RESEPI PERBAGAI MEE/PASTA

 

Mee Rebus Istimewa...

Bahan utk kuahnya..

500gm daging
300gm udang basah
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 bungkus serbuk rempah sup
rm 1.00 udang kering(kisar halus)
10 tangkai cili kering
200gm ubi keledek(rebus)
100gm ubi kentang(rebus)
.1 kg mee kuning
250ml air
garam+perasa ajinomoto

Bahan utk hiasan..
4 keping tauhu goreng
50 sen taugeh(rendam dlm air mendidih seminit)
2 biji cili hijau(hiris nipis)
4 biji telur (rebus)
bawang goreng
limau nipis
daun sup dan daun bawang
200gm sayur sawi(potong rebus dlm air mndidih seminit)


ok..Cara membuat kuahnya
1)firstly.. cili kering di blender bersama bawang merah+bawang putih.pastu tumis bersama rempah sup sampai naik baunya.kemudian masukkan udang kering(kisar halus) buah keras (sudah di tumbuk lumat )goreng hingga garing
2)secondly... bila dah garing masukkan daging +udang dan air biarkan mendidih sehingga daging empok
3)bila daging dah empok masukkan pula ubi kentang +ubi keledek yg di rebus dan telah di kisar halus.masak sehingga pekat..dan jangan lupa bubuh garam dan perasa ajinomoto.
4)setelah kuah dah siap masak bolehlah di hidangkan dengan mee+taugeh+sawi +daun bawang+daun sup+telor rebus+ tauhu goreng+bawang goreng+cili hijau+limau nipis(ikut citarasa anda )

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Jawa - Puti Mazura

1 kilo mee kuning, dicelur
2 cawan keledek kuning/oren, direbus dan dilenyek (lebih oren lebih bagus - cannot be substituted with kentang, nanti jadi kuah mee rebus)
1 cawan udang kering, digoreng dan dikisar
1 cawan udang hidup, direbus dan dikisar
15 tangkai cili kering, direbus
5 ulas bawang putih, diketuk
8 ulas bawang merah kecil, dihiris kasar
1 inci halia, ditumbuk
5 cawan air (lebih/kurangkan ikut kepekatan)
Sedikit belacan, dibakar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Garnish
Telur rebus (sebiji untuk seorang), dipotong 4/5 melintang
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah

Cara
Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. Pijarkan minyak didalam periuk
Tumiskan bahan yang telah dikisar dalam (1), sehingga naik bau . Masukkan udang-udang yang telah dikisar halus dan gaul sebati . Masukkan air dan biar mendidih . Masukkan keledek yang sudah dilecek . Kacau sehingga pekat, kalau terlalu pekat, tambah air. Sesuaikan rasa gula dan garamnya (kuah mee jawa agak manis)

Cara menghidang
1. Masukkan mee yang sudah dicelur ke dalam mangkuk
2. Letakkan cili hijau, cili merah, bawang goreng dan taugeh di atas
mee
3. Curahkan 1 atau 2 senduk kuah di atasnya
4. Letakkan telur di atasnya
5. Taburkan daun saderi & daun bawang
6. Letakkan belahan limau kasturi di atasnya.
7. Hidangkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Jawa Bonda 

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah:
Sedikit Udang Kering
Segenggam kacang tanah (disangan)
Cili padi (mengikut selera masing2)
Sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
2 biji kentang (direbus hingga empuk)
2 biji keledek (direbus hingga empuk)
Air rebusan daging

Bahan Untuk Kuih:
Tepung gandum
100g udang sederhana besar
Daun kucai
Daun bawang
1 sudu mauripan
Telur (dipukul hingga kembang)

Cara-cara :

Cara membuat Kuah:
1. Rebus daging dan ambil airnya.
2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
5. Tumbuk udang kering yg telah dibasuh sehingga lumat.
6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
6. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
7. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yg sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
9. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan:
1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
3. Gorengkan bawang untuk penabur.
4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
5. Hiris nipis cili masak.
6. Rebus tauge.
7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

Apabila telah siap, mee bolehlah diletak di dalam mangkuk berserta kuah, Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, daun sup, tauge, serbuk udang kering, cili hiris dan kuih yang telah dipotong-potong.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE REBUS SUNGAI DUA

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Sediit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air secukupnya Bahan Kuah:
2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sudu besar cili kisar
230 gm udang kering
200 gm serbuk kari daging
2 biji kentang (direbus & dipotong nipis)
8 ulas bawang putih (dikisar A)
3 batang serai (dikisar A)
Sedikit halia (dikisar A)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan dikisar (A) & cili kisar hingga garing. Masukkan udang kering & serbuk kari. Masak selama 2 minit. Kemudian, masukkan keledek & kentang. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih. Angkat dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, tauhu goreng, cili merah, daun bawang, telur rebus & limau nipis. Tuangkan kuah panas hingga penuh & taburkan bawang goreng..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

SUMBANGAN GAMBAR DARI KAK LIZA

MEE REBUS/MEE JAWA

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:

Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE REBUS OK

Bahan-bahan
1 bungkus Mee Kuning - dicelor sebentar

Bahan Untuk Ditabur
2 Keping Tauhu - digoreng
3 biji telor - direbus
1 biji cili merah - dihiris
daun bawang - dihiris
sedikit bawang goreng
1 biji limau nipis dihiris

Bahan Untuk Kuahnya
1 kati tulang daging lembu - direbus
cili kering - dimesin
5 ulas bawang merah - dimesin
5 ulas bawang putih - dimesin
3 ketul ubi keledek/ kentang - direbus dan dimesin
1/2 tin tomato heinz
50 sen kacang tanah - digoreng dan ditumbuk jangan halus sangat
garam dan serbuk perasa

Cara-cara
· Panaskan minyak tumis bahan2 yang dimesin
· Bila sudah pecah minyak masukkan ubi keledek dan juga tulang daging lembu yang direbus itu
· Bila sudah mengelegak masukkan tomato heinz dan kacang tanah.
· Masukkan garam dan serbuk perasa.
· Bila sudah masak bolehlah dihidang dengan mee

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MI REBUS PENANG

Bahan-bahannya:
600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:
1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)

Bahan cucur udang:
100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa
Cara membuat cucurnya:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:

3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua
Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng

Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh bahan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber gambar dillaOhdilla wanitamelayu.com

MI REBUS PEDAS

Bahan:
200 grm mee kuning
5 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
3 sd mkan minyak
600 ml stok ayam
Garam
2 biji telur
sawi bersihkan & potong2

Isi Ayam
1 sudu makan seasonings dicampur rata bersama...

1 sudu makan sos teriyaki *) ---> Lihat cara membuatnya
2 sd tea sos cili
2 sdtea kecap manis
3 sdt sos tomato
¼ sdtea serbuk lada hitam
2 sdtea kicap masin
1 sdtea sos tiram
Cili padi secukupnya, dihris halus
50 ml air

Hiasan:
Bawang merah dan putih goreng
tauge

Cara:
# Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi dan kekuningan setengah kering.

# Tuang campuran seasonings, biarkan hingga berbuih sedikit, masukkankan air stok dan didihkan dengan api kecil.

# Pecahkan telur diatasnya, masukkan isi ayam dan garam secukupnya, diamkan hingga telur setengah matang.

# Masukkan sawi dan mee,gaul rata

# Matikan api, tuang ke mangkuk, hiasakan bersama bawang merah & putih goreng.

Note:
Kalau suka kuah lebih boleh masukan lebihan air stok..

** Homemade Teriyaki Sauce

Bahan:
100 ml kecap masin
2 sdm gula
1 sdt halia diblender
1 ulas bawang putih, diblender
1 sdm sos tomato >>boleh juga digantikan tomato puree jika mahu sedikit masam
100 ml air

Cara:
Campur semua bahan masak diatas apai yg sederhana tungu sehingga ia benar2 pekat baru tutup api..sejukkan simpan didlm botol..

Note:
Sos ini boleh diletakakan didalam perbagai masakan seafood

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE REBUS KARI..
Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
¾ cawan udang kering
15 ulas bwg merah
5 ulas bwang putih
1" kunyit hidup
1" halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
1 cawan minyak
4 biji bwg besar kuning - hiris halus
5 batang serai dititik
2" lengkuas - dititik

Kisar :
¾ cawan taucu

1 paket rempah kari ikan
4 sd besar gula
1.2 kg keledek ungu - direbus dgn 1 liter air dan kisar dgn air rebusan
600 gm daging - hiris dan rebus dgn 1.5 liter air
400 udang - rebus dan kisar
1 sd besar garam atau secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering - kisar
1 biji bwg besar - bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam - diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis - kuih ini sepatutnya garing)

Bahan lain :
10 biji telur - direbus dan belah dua
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi
Hirisan cili merah & hijau (atau cili jeruk)
Sawi - dicelur - optional
600 gm tauge - dicelur
10 keping tauhu - digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan titik (serai & lengkuas) dan tumis hingga wangi. Masukkan bwg hiris dan kacau hingga kuning hingga menyerupai bawang goreng-ini adalah untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan garing, masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dan tumis sekejap, masukkan taucu kisar, tumis hingga sebati, masukkan bahan ini kedalam rebusan daging yang mendidih dan kacau, masukkan juga udang rebus kisar-gunakan air rebusannya sekali, keledek rebus kisar, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga pekat.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee kedalam mangkuk, taburkan tauge, kuih udang, tauhu dan bahan taburan lain, tuangkan kuah yang panas dan hidangkan.
Tambahan:
Penggunaan bwg yang banyak akan memekat dan mewangikan kuah begitu juga dengan keledek. Gunakan setiap air rebusan untuk hasil yang lebih baik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Kuah (Resipi AuntyN)

Bahan-bahan:-
Mee dan perencah-perencahnya
1 kg Mee kuning
1/2 kg taugeh
2 keping tahu basah (di perap dengan garam, di goreng dan di potong nipis)
2 keping fish cake (kalau suka digoreng dan di potong halus halus)
Beberapa biji fish ball ( digoreng dan di potong halus)
Daun bawang, daun saderi di potong halus
Bawang Goreng
Telur rebus yang di potong juga
Ubi kentang (direbus hingga empuk dengan kulit, kupas kulit dan potong nipis)
Cucur udang yang nipis dan rangup kalau rajin lah.

Untuk Kuah

400 g daging kisar (ayam atau daging)
4 - 5 biji (bergantung kepada saiz ubi) Ubi keledek yang kecil
2 biji ubi kentang
2 biji tomato buah
3 -4 sudu makan cili kering yang telah di blend halus
Bawang merah, bawang putih (diblend bersama cili kering)
Sedikit sos tiram, kacang tanah yang dikisar dan kicap
Garam


Cara Memasak Kuah

1. Ubi keledek dan ubi kentang di rebus dan di blend sehingga hancur lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan cili dan bawang2 yang telah diblend sekali, kacang tanah.
4. Masukkan daging kisar (kalau suka boleh tambah udang/ketam ke dalam kuah mee)
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. Rebus sehingga daging menjadi empuk
7. Masukkan garam, sos tiram kalau ada dan sedikit kicap.
8. Masukkan buah tomato yang telah di belah ke dalam kuah
9. Angkat dari api apabila sudah mendidih dan daging telah empuk.
10. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah mee.
11. Boleh juga masukkan daun saderi ke dalam kuah untuk menambah rasa dan bau.


Menyediakan mee basah

Rendam mee buat seketika sebelum di basuh. Ini untuk membuang bau kimia pada mee kuning.
Rebus air di dalam periuk dan masukkan mee kuning
Apabila mee sudah lembut, tos kan air panas dan basuh mee tadi dengan air sejuk sehingga mee menjadi sejuk. Kanji dari mee akan keluar dan mee tidak mlekat-lekat.
Hidang kan

Celur taugeh dalam air panas mendidih buat seketika.

Bila semua dah tersedia, masukkan mee, taugeh dan perencah-perencah mee tadi dan masukkan kuah. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang/saderi. Kalau suka tambah dengan cili muda yang di potong.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Kuah Tomato
Sumber:http://kampungkitchen.blogspot.com

Bahan-bahan

ubi keledek kuning
daging
serai 3 batang
sos tomato Aminah Hassan (atau yang sama dengan nya)
fish ball. fish cake
bawang merah, bawang puteh, halia
cili kering di blend

mee
sawi, taugeh, (di celur)
telur rebus
cili besar di potong
daun sup/bawang mayang halus
bawang goreng

rebus ubi keledek sampai tender,
jgn buang air rebusan.simpan
blend/lenyek

Cara Memasak Kuah Mee
1. Tumis bawang merah, bawang puteh dan halia.halia ni sikit je.
2. Naik bau masukkan cili kering yg diblend tadi , daging ,serai yang diketuk,masukkan semua sekali
3. Agak agak daging dan cili dah sebati masukkan ubi keledek yg di blend tadi+ air rebusan ubu keledek
4. tunggu sampai gelegak, masukkan fish cake, fish ball..dan sos tomato tadi..kalau botol kecik dlm setengah botol la..( untuk periuk berdiameter 21cm)
garam gula secukup rasa

kuahnya akan kelihatan kemerahan dan agak pekat..rasanya mcm pedas+manis +masam

Mesti terangkat ni. Cuba dan beritahu apa komen anda tentang resipi ini.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Rebus 3
Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
¾ cawan udang kering
15 ulas bwg merah
5 ulas bwang putih
1" kunyit hidup
1" halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
1 cawan minyak
4 biji bwg besar kuning - hiris halus
5 batang serai dititik
2" lengkuas - dititik

Kisar :
¾ cawan taucu

1 paket rempah kari ikan
4 sd besar gula
1.2 kg keledek ungu - direbus dgn 1 liter air dan kisar dgn air rebusan
600 gm daging - hiris dan rebus dgn 1.5 liter air
400 udang - rebus dan kisar
1 sd besar garam atau secukup rasa
sedikit serbuk perasa

Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering - kisar
1 biji bwg besar - bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam - diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis - kuih ini sepatutnya garing)

Bahan lain :
10 biji telur - direbus dan belah dua
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi
Hirisan cili merah & hijau (atau cili jeruk)
Sawi - dicelur - optional
600 gm tauge - dicelur
10 keping tauhu - digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng
(Masakan ini untuk lebih kurang 10 org)


Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan titik (serai & lengkuas) dan tumis hingga wangi. Masukkan bwg hiris dan kacau hingga kuning hingga menyerupai bawang goreng-ini adalah untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan garing, masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dan tumis sekejap, masukkan taucu kisar, tumis hingga sebati, masukkan bahan ini kedalam rebusan daging yang mendidih dan kacau, masukkan juga udang rebus kisar-gunakan air rebusannya sekali, keledek rebus kisar, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga pekat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hot Plate Noodles
(resepi untuk 2 orang makan.)

2 keping mee kering (egg noodles/magi/yee mee)
8 ekor udang yang sedang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor.
3 ekor sotong yang sederhana besar
1 cawan daging ayam (potong nipis)
1 sudu besar taucho
2 biji telur
¾ - 1 cawan air
sedikit tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bawang besar- dipotong dadu
6 ulas bawang putih , ketuk dgn, pisau besar
1 inci halia, hiris halus
1 batang lobak merah (potong serong, nipis)
1 cawan cendawan butang (kalau ada), belah dua.
2 cawan sawi (potong pendek, sebelum potong, hentakkan batangnya dengan anak lesung, jangan sampai hancur)
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Celur mee (ikut lah "lembut" mana you suka) dan ketepikan.
2. Pukul 2 biji telur, 2 sudu makan air, garam dan lada sulah,
ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia, tumis hingga wangi.
4. Masukkan tauchu, tumis lagi.
5. Masukkan ayam, goreng hingga permukkannya putih.
6. Masukkan lobak dan sedikit air & sos tiram & kicap. Masak hingga
lobak lembut
7. Masukkan sotong yang telah dipotong, udang, sawi dan cendawan, kacau rata.
8. Masukkan air lebih. Adjust garam & gula.
9. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam rencah. Gaul rata. Kecilkan api.
10. Cepat-cepat, panaskan hot plate, tuang sedikit minyak, ratakan.
11. Kemudian tuang campuran telur (langkah 2), di hot plate hingga rata.
12. Masukkan mee dan cepat-cepat masukkan bahan-bahan yang
ditumis/goreng yang masih menggelegak.
13. Sedia untuk dihidangkan. Kalau suka taburkan daun saderi, daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE JAWA

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
230 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
2 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

  ****************************************

RESEPI MEE KARI

**************************************************

MEE KARI ALA NYONYA
Sumber resepi & gambar dari Long cari.com.my

Bahan
vegetable oil
3 biji buah pelaga,
1 bunga lawang,
1kulit kayu manis

6 bawang merah
3 bawang putih
1/2" lengkuas
5 buah keras
1" halia
4 sudu besar udang kering direndam kedalm air panas toskan kemudian kisar kesemua bahan diatas


1 btng serai - ketuk
4 sudu bessar Curry Powder - nak pedas tambah cili paste pon boleh
3 cawan santan
5 cawan water
1 kiub chicken stock
Fish ball dan takua

Mee kuning/kuew tiau/beehoon

HIASAN
Udang yg panggang bersama garam lada hitam,tauge
sawi,fish cake,daun pudina,bawang goreng,isi ketam,taukua
sos sambal cili udang kering (tambah sedap)

cara

satukan bahan2 kisar bersama serbuk kari dan cili
tumis bahan2 herba,kemudian masukkan serai yg diketuk,tumis sehingga wangi.
masukan air,santan,rasa secukup garam dan gula,kemudian boleh mskkan kiub,tungga sehingga terbit minyak.
last mskkna fish ball dan taukua..
sedia untuk dimakan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN
GAMBAR MEECURRY KAK HANIELIZA/CARI.COM.MY
Bahan Utama:

(Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi
(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:

1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")
Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga
mendidih. Matikan api.
Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.
Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan
lain.
Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping
keluarga atau tetamu.


********************************************
TIP.........

Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.
Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
Lagi satu tips.... kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang!
6

3.

/Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
SELAMAT MENCUBA!

TIPS SETERUSNYA:
1. Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah? Sebab nak celur itu, celur ini - leceh! So, untuk mengelakkan pembaziran
(sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam kuah supaya siapa nak, cedok aje
dari dalam kuah. senang, kan?
2. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Kari Nyonya

BAHAN2 KUAH:-
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)

1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak

p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada dua bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yg dipotong

BAHAN ISI:-
3 ketul fishcake
1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang
sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk)

BAHAN MEE:-
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis

Cara:
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak

Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik..


** kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Mee kari
Sumber KZ

Bahan2 untuk kuah:
2 labu bawang putih
8 ulas bawang merah
4 tangkai serai
1 ½ paket serbuk rempah (campur rempah daging & rempah ketam- dibancuh dengan sedikit air)
3 batang fish cake
300 gms tulang ayam
300 gms kerang dikopek
1 ekor ketam
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
tahu kering

Cara membuatnya:
1.Tumiskan bawang putih,bawang merah & serai yang telah digiling halus. Setelah kekuningan masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air
2.Kemudian masukkan ayam, fish cake & kerang. Biarkan sehingga kering airnya.
3.Masukkan santan cair & ketam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam dan tahu kering.

Bahan2 untuk sambal:
10 ulas bawang putih (digiling)
3 susu besar cili giling
¾ cawan udang kering (rendam dan tumbuk)
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili
2.Setelah cili garing masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus & biarkan seketika & masukkan dua tiga sudu air. Setelah masak diangkat.

Hidangan ini elok di makan dengan mee kuning yang dicelur, taugeh celur, telur rebus,bawang goreng serta daun bawang. Untuk menambah keenakan boleh ditambah dengan bahan2 segar yong tau fu (dicelur dulu) .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(Mi Kari Burma)
Bahan-bahan

300g mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
1 keping kek ikan (fish cake ) digoreng terendam dan dihiris nipis-nipis
4 biji telur rebus, dikupas dan dipotong baji
Kuah ( bahan resipi disiarkan bersama)
55 gram @ 1/2 cawan bawang goreng
daun bawang, dihirs-hiris
daun ketumbar (cilantro in US), dihiris-hiris
3 biji limau nipis, dipotong baji

Cara Menghidang

1. Bubuh sedikit mi kuning di dalam mangkuk-mangkuk hidang kecil diikuti dengan kek ikan dan telur di atasnya.

2. Tambah kuah dan hias dengan bawang goreng, daun bawang dan daun ketumbar. Hidang dengan limau nipis.


Bahan Kuah

1 ekor (1.5 kg ) ayam, dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil
garam
1 sudu besar kunyit serbuk
60ml @ 1/4 cawan minyak masak
2 bj bawang besar, dikupas dan dihiris nipis-nipis
6 ulas bawsang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm halia, dikupas dan dicincang
1 sudu besar cili serbuk
1 liter @ 4 cawan santan,
1 liter @ 4 cawan air
1/2 sudu teh lada hitam serbuk
segenggam daun ketumbar, dhiris-hiris
5 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
140 g @ 1 cwn. tepung kacang dal (dibancuh dengan 250ml @ 1 cwn air)
85 g @ 1/2 cwn. kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, ditumbuk.

Cara

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit serbuk dan perap selama 10 minit.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehinnga layu. Masukkan ayam yang diperap dan cili serbuk dan masak selama 10 minit sehingga ayam kecut.

3. Tambah santan dan air, kacau rata-rata. campur lada hitam dan daun ketumbar dan didihkan selama 20 minit. Masukkan sos ikan, gula, bancuhan kacang dal dan kacang tanah. Didihkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Kari Chef Wan

Bahan Bahan

350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200 gm bebola ayam
150 gm isi udang
250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200 gm taugeh (dicelur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
2 s/besar minyak sayuran
40 gm rempah kari (dijadikan pes)
500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2 cm halia }
3 cm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kumtum bunga lawang
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
650 ml air
1/2 s/kecil garam
1 keping asam keping

Cara Menyediakannya

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah
pelaga,bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning,
di atas api kecil.

2. Masukkan pes rempas kari, daun kari, tumis sehingga harum.

3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup
dan masak diatas api sederdana selama 5 minit.

4. Masukkan udang dan bebola ayam.

5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.

6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,
masukan tomato kemudian tutupkan api.

7. Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di
dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee kari

Sumber resepi/gambar www.noorma.tk
Bahan-bahan:

1 kg mee kuning } dicelur
1 ekor ayam } dipotong kecil
5-6 sudu besar minyak utk menumis
5 sudu besar serbuk kari ayam Babas } campurkan dgn sedikit air panas jadikan pes
1 sudu besar serbuk cili atau cili kisar } jika nak pedas tambah lagi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 liter santan
100 g bebola ikan } dibelah dua
2 keping kek ikan }dihiris
5 keping tauhu kering } dihiris
200 g isi kerang yg telah direbus
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan tumis:

2 batang serai } diketuk
6 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } diketuk

Bahan hiasan:

3 batang sawi } dipotong kecil dan dicelur
100 g taugeh } dicelur 1 minit
4 tangkai cili merah} dihiris
4 tangkai cili hijau } dihiris
1 tangkai daun bawang } dihiris
100 g bawang goreng
5 biji limau kasturi } belah dua

Cara membuat:

Panaskan minyak.
Masukkan bahan tumis dan goreng hingga garing.
Masukkan pes kari, serbuk cili/cili kisar dan serbuk kunyit
Kacau sehingga sebati dan pecah minyak
Kemudian masukkan santan, ayam dan asam keping
Bila ayam empuk dan pecah minyak, masukkan bebola ikan, kek ikan, tauhu kering, isi kerang dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih seketika boleh lah diangkat.
Bubuh mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah ke atasnya diikuti bahan-bahan hiasan.


Noor nyer versi lebih kurang cam kak Liza cuma bahan2 tumis tu Noor suka hiris/mayang instead of mesin/tumbuk, bg Noor (dah try dua2 cara hiris dan kisar) klu dihiris lagi harum aroma kuahnya..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE CURRY
Sumber dari Hanieliza photopage

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam

Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE KARI PENANG

Bahan- bahan.
- 1 kati kerang ( direbus dan buang kulitnya)
- 500g udang ( kukus dan buang kulit) – kepalanya ketepikan
- 500ml air – campurkan dgn kepala udang.jadi stok udang ( tapis airnya tau)
- 4 atau 5 ekor kepala sotong ( optional)
- 100g taupok
- 1 kg mee n beehoon ( dicelur) –kalau suka campur, kalau tak suka pilih salah satu
- 4 liter santan ( dari 1 biji kelapa parut. kalau suka pokek..faham2 sendirilah kan.)

Bahan kisar.
- 10 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sdbesar biji ketumbar
- 4 sdbesar pes cili
- 1 batang serai
- 10 biji lada hitam
- belacan anggaran ? sdubesar

Bahan Hias Kemudian
- 300g isi ayam ( yg dah disiat2)
- taugeh (dicelur)
- hirisan limau nipis / kasturi
- hirisan tauhu goreng
- hirisan telur rebus
- bagi yg hantu podeh, boleh tambah lagi potongan cili api

Sambal cili
- 5 sdbesar pes cili ,
- 1 ulas bawang putih (ketuk) dan minyak- tumis sampai pecah minyak.
Kalau nak masin, bubuhlah sedikit garam

Cara membuat
1.Tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau. Masukkan garam, gula (lebih bagus kalau guna gula batu) dan separuh dari santan. Biar sampai gula hancur.
2.Kemudian masukkan santan selebihnya . Bila mendidih, masukkan stok udang. Biar mendidih perlahan2. Angkat.
3.Bila nak makan, letakkan mee dlm mangkuk,taburkan taugeh,isi ayam, isi udang tadi atau bahan2 lain yg disukai.Masukkan kuah .Sambal cili dibubuh masa nak makan.

*** Kalau diperhatikan, resepi ini tak pakai pes kari pun, sebab bahan2 untuk buat pes spt ketumbar dan lada hitam dah dimesin terlebih dahulu. Jintan manis dan lengkuas dibubuh kalau anda suka. saya akan guna lengkuas kalau buat mee ni..
Tetapi kalau nak tambah pes karipun boleh juga, lagi naik bau kari dia. Tetapi dah tak jadi mee kari Chinese style, sudah jadi melayu style

            **************************************************

RESEPI MEE UDANG/BANDUNG

************************************************

MEE UDANG ISTIMEWA

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
? kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
? sudu teh gula pasir 4 batang sawi
? kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE UDANG

Bahan-Bahan:
1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah ]
3 ulas bawang merah ] kisar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b lada hitam ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup ] mayang
5 biji tahu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]
Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng
stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendideh.
4. Masukkan udang dan biarkan mendideh.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.

Nota...taugeh tak payah dicelur supaya tersa kerangupannya bila dihidangkan

***************************************

MEE BANDUNG

                    ***************************************************

Mee Bandung Asli Muar

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

Pijarkan minyak dalam kuali

Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

Masukkan sos tiram

Masukkan udang, daging rebus

Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.
Tambahan:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE BANDUNG

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara
· Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
· Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
· Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
· Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
· Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
· Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Bandung Muar Asli
Sumber resepi/gambar maklang/cari.com.my
(utk hidangan 4 @ 5 org)

Bhn
Sawi-500 gm
Udang hidup-200 gm (letak skit udang kering yg ditumbuk ekkk.... kasi power skit mee bandung ni)
Telur-4 biji
Isi kerang-200 gm
Daging-100 gm
Cili Sos-5 sb
Tomato Sos-5 sb
Rempah Bandung - 6 sb
Kuah Rebusan Daging - 10 senduk

Bahan Tumis:-
Bawang merah - 5 sudu
Bawang putih - 1 sudu
Cili giling - 4 sudu

Cara

Tumis bahan di atas hingga naik bau.
Masukkan udang,kerang dan daging.
Masukkan cili sos dan tomato sos.
Masukkan air rebusan daing dan biarkan mendidih.
Masukkan rempah bandung dan sawi (boleh letakkan kemudian bila nak makan, takut layu sawi tu)
Masukkan garam.
Pecahkan telur dan masukkan satu persatu.Jangan sampai kuning telur pecah.Tutup sekejap.

Enak dihidang semasa panas.Taburkan daun sup,bawang goreng, cili jeruk,cili padi (jika suka) dan taburkan dengan sedikit kacang tumbuk...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE BANDUNG MUAR

200g daging
2 paket udang kering (rm2.50 satu)
cili boh...ikut suka nak pedas kasi banyak
udang 6-7 ekor udang
beberapa biji telur ikut berapa orn nak makan
mee dicelur
sawi
fish cake/ ball


cara membuat
kisar semua udang kering, campurkan cili boh dan udang kering sampai pecah minyak. kasi tarok bahan pertama nih kat dalam bekas lain.(bole simpan untuk lain kali).

daging tu potong nipis2 ikut la nak kotak ke nak aper ker pas tu rebus...(peringantan air rebusan tu jangan dibuang ader guna)

mula memasak(satu hidangan)
ambil 3 sudu dari campuran pertama(udang & cili digoreng) tumis sementara kita masuk sikit daging(yg telah direbus),fish cake, udang. masak sehingga udang tu masak. lepas tu masukkan air sebusan (sikit jerk kalau terlebih nanti cair) masukkan telur (ikut suka berapa banyak selalunya kalau 4 org masuk la 4 biji) lepas nampak macam nak masak jerk masukkan mee, sayur

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Bandung Asli
[dewi cari.com.my]

Bahan2 untuk kuah

Cili kering ( blender) - dlm 3-4 senduk ( nak pedas tambah lagi ler kalau tak kurang kan)
ayam ( potong kecik2)- 1/2 ekor)
udang (buang kulit) - kalau kaya sgt buh ler byk tak der buat rencah sikit pun jadik ler
fish kek ( potong nipis)
fish ball ( potong nipis gak)
keledek ( rebus) 1 kilo
daun sup & bawang
sos tomato. 1 botol kecik
bawang putih & merah untuk menumis
asam keping

bahan2 tabur

Daging ( di rebus pas tu potong nipis2 dan di goreng garam kunyit)
tahu ( goreng pas tu hiris tebal 1 tahu potong jadik 5-6 keping )
daun sup & bawang ( hiris halus)
cili merah ( hiris halus)
bawang goreng
telur rebus ( belah 2)
mee kuning ( celur)
limau nipis ( potong) sori lupa had nie tadi

Cara buat kuah

Tumis bawang sampai wangi dan tumis cili blender ... sampai wangi.
peh tu masukkan ayam, udang, fish kek & fish ball .
bahan2 nie sebenar nyer optional ader ayam & udang pun dah cukup.
dan masukkan asam keping dan sos tomato.

(petua : kulit udang yg kita siang tu jgn buang , basuh dan rebus kendian blender kan .
pas tu tapis ambik air nyer)

tunggu sampai bahan yg kita tumis tu bersama2 cili tu semua pecah minyak.
sementara tu belnder keledek yg dah rebus tadi. jgn cair sgt nanti kuah cair tak best. ( jgn ader ketul2 tau)

bila bahan tumisan dah masak masukkan air udang tadi ngan keledek .
tgk ler jgn pekat sgt dan jgn cair sgt. kalau pekat sgt tambah air sikit.
peh tu buh ler garam. rasa kasi cukup rasa masam manis nyer. biar didih seketika.

potong daun sup daun bawang sapanjang 3-4 inci panjang
dan masukkan dlm kuah. dah siap.

cara hidang:

bubuh mee dlm pinggan .bubuh tahu 2 keping, daging 2 keping , telur rebus sebelah.
tabur daun sup & bawang, cili & bawang goreng. tuang kuah kat atas

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Bandung Muar
[rodriguez CARI.COM.MY]

Bahan bahan:

1/2kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2kati sawi
1kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1cawan udang kering (mesin halus)
2cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4ulas bawang merah (mesin)
2ulas bawang putih (mesin)
daun sup
daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bahan2 utk Sup:
1/2kati tulang lemb* (direbus-simpan airnya
1sudu jintan manis (dimesin)
11/2sudu jintan putih (dimesin)
4ulas bawang merah (dimesin)
1ulas bawang putih (dimesin)
1inci halia (dimesin)
daun sup & daun bawang
1kuntum bunga lawang (penumis)
1kuntum cengkih (penumis)
1batang kulit kayu manis (penumis)
1biji buah pelaga (penumis)

Cara buat sup tulang (A) :
Tumis bhn penumis hingga wangi
kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya.
Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee (B) :
panaskan kuali.
Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
Bubuhkan 1/2cawan air rebusan daging.
biar seketika,
tambahkan garam & sedikit gula.
kemudian masukkan isi kerang & daging.
tambahkan sedikit air rebusan daging.
Biar hingga masak. ketepikan.

Cara nak makan mee (C) :
Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
Kemudian masukkan mee kuning,sawi,daun sup & daun bawang &
pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.
* seeloknya bila nak makan baru kita buat step (C) ni
sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE BANDUNG TULANG.

.sumber KZ

Bahan2 kuah:
1 kg. tulang lembu (direbus & simpan airnya)
300 gms ayam
1 labu bawang putih
10 ulas bawang merah
3 sudu makan cili boh
1 tin tomato soup
5 biji kentang (direbus & dilenyek)
2 sudu makan bijan
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.Tumis bawang putih & bawang merah yang telah dikisar halus. Setelah kekuningan masukkan cili boh
2.Masukkan isi ayam & setelah kekuningan masukkan bijan.
3.Masukkan tulang & airnya sekali (jadikan 8 cawan air rebusan)
4.Setelah menggelegak masukkan tomato soup & kentang.
5.Masukkan garam.

Elok dihidangkan bersama mee kuning yang telah di celur, sawi celur,telur rebus, tahu goreng, bawang goreng ,daun sup & cili

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Bandung Istimewa
Sumber resepi Jo/mesra.net
Gambar:noormasri/cari.com.my

Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning - dicelur
Sawi - dipotong dan dicelur
4 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng
Bawang goreng
3 tangkai cili merah - dihiris nipis

2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cawan udang - buang kulit
1 cawan daging - rebus dan hiris nipis
½ cawan sotong - hiris
4 sudu besar kacang tanah kisar yang digoreng tanpa minyak
4 sudu besar udang kering kisar
4 cawan air rebusan daging
2 biji telur - dipukul
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air, sos tiram, sos cili, kacang kisar dan udang kering. Rasa garam dan gula. Apabila mendidih masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan 2 minit. Masukkan telur dan kacau hingga pekat.

Cadangan Hidangan:
Letak mee, cili merah, tauhu, sawi ke dalam pinggan. Curahkan kuah. Tabur bawang goreng.

Tambahan:
Kalau nak pekat lagi kurangkan air rebusan daging

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber cranko/cari.com.my
1 kg Mee Kuning

Bahan2 A – di kisar halus
15 btg lada kering
2 biji bawang besar (atau gunakan 15 biji bawang kecil)
4 biji bawang putih
2 sdm udang kering
sedikit belacan


Bahan2 B
100 gm udang – buang kulit (tinggalkan ekor)
150 gm daging lembu –dicincang (atau guna daging yg di potong nipis2)
100 gm isi ayam – di potong nipis2
50 gm sawi - potong kecil
50 gm kobis hijau - potong kecil
4 biji tomato potong 6
2 sdm makan tomato puree (boleh di ganti dgn tomato sos)
4 sdm kicap manis
4 biji telor
air secukupnya (dlm 5 cwn)
1 cube ayam knorr (optional)
garam & gula

Cara

Tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan daging lembu - masak sebentar dan masukkan air, tomato puree, kicap, isi ayam dan udang. Biarkan kuah mendidih – rasa garam & gula
Masukkan sawi, kobis. Biarkan sebentar dan masukkan mee. Kacau sebentar dan pecahkan telor sebiji- sebiji dan biarkan telor setengah masak.
Hidangkan dgn tomato yg di potong tadi

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber resepi/gambar dillaOhdilla.wanitamelayu.com

MEE BANDUNG SANTAN

1 kg mee atau makarona & 10 ekor sotong (dipotong)
200 gm udang kering & ½ kg udang besar
3 camca besar cili boh atau cili serbuk
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diperah ambil santannya) 10 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
4 ulas bawang putih & 5 sm halia
¼ kg sawi atau sabaneh & 10 biji telur
Sedikit garam, daun bawang
Cara:
Bawang merah, bawang putih halia dan udang kering dimesin hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimesin bersama cili boh hingga naik baunya. Masukkan sedikit air dan santan. Bila mendidih, masukkan sotong, udang dan garam. Sawi dan mee dicelur berasingan. Telur digoreng mata kerbau. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahannya

1 kilogram cili kering,

1/2 kilo udang kering,

5/6 ulas bawang putih

Tumiskan bawang putih, pas tu,
masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering
yang dah dikisar..biar sampai masak... bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang
pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan
ke dalam bekas kecil tu... tapi mesti simpan dlm freezer ya.....Selamat mencuba!!!!

Dari resepi ibu Jaja cari.com.my

*********************************************************

MEE SIZZLING/MEE HAILAM/MEE KANTONIS/MEE HONG-KONG/MEE SIAM

****************************************************

SUMBER GAMBAR KAK LIZA/CARI.COM

MEE HAILAM

Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara
· Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
· Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
· Masukkan sayur2 an dan mie.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sumber/gambar dillaOhdilla.wanitamelayu.com

MEE HAILAM ISTIMEWA

Bahan-bahannya:-

- 300 gm mee kuning
- 1 camb teh minyak ikan
- 1 camb teh sos tiram
- 1 camb teh gula
- 1 cam teh kicap pekat
- 1 camb teh cili boh
- 1 camb teh tepung jagung
- Sedikit minyak bijan
- 1 ulas bawang putih dikisar halus
- Serbuk perasa
- 50 gm ayam
- 50 gm sotong
- Sedikit sayur-sayuran seperti sawi, karot, putik jagung, daun saderi dan cili
merah
- 2 cawan air sup (tulang ayam)

Caranya Menyediakannya:-

1. Celurkan mee kuning dgn sedikit air panas, kemudian angkat dan letakkan
dlm pinggan
2. Tumis ayam, sotong dan bawang putih sehingga kekuningan dan tunggu
sehingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan sup, sos tiram, gula, kicap pekat dan biar sehingga
mendidih
4. Masukkan semua bahan sayur serta tepung jagung. Apabila masak
angkat, hias dan hidangkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bihun Hailam

Bahan-bahan

1 packet bihun, direndam dengan air , hingga lembut dan kembang,
toskan
2. 6 ulas bawang putih, diketuk
3. 6 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4. sedikit halia, ditumbuk
5. 2 cawan sawi, dipotong seinci
6. ½ cawan udang basah, dibuang kulit
7. ½ cawan isi ayam, dipotong nipis
8. ½ cawan bebola ikan/udang/sotong, dibelah dua
9. 2- 3 sudu makan lada hitam/lada sulah, ditumbuk
10. 2 sudu makan sos tiram
11. 1 cawan stok ayam
12. Gula dan garam secukup rasa.
13. Minyak


Cara

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia, hingga naik bau
3. Masukkan udang dan ayam dan goreng hingga putih.
4. Masukkan bebola ikan, sos tiram, gula dan garam, gaul rata
5. Masukkan stok ayam dam bihun, gaul rata
6. Akhir sekali masukkan sawi dan gaul hingga sawi layu.
7. Sedia untuk dihidangkan dengan kicap cili.

Kicap cili

10-15 biji cili padi dihiris + jus drdp. 1 biji limau nipis + 3-4 sudu kicap
manis. Gaul Rata.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE KANTONIS

Bahan
600 gm mee kuning /kuetiaw
2 biji telur [pukul]
200 gm udang basah
250 gm ayam (dihiris)
150 gm fish cake
30 gm bawang putih (dicincang)
200 gm sawi
100 gm carrot[hiris nipis]
100 gm bunga kobis [potong kecil]
1 s/b lada putih/sulah
1 s/b tepung jagung
2 sudu besar minyak
1 cawan air rebusan ayam
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan masukkan mee/kuatiaw dalammnya. Angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah dan garam.
4. Masukkan sayuran dan biarkan mendideh sikit.
5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
6. Angkat kuah dan curahkan atas mee/kuetiaw dalam pinggan.
7. Hidangkan panas2 bersama bawang goreng.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mee Hong Kong
Sumber dari cranko cari.com.my

Bahan-bahan
mee kuning / mee hoon (pilih yg mana suke)

daging - hiris nipis
isi ayam - potong dadu kecil
udang - bersihkan kulit tapi tinggalkan ekor
sotong - potong kecil2
Fishcake - hiris nipis
sawi - potong kecil
lobak - hiris tipis
kobis - potong kecil

bawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)
lada sulah - biar lebih sikit
tepung jagung -tuk memekatkan kuah
air rebusan kulit udang (untuk kuah)
sedikit garam

Cara :

1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing dan masukkan daging hingga daging empok sedikit.
2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, carrot, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi dan kobis masak dan hidangkan panas bersama lada ijau jeruk....

nota :

air rebusan kulit udang tu boleh di tukar ngan air biasa dan sedikit sos tiram.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SIZZLING MEE

Bahan-bahannya
150g mee telur ('yee foo mein')

Bahan Sos:
150g daging ayam (tanpa tulang)
3 keping cendawan hitam - direndam, jangan dipotong
25 g lobak merah, dihiris & dicelur
1 camb jus halia
1 camb sos masam manis

Bahan Perasa
1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
3 camb minyak masak
1/2 camt minyak bijan
garam secukupnya
1/4 camt gula
secubit serbuk lada hitam
1 camt tepung jagung
1/2 camt serbuk pati
1 cawan air rebusan ayam/air

Cara-caranya
Celur mee di dalam air panas agar ia lembut. Sejatkan di dalam penapis dan kocak di bawah air paip. Isikan mee di dalam pinggan. Masukkan 1/2 camb minyak dan 1/2 camt minyak bijan, kacau rata dan biar sebentar.

Untuk kuah: Panaskan 2 camb minyak, masukkan jus halia, cendawan dan ayam. Kacau rata kemudian bubuh air rebusan. Bila mendidih, perlahankan api selama 5-8 minit. Masukkan lobak merah dan tepung jagung (larutkan dengan sedikit air). Panaskan hot plate di atas api sederhana hingga betul-betul panas. Angkat dan letak di atas bekas kayu khas. Letak mee di atas hot plate dan tuangkan semua kuah. Hidangkan dengan hirisan cili merah dan cili padi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

CLAYPOT YEE MEE

Bahan-bahannya
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara-caranya
Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali. Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak. Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje. Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


YEE MEE SIZZLING DAN AYAM

Bahan-Bahannya
1 keping mi yee
80 gm daging ayam
1 tangkai sayur choy sam
Sedikit lobak merah

Bahan untuk Sos
3 cawan stok ayam
1 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit tepung jagung + air
Garam, minyak masak & serbuk lada sulah


Cara Menyediakan
Mi dicelur dalam air mendidih. Angkat & toskan. panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan sedikit bawang putih hingga garing. Masukkan stok ayam, sos tiram, minyak bijan, garam & lada sulah. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung & kacau hingga kuah pekat. Tumiskan lebihan bawang putih & daging ayam. Masukkan sayur-sayuran & sos pekat tadi. Masukkan mi yee & masak selama 2 minit. Pecahkan telur & biarkan mendidih. Tutupkan api. Panaskan pinggan sizzling hingga cukup panas. Masukkan mi yee tadi & hidangkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE SIAM KELUARGAKU
Sumber diana/cari.com.my

Bahan-bahannya
1 bungkus mi siam cap lada merah (dicelur dengan air panas dan ditoskan)
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
1 cawan tauchu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

Bahan untuk hiasan
5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
limau kasturi, dibelah 2
sambal tumis, jika suka

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya. Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.

Cara untuk kuahnya
1. Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.

Cara untuk menghidang
1. Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hokkien Hitam Pekat

500g (1lb) mee gandum oriental / atau mee spghetti atau Mee Udon Japanese 

3 senduk minyak
5bj bwg. putih (hentak dan dipotong)
150g (3/4 cawan) dada ayam, dipotong nipis
150g (3/4 cawan) udang sederhana besar, dibuang kulit

150g (1/2 cawan) sotong segar, dipotong bulat spt. cincin sepanjang 3cm.(1in)
150g ( 3 cawan) sayur sawi potong setiap 4 cm (2 in )
150g (1 cawan) kubis cina atau kubis biasa yg bulatdipotong 1 cm (1/2 inci tebal)


Bahan Kuah

2 1/2 sudu besar kicap hitam pekat
1 sudu besar kicap biasa atau 'light soya sauce'
1 sudu besar sos oyster
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu kecil tepung jagung
250 1ml (1 cawan) air

Hidangan untuk 4 orang
Masa Penyediaan: 30 mins
Masa memasak: 20 min

1. Campurkan segala bahan kuah ke dalam manguk, dikacau mesra dan diasingkan. Jerang 1 1/2 liter atau 6 cawan air ke dalam periuk sehingga mendidih. Tambahkan mee ke dalam air yang mendidih sehingga ia menddih sekali lagi dan mee yang direbus menjadi lembut. Campurkan sedikit minyak ketika menjerang untuk mendapat mee yang berkilat . Tapiskan mee yang sudah lembut sehingga agak kering.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi dan keperangan.
Tambah dada ayam dan udang di kepanasan api yang tinggi selama 2 minit, sebelum menambah sotong. Teruskan menggoreng seminit dua lagi sehingga nampak semuanya agak masak. Sekarang masukkan kuah yang diasingkan tadi ke dalam kuali dan tunggu sehingga ia mendidih.
Bila mendidh barulah masukkan mee yang telah diasingkan ke dalam kuali dan kacau dgn. api yg. tinggi selama 5-7 minit.

3. Tambah daun sawi dan kubis dan teruskan mengacau kuali selama 2-3 minit dan teruskan penggunaan api yg paling tinggi (ingat masakan cina selalu menggunakan api yg tinggi untuk menghasilkan rasa yang agak unik di dalam masakan ).

4. SIAP!. Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE SIAM PONTIANAK
Sumber: Mami Asmah Laili (Dapur Mami)

Bahan-Bahan

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT SAMBAL
500 gram udang yang sedang besarnya. Kupas kulit dan pisahkan kepala dari badanya.
Kepala udang hendak digunakan untuk perencah sambal. Gunting muncung udang
yang tajam-tajam dan ketepikan.
Kisar kepala dan kulit udang dengan air dan tapis - ketepikan

KISAR HALUS BAHAN-BAHAN BERIKUT INI
DENGAN AIR KEPALA UDANG

30 batang cili kering – buang biji, cuci bersih dan rendam dengan air panas hingga
lembut (boleh ditambah atau dikurangkan)
20 ulas bawang kecil
8 ulas bawang putih
1 sudu teh tauco (cuci bersih)
1 sudu makan rata belacan

BAHAN-BAHAN LAIN YANG DIPERLUKAN IALAH
3 keping tauhu dipotong dadu kecil
1 mata asam
3 sudu makan minyak
? kotak santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KUAH MEE
6 biji bawang putih – dikisar halus
2 atau 3 sudu makan rempah sambal yang diketepikan tadi
180 gram tauco – cuci sebentar sehingga hilang masinya
1 sudu makan asam Jawa – diramas dengan 3 cawan air, kemudian ditapis
2 sudu makan gula

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MEENYA
1 kilo mee laksa
? kilo tauge – dibersihkan, cuci dan toskan
50 sen kucai – cuci bersih dan potong 3 cm panjang
10 biji limau kasturi – belah dua
Garam dan gula secukup rasa.

Cara Cara

PERATURAN MEMBUAT SAMBAL

1. Tumis minyak dan santan sehingga kekuning-kuningan (jadi tahi minyak). Masukkan
bahan kisar dan tumis sehingga naik aromanya. Masukkan udang hidup dan
tauhu. Masukkan sedikit gula dan garam. Lebihan rempah dalam pengisar dicampur
dengan sedikit air dan ramas dengan asam, dan tuangkan kedalam kuali sambal.
Kacau rata sambal dan masak lagi sehingga ia mendidih dan pekat sedikit.

2. Ambil 2 hingga 3 sudu makan sambal itu dan ketepikan. Ini untuk dimasukkan
kedalam kuah mee. Lebihan sambal didalam kuali dibahagi dua. Satu bahgian
dijadikan sambal, dan yang satu bahgian lagi, hendak digoreng dengan mee.

PERATURAN UNTUK KUAH MEE
Gaul rata semua bahan untuk membuat kuah mee dan mendidihkan dua tiga kali.
Rasanya haruslah masam, manis dan masin.

PERATURAN UNTUK MEE
1. Panaskan kuali. Masukkan 1 bahgian sambal yang diketepikan tadi dan panaskan.
Masukkan ? bahgian tauge dan kucai, gaul rata. Masukkan mee dan gaul lagi
Sehingga rata. Masukkan baki tauge dan kucai. Balek-balekkan dan biarkan ia
masak sebentar. Rasa. Jika ada yang kurang tambah.

2. CARA MENGHIDANG – Mee dihidang dalam pinggan yang mungkum sedikit.
Letakkan sedikit sambal diatasnya, curahkan kuahnya, dan perahkan jus dari ?
limau kasturi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SUMBER RESEPI/GAMBAR DARI HANIELIZA.TK

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

*************************************************

ANEKA MEE/BIHUN/KUETIOW GORENG

***************************************************

CHICKEN NOODLES
Sumber dr diana


Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair

1 gumpal mee wantan
1 sudu besar sos abalone
1 sudu teh kicap cair
1/4 cawan air rebusan ayam
secubit serbuk lada putih
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa

sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur

Cara untuk Ayam
Ayam dibersihkan. Panaskan air secukupnya untuk tenggelamkan ayam tersebut didalam periuk. Rebus ayam tersebut sehingga masak. Angkat ayam dan celup dalam besen berisi air sejuk. Cara ini supaya kulit ayam cantik. Angkat ayam dan gantung toskan dan sehingga betul2 kering. Campurkan minyak bijan dan kicap cair dan sapu diseluruh kulit ayam tersebut, perap selama 10 minit. Kemudian boleh goreng dimana minyak panas dituang diatas keseluruh badan ayam selama 10 minit, sehingga kulit ayam nampak garing dan isinya lembut dibahagian dalam. Angkat gantung dan toskan. Bila nak hidangkan dengan mee, potong ikut citarasa anda.

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos abalone, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama daging ayam yang telah dipotong dan sayur pak choy.

NOTA: Kalau suka boleh juga letak cendawan shi.take yang telah dicelur.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Char Keow Teow Goreng Ala Penang

Bahan:
120g koew teow
40g taugeh
10g daun kucai
20g minyak masak
30g udang basah
20g isi kerang
20g sotong basah
1 biji telur
1 sudu kicap hitam (pekat)
1 sudu kicap cair
1 1/2 sudu cili boh
sedikit garam dan lada sulah

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, keow teow dan telur. Masukkan udang, sotong dan isi kerang.
2. Goreng sehingga masak. Campurkan sedikit cili boh, kicap cair dan kicap pekat.
3. Akhir sekali masukkan taugeh bersama daun kucai.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sumber dr diana/cari.com.my
MEE GORENG KICAP ANAKDA HAFIZ

Bahan-bahannya
1 kg mee kuning
4 batang lada merah, dihiris
3 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
300 gram daging, dipotong nipis dan perap dengan 1/4 cawan kicap dan 1 sudu teh serbuk lada putih selama 15 minit
200 gram udang, dibersihkan
seikat sayur sawi, dibersihkan dan potong kecil
2 biji telur
8 sudu besar sos cili
8 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)
minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dikuali, masukkan bawang putih, lada dan bawang yang telah dihiris dan tumis sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan gaul sebati.
2. Masukkan daging yang telah diperap dan tumis sehingga daging masak, kemudian masukkan 1/2 cawan kicap dan 1 cawan air bersama garam dan serbuk perasa.
3. Bila kuah telah mendidih, masukkan udang. Telur dihancurkan dan masukkan dalam kuah sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kuahnya akan memekat sedikit.
4. Masukkan sayur dan bila sayur telah mula layu, masukkan mee kuning dan gaul rata.
5. Angkat dan hidangkan. Boleh taburkan dengan bawang goreng jika mahu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sumber: Mami Asmah Laili (Dapur Mami)
MEE HOON KLASIK

Bahan A
1 bungkus mee huun , cuci bersih, toskan sehingga kering. Goreng dengan sedikit minyak, balek-balekan dan tuangkan kicap manis 1 cawan. Kirai-kiraikan semasa mengoreng supaya kicapnya rata dan meenya garing. Bila hendak mengunakan ambil sebahgian dan simpan lebihanya didalam peti sejuk.

Bahan B
1 keping fish kek (goreng dan hiris)
1 sudu makan bawang putih kisar/dadu
6 ekor udang hidup
Sedikit daging
Sedikit sotong
1 sudu makan lada putih kisar
1 sudu makan kicap cair
Setetes kicap hitam
? kilo sawi
1 tin cendawan butang
Sedikit sos tiram
Stok (rebusan tulang-tulang daging) atau air
Bawang goreng
Hirisan daun bawang
Lada jeruk

Cara Cara
1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Tumis bawang putih sehingga garing . Masukkan daging dan sotong. Bila lembut msukkan udang. Tuang sedikit stok/air dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan lada putih, kicap cair, kicap hitan dan sos tiram.
Tambah lagi air dan biarkan mendidih lagi.

2. Masukkan ? bahgian mee yang digoreng kicap. Gaul rata. Jika stoknya kurang tambah lagi. Semasa meenya ? masak, masukkan sawi dan cendawan. Balek-balekkan dan matikan api.

3. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang, hias dengan fish kek dan lada jeruk. Enak di makan panas-panas.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

 

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE GORENG MAMAK

Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin..nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar ---cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiriskan]
3 s/b kuah kacang [kak liza selalu gunakan kuah satay tu jer]


Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan pula fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
3.Masukkan kicap, kuah kacang dan mee. Kacau rata.
4. Masukkan taugeh dan sawi.
5. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
6. Masakkan mee agak kering.
7. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan cili hijau.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Fried TomYam Noodle

[kakmas cari.com.my]

A/
1 paket vietnamese rice noodle atau apa2 noodle-rebus macam spaghetti
udang
ayam
daging atau apa2
air skit
tauge

B/Blend
6 bawang merah
6 bawang putih
2 serai
2 bunga kantan
1 cawan udang kering-rendam

C/
1 bawang besar-mayang
cili padi hiris- ikutlah nak pedas mana
dalam 5 Tb tomyam paste
garam
gula
kicap pekat
pepper
air perahan limau kasturi skit

1. Tumis blended B. Masukkan udang, ayam, daging atau apa2 yang nak dimasukkan.
2. Masukkan pula bahan C. cukupkan rasa.
3. Masukkan noodle, gaul rata, kalau kering, tambah air skit.
4. Akhir sekali masukkan tauge dan tutup api.
5. Boleh ditabur telur dadar, daun sop dan cili merah hiris di atas.
6. Sedia untuk dingap...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SUMBER KAK LIZA

KUETIAW GORENG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
100 gm daging
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
2 biji telur [pukul sikit]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.
4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.
5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kue Tiaw Goreng – Style Cina 

1 kilo kue tiaw
200 gm taugeh

4 sdm lada kering kisar )
1 biji bwg besar ) mesin halus
sedikit halia )
1 biji buah keras )
1 gengam udang kering )

15 ulas bawang putih – di tumbuk halus
1 cwn air
4 biji telor – di pukul sedikit
1 cwn udang segar yg di buang kulit – tinggalkan ekor saja
1 cwn isi kerang mentah
sedikit daun kucai yg di potong2 dlm 1 inci panjang


Sos
2 sdm light soya sauce
2 sdm kicap manis
3 sdm sos tiram
3 sdm dark soya sauce
1 sdm sos ikan (nam pla)
1 sdm gula
1 sdm garam

- Bancuh semua bahan2 ini di dlm sebuah mangkok kecil sebelum mula memasak.

Cara mengoreng kue tiaw

1. Panaskan minyak di dlm kuali diatas api yg besar.
2. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan lada kering yg di kisar tadi dan masak hingga garing.
4. Masukkan Kway teow, udang dan isi kerang dan goreng sebentar.
5. Masukkan dari sos kicap tadi dan gaul hingga benar2 sebati dan rasa samada 
cukup rasanya. Jika kurang perlu tambah garam atau kicap manis.
6. Masukkan telor yg di pukul tadi dan goreng lagi hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan kucai & taugeh - gaul sebentar dan matikan api. 
Sebaiknya taugeh tu biar jgn masak sgt.. biar masa makan tu bunyi krapkrup.
8. Hidangkan bersama taburan bawang goreng

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

BIHUN GORENG

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
200 gm kobis [potong halus]
250 gm sawi [potong kecil]
1 batang carrot [racik halus saperti batang mancis]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

bahan mesin/tumbuk
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan kobis dan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

BIHUN GORENG SINGAPORE [PUTIH]

bahan-bahan :

bihun putih kasar- direndam sampai kembang then toskan
cendawan kering - direndam n hiris nipis
sawi/kailan/kubis - dihiris
bwg putih - cincang [taruk byk2 tauu]
cili merah-di hiris/cili padi - dibelah tengah 
lada hitam - tumbuk kasar
isi ayam/udang/

sayur campur
sos tiram
kicap cair

2 sudu teh lada putih/hitam
garam gula secukup rasa
minyak utk menumis

garnishes:
daun sup n bawang
bwg goreng
telur dadar-hiris nipis

panaskan minyak masak..then tumis bawang putih hingga keemasan then masukkan lada hitam dan hirisan cili merah..kacau sebentar
masukkan isi ayam/udang..masukkan sos tiram n kicap cair..
masukkan semua sayuran..then tambahkan bihun
kacau hingga masak..tambah sedikit air jika perlu

***************************************

RESEPI BIHUN/MEE SUP

*************************************************

 

Bihun sup fish ball
resepi chef wan/gambar dr long cari.com.my

300 grm mee/ kue-tiew beras
10 cwn stock ayam
1/4 cawan ikan bilis dibersihkan
4 sudu besar lobak masin
1 sudu teh lada putih
30 biji fish ball
beberapa keping taukua goreng dahulu

untuk sos
4 sudu besar kicap
dan sedikit cili potong.....disatukan bersama

untuk hiasan
potong daun bawang halus
fish cake dipotong 2
goreng taukua
sawi celur
tauge celur
boleh juga ditambah sotong ,ketam, udang..dsb

cara membuat.

Celur bihun..sprt biasa,
Renihkan stok ayam,ikan bilis,lobak masin,dan lada kedalam periuk....didihkan selama 20 minit..boleh ditambah air klu suka..dan (klu mahu wangi boleh mskkan sedikit halia,dan bawang putih tp jng banyak..kemudian tapis supaya mendapat kuah yg putih jernih
Last mskkan fish ball..biar sehingga ia timbul terapung

cara makan..
masukkan mee kedlm mangkuk,masukkan bahan hiasan..letakkan sup.. dan sos kicap..sedap dimakan terus setelah masak..makan tngh panas2

SELAMAT MENCUBA SUP YG SNGT JERNIH..DAN BEST

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Mi Sup Rebus

Bahan:
100 grm
250 ml air
1 paha ayam
1 lembar daun sawi hiris halus
2 batang daun bawang hiris halus
1 batang saleri hiris halus
1 buah tomato
1 sdt sos ikan
1 telur rebus
bawang goreng untuk taburan
garam dan chicken block (kiub)
1 sdm minyak untuk menumis

Bumbu yang dihaluskan:
2 ulas bawang putih
2 biji buah pelaga
1 sdt udang kering

Cara Memasak:
Tumis bumbu yang sudah dihaluskan sampai wangi, lalu masukan tomato, dan air, Biarkan sampai daging ayam masak.
Setelah ayam empuk, keluarkan ayam dan carit2 (tunggu sejuklah) Masukkan daun sawi, daun bawang, salery, garam dan chicken block. Tunggu sehingga daun agak layu sedikit lalu masukan mi basah.
Biarkan mendidih sebentar, lalu angkat dan sajikan dengan isi ayam, bawang goreng dan irisan telor rebus.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PENANG HAE MEE/PRAWN MEE SOUP

A/
500gm udang-buang kulit dan asingkan
1/2 ekor ayam atau 1 ekor tulang ayam
3-4 liter air

B/ Blend dan tumis dgn minyak
15-20 mangkuk cili kering - rendam air panas (nk lagi pedas boleh tambah)
1 ½ cawan bawang merah
½ cawan ikan bilis/udang kering-rendam

C/Seasoning
gula batu
garam
1 chicken stock

D/
Fishball
Fishcake

E/Garnishing
Telur rebus
Bawang goreng
Cili merah/cili padi
Kangkung
Tauge
Udang
Ayam (optional)

F/
Mee kuning atau mee hoon-celur

G/Sambal
15 bawang merah
3 bawang putih
3-4 Tb cili boh
Belacan sikit
Garam sikit

1. Cuci udang, buang dan tepikan kulit dan kepala udang. Tumis kepala dan kulit udang dgn sambal B sikit dan campurkan air dalam 3-4 liter. Masukkan sekali tulang ayam. Atau jika nak guna isi, boleh guna dalam separuh ayam, rebus sekali dalam 30minit , angkat ayam dan carik-carikkan isi dari ayam dan campak balik tulang dalam air rebusan. Atau nak senang beli je tulang ayam. Rebus dalam 1 ke ½ jam.
2. Lepas rebus, tapiskan stok tadi ke dalam periuk lain dan boleh tambah lagi air kalau tak cukup.
3. Masukkan sambal B yang dah ditumis, dan bahan C, biar masak atas api perlahan. Masukkan D, ini optional tapi lagi byk isi lagi best. Test rasa cukup ke tak. Biar masak lama sikit dan tutup api.
4. Bahan2 rencah kangkung dan tauge bolehlah dicelur. Udang tadi dihiris dua dan dicelur dalam stok sekejap dan angkat,tapis air dan letak dalam bekas rencah.
5. Bahan sambal di blend dan kemusian ditumis dgn minyak hingga kering, cukupkan rasanya.
6. Utk makan, bubuh sama ada mee kuning atau mee hoon dalam mangkuk atau kedua2 sekali, tabur garnishing , tuang soup panas2 dan ambil sambal….

GAMBAR RENCAH PRAWN MEE SOUP

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

MEE CALONG[Kak Hanieliza]

Bahan
1 rangka ayam {potong kecil]
500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
1 pokok daun sup [hiriskan]
1 batang carrot [potong kecil]
3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
3 biji cili merah [hiriskan]
bawang goreng
garam
air secukupnya
2 s/b minyak
1 kiub ayam [maggi atau knor]

Bahan tumbuk/mesin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam

Bahan Sos Kicap Pedas
15 biji ciliapi ] tumbuk halus
1 ulas bawang putih]
2 s/b kicap cair


Bahan Calong
2 ekor ikan selayang [ambil isi saja]
1 s/k lada hitam tumbuk
sedikit tepung jagung
sedikit garam

Cara.
1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
7. Masukkan sawi/kailan.
8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

MEE/ BIHUN/ KWAY TEOW SUP TULANG

(hidangan 4 -5 org)


1.5 kg tulang lembu
2.5 liter air
3 camB. minyak
5 cm lengkuas (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang (2 kelopak ditumbuk)
6 kuntum bunga cengkih
15 ulas bawang merah} dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt. serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya

BAHAN SAMPINGAN
4 keping mee telur (dicelur lembut)/mm/bihun/kway teow
500 g perut lembu (direbus & dihiris)
300 g. tauge (dibuang ekor & dicelur)
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 biji telur (direbus)

BAHAN SOS CILI PADI
8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camB. kicap manis
garam & gula secukupnya
1. Jerang tulang dengan air hingga hampir mendidih.
2. Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cen