2006-09-13

      

 MINUMAN SEJUK & PANAS

*************************************

**Jus & Sirap**

JUS TEMBIKAL

Bahan-Bahan :
600 gram tembikal tampa  biji, cincang
125 ml air jus limau manis
125 ml air jus lemon
75 gram gula kastor
150 gram strawberi segar, bersihkan, belah-belah

Cara Mengolah :


1. Campur tembikal, jus limau dan gula.
2. Blender hingga halus.
3. Simpan dalam petiais hingga beku.
4. Masukkan belahan strawberi.
5. Tuang dalam gelas-gelas saji.
6. Sajikan segera.

Bandung Kacang Merah 

[rodriguez]

bahan
1. sekotak susu segar
2. setin kacang merah
3. setin jagung cream
4. sedikit sirap
5. ais beberapa ketul

masukkan semua bahan ke dalam satu bekas...sebatikan...siap dan hidangkan kepada tetamu semasa berbuka puasa.


Air Bandung Selasih

[finnie]

Bahan-Bahan:
sikit sirap ros
1 gelas susu cair
1 gelas 7 up
selasih sikit(rendam dalam air panas bagi kembang)
1 cawan cincau(potong kecik2)  
Ketul air batu secukupnya

Cara:
campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan ketul air batu baru dihidangkan.

SIRAP ROS 

1 kg gula
2 atau 3 tutup botol esen pisang (dlm botol kecik cap apa entah tu) - guna penutup dia sebagai penyukat
1 tutup botol perisa ros


rebus gula dgn air, dah menggelegak, masukkan perisa pisang & ros tu... dan juga masukkan pewarna
pastu masak lagi, sampai pekat... ikut suka la kepekatan mana yg  nak..

AIR BANDUNG CINCAU 

[hanieliza]

Bahan
1 cawan cincau [di potong dadu/kecil]
1/2 cawan susu pekat
1 cawan ice cream soda [jika suka]
1 liter air sejuk [cold water]
pewarna merah
ketulan ais

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam juga dan kacau.
2. Hidangkan sejuk

Mangga Smoothies

Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan

100 gr Plain Vanilla Yoghurt (Non Fat, jika suka)

100 ml NESTLÉ® Low Fat Milk UHT

2 sdm Madu

1 scoop NESTLÉ® Ice Cream Classic Mangga

 Cara membuat :

     * Masukkan NESTLÉ® Ice Cream Mangga dan semua bahan lain ke dalam blender, proses hingga halus.


Jus Pineapple

Bahan-Bahan:
1 biji Pineapple (buang kulitnya)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
4 sudu besar gula
1/2 cawan air panas
4 cawan air sejuk
Beberapa ketulan ais batu

Hiasan:
Pineapple di potong dadu
1 biji ceri
@ helaian daun pudina ( kalau suka)

Cara Membuatnya:

1. Pineapple dimesin bersama gula.

2. Kemudian tapis, masukkan dalam jag.

3. Masukkan air panas dan kacau hingga sebati.

4. Kemudian masukkan air sejuk bersama ketulan ais batu.

5. Hias dan hidangkan dalam gelas.

 

AIR LIMAU ASAM BOI [pink_frog]

Buah limau kasturi
Asam boi bulat (bukan serbuk)
Gula
Air

Campak semua bahan dalam blender, agak2 la kuantiti nyer, tekan butang 'on' dalam seminit....pastu


Soda Lime

Sumber dari web www.aprilisa.multiply.com
Ingredients:
air soda secukupnya (yang manis boleh)
1 biji jus limau nipis 
gula secukupnya

Directions:
semuanya di campur sahaja.... limau diperah, terus masukkan ke dalam air soda bersama2 gula...kucai rata.. Sekiranya air sodanya manis macam Sprite atau 7up tak perlu diletakkan lagi gula
Air sodanya boleha diganti  air sejuk biasa...

ORANGE YOGURT DRINK

 

[hanieliza]

Bahan
1 liter oren jus Feel Fresh
1 cawan [125 ml] yogurt asli
1 biji oren sunkist [jika suka]
1 s/b oren sunquick [sebagai pewarna]
2 s/b gula [jika suka]
Ais kiub

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali ais kiub dalam mesin dan mesinkan. [Boleh tambah gula sikit jika nak manis]
2. Hidangkan dalam gelas dengan ais kiub.

 

 

 

Strawberry Chocolite

Sumber : Sahabat Nestlé

  Bahan

200 g strawberry, potong dua

20 g NESTLÉ DANCOW Strawberry

200 ml air

3 sdm gula pasir

30 g NESTLÉ DANCOW Cokelat

100 ml air

2 sdm madu

200 g ais batu

Taburan:

Cokelat

Krim putar

 Cara membuat :

 * Simpan strawberry dalam frezer hingga beku.

* Masukkan DANCOW Cokelat, air, madu dan ais batu dalam mangkuk blender. Proses hingga halus.

* Tuang ke dalam 2 gelas saji.

* Masukkan ke dalam mangkuk blender, tambahkan DANCOW, air dan gula pasir. Proses hingga lembut.

* Tuang ke dalam gelas berisi cokelat.

* Beri bahan Taburan. Sajikan dingin.

 # Selain strawberry boleh juga buahan lain sesuai selera; kiwi, pepaya, nanas atau watermelon.  

ABC - air buah campur

[ninoZ]

selection of your fav fruits.. kombinasi yg best, yg balance masam n manis

tembikai, oren sunkist, epal, nenas, belimbing + air masak [nenas dgn sunkist jgn byk sgt]..blend together sampai halus pastu tapis [x tapis pun ok..byk serat]
pastu perah limau nipis sket..taruk air gula sket [or blend je gula dgn juice]
masukkan dlm gelas..taruk ketulan ais
sedia utk di minum

variasi:
