai..leperkan gulungan yg dah dipotong kecik2 tuh...anda akan dapati tepung adunan tu...rata..dan permukaan akan nampak 2 lapisan..yg bermajerin dan tepung biasa..masukkan inti,,,,klip pakai tangan..goreng....


Inti Karipap Sardin [NurAlara]

bhn2:
3 bijik ubi kentang
2 labu bwg besar
4 bijik bwng putih..
sardin satu tin..
minyak
garam
gula

cara2..
kupas ubi kentang- potong dadu
tumis bawang besar dan bwg putih..
masukkan kuah sardin..
masukkan ubu kentang..masak hingga agak empuk..
masukkan sardin...
bubuh garam dan gula..
masak hingga agak kering..



Inti Karipap Ayam/Daging [ninoZ]

isi ayam - potong dadu
kentang/keledek - potong dadu
bwg beso - dadu
halia - dimayang halus
rempah kari ayam/daging
jintan manis - sangrai terlebih dahulu
garam n gula secukup rasa
daun sup - hiris
lada hitam sket jika suka

masuk semua bahan[kecuali daun sup] dlm periuk gaulkan n masak atas api sederhana hingga ayam n potato empuk..then masukkan daun sup
sejukkan n siap utk digunakan

Karipap Traditional 1 [Dewi]

tepung
minyak masak
air + garam

cara buat kulit nyer:
Tepung gandum buh dlm mangkuk besar buh buat lubang kat tgh 2. Then panas kan minyak masak , peh tu tuang atas tepung tadi . Kacau ler ngan senduk kayu kalau tak tahan panas. Peh tu baru ler tambah sikit2 air garam( jadik garam tu rata jer rasa dia)
petua sikit . kalau boleh air nak wat uli tepung karipap nie biar air sejuk ( air peti ais tu.
peh tu baru ler bulat2 kan dan canai ler.


karipap tradisional baru [Dewi]

cara sama ngan dia atas cuma gantikan minyak masak ngan mentega. mentega kalau nak panas kan pun boleh kalau tak panas kan pun boleh.


Karipap Pusing [Dewi]

tepung kena buat 2 bahagian .

1/3 bahagian ..... di campur dgn lelemak sayuran ( tak der ni tak jadik ler karipap pusing korang. dan di uli rata then di bentuk bulat2.

2/3 bahagian ......di uli dgn air garam sejuk.


isi kan bahagian tepung yg diuli dgn lelemak sayuran dlm tepung yg tak der mender tu. Buat ler bahagian ti cam inti dia ler. Yg bahagian biasa tu kulit dia.

peh tu biarkan seketika.

peh tu canai ler tepung tu jadi bulat leper. peh tu potong adunan leper tu dari tengah ke tepi dan gulung . dia akan jadi cam bentuk scone.

peh tu canai lagi jadi jaluran panjang. gulung jaluran tu . ala cam kita gulung karpet tu ler. kita akan dpt satu gulungan can kek gulung tu.

potong gulungan tu ikut size yg kita mau. kalau nak besar karipap tu potong ler tebal2. peh tu canai leperkan bahagian yg dipotong tu. hasilnyer dpt ler kulit karipap yg berpusing2 cantik


KARIPAP DAGING NOORMASRI

Inti Daging

Bahan-bahan:

3 biji kentang dipotong dadu.
200g daging cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
1 sudu besar udang kering-ditumbuk
Setangkai daun sup }dihiris
Sedikit gula & garam

Cara membuat inti:

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. sebelum diangkat masukkan daun sup.

Bahan-bahan untuk pastri:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air

Cara membuat kulit karipap:

Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: Kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi. 

Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup



KARIPAP BIASA KAKLIZA

500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi supa semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat.
7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.



KARIPAP PUSING KAKLIZA

Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.

1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan. 

 

Aneka Cucuq/Jemput

cucuq pisang

tepung gandum - blend smpai kembang
garam
pwarna kuning / serbuk kunyit
then dah siap bancuhan masukkan bijan sbg aksesori ...

Di blender sehinga kembang untuk mendapatkan gorengan pisang yg rangup

CUCUR PISANG ISTIMEWA
Puti Mazura Binti Mashudi


Bahan-bahan serta caranya :

2 mangkuk pisang ( pisang asam ) yang sudah dikupas, buangkan urat dan
lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
Masukkan sebiji telur ayam ( yang dipukul kembang jika tak pakai
bicarbonate soda ), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda , setengah cawan susu penuh krim dan
semangkuk tepung gandum + secubit garam. Gaul semua rata rata.
Set aside.

Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul
dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan
jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil.
Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat
dan serve.

P/S : Ttakde bicarbonate soda pun takpe tapi nanti tak gebu,
lembik je. Itu yang orang panggil cekodok penyek.
Alternatively, you boleh guna self raising flour ataupun you pukul
telur ayam hingga kembang sebelum masukkan dalan adunan.
Susu penuh krim tu fresh milk yang tak di skim kan. Susu ideal pun
boleh. Susu tepung anak pun boleh. Mangkuk yang digunakan
( utk sukat pisang dan tepung ) apa apa mangkuk pun boleh tapi
kena sama. Kalau mangkuknya besar, mungkin kena adjust gula,
susu, garam. Bolehlah guna mangkuk nasi cina tu. Tapi ratio tepung
dengan pisang mesti 1:2.

Boleh, memang boleh guna susu ideal/HL. About the gula, you can
use senduk nasi. ( satu senduk nasi lebih kurang 3 sudu makan kot ).
Adjust ikut suka ye. Satu lagi petua, boleh guna gula pasir tapi
kurangkan sikit dan tambahkan 1 sudu makan kicap manis, jangan
letak garam. Betul ni, tak tipu. In fact kalau nak masak pengat,
guna gula pasir + kicap manis.

The food taklah banyak kolestrol. Yang banyak kalori in the
form of sugar. Kekadang I buat letak gula sikit aje. Anggaran satu
senduk. Tapi it actually depends on how ranum the pisang are.
Memang dia sepatutnya rangup di luar and cair di dalam.
Kalau you rasa tak suka "cair" sangat, you can use susu tepung
instead of susu cair. Sebenarnya the same adunan boleh digunakan
untuk buat banana pancake ( kalau tak suka minyak banyak ).
Caranya, panaskan non-stick pan, lengserkan dengan butter
( keluarkan lebihan butter ), masukkan 2 sudu besar adunan dan
ratakan, bila sebelah bawah dah masak, terbalikkan and masak the
other side. Keluarkan and hidangkan panas-panaskan. Kalau nak
lagi menggemukkan ( which is usually delicious ) makan dengan
kuah custard. Bagus untuk breakfast bersama suami atau isteri tercinta



JEMPUT ROTI

Bahan
5 keping kulit roti [koyakkan kecil]
1 cawan tepung
sedikit daun kucai [potong pendek]
sedikit parutan carrot
air secukupnya
garam
minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk kasar
1 biji cili merah
3 ulas bawang merah
segengam ikan bilis

Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan masukkan dalam kuali.
3. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
4. Angkat jejemput dan hidangkan dengan sos cili atau sos kacang [kuah kacang/kuah satay]




MASALA VADAI (Resepi 1 & 2)

Resepi 1



Ingredients:
3 cups dry chana dal
1 cup onion, chopped
coriander, chopped
2 green chilis, chopped
1/4 cup coconut, grated
2 tablespoons red chili powder
1/2 tablespoon fenugreek
2 tablespoons salt

Preparation:
Soak chana dal in water 6 hours ahead.
Take 1/2 cup of it separately.
Grind the remaining portion coarsely without adding water.
Mix the ground dough with the remaining soaked dal, onion, coriander, chili, coconut, fenugreek, chili powder, and salt.
Heat oil in pan, make patties of the dough and fry until it turns golden and crispy.



Resepi 2

Bahan-Bahan:
½ kg Dhal (yang saiz kecil)
Bawang besar (dipotong dadu)
Cili hijau atau merah (dipotong kecil)
Garam secucup rasa

Cara membuatnya :
Cuci bersih dan rendam dhal selama 1 jam. Toskan.
Tumbuk atau kisar dhal. Lepas itu gaul bersama garam, bawang dan cili.
Goreng hingga masak. 

WADEH TEPONG GANDUM---wasalodeh


Bahan-bahan

14oz tepong gandum
4oz tepong wade (white urad flour)...carilah kat kedai mamak sure ade.....(Kalo kat Spore boleh beli kat kedai Rasool Serangoon Rd).
11oz air
1 1/2 sudu teh garam
Ajinomoto kalo suka
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas
2 biji telor
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inc halia hiris halus **
150gm bawang kecil hiris halus **
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus

Udang hidup secukupnya
Minyak utk deep fry.

Note** kalau tak suka tergigit bawang/halia boleh diblend.

Caranya
Campurkan semua bahan di atas kecuali udang dan minyak dan biarkan selama sekurang-kurangnya 1 1/2 jam.

Cara Menggoreng.
Setelah diperap bahan akan mengembang. Oleh kerana adunan ni lembut dan melekat kat tangan,
sarungkan tangan kiri dengan plastic. Basahkan tangan kanan dgn air.
Ambil sejemput adunan dan tepekkan kat tangan kiri. Buat satu bulatan spt donut, letakkan udang diatasnya dan
perlahan-lahan masukkan dalam kuali ( minyak mesti banyak). Aromanya.. kalah mamak kat kedai you...

Note: Kena banyak praktis untuk menggoreng.....baru wadeh boleh cun..

Wadeh ni lembut dan sedap dimakan panas-panas bersama Cili H 





 

 

 




APPLE PIE GORENG ala McD

6 - 8 keping pie



Bahan-bahannya

2 cawan tepung serbaguna

1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)

1 sudu teh garam

1/2 cawan air sejuk

2 biji epal hijau

1/3 cawan gula 

1/2 sudu teh serbuk kayu manis

1 cawan minyak sayuran



Cara-caranya

1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.

2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.

3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.

4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT << macam McD la.



Tips: Selalu saya simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup. Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik. Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak. 


Inti pie ni agak sedikit, so saya sarankan kengkawan semua tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan. Baru puas hati makan kalau inti banyak....





I buat kecik2 jer... 2 x 3 inchi... hehehee..
senang nak makan
Thanks kak bebop..

untuk inti I pakai 4 biji Fuji epel and I campurkan ngan perahan 1/2 biji lemon, 1/2 cwn gula dan 1 sdt serbuk kayumanis, masak ngan 1 cwn air atas api yg kecil. once epel dah lembut I pekatkan ngan campuran tepung jagung dan sedikit air.

Rasa inti mmg cam kat McD :P:P
Semalam sempat gak kasi Gadies Aries apple pie ni.. tapi yg tak goreng..
Aries... camna verdict??? 

 

 

 

 

  

     

 

 

 

2006-09-13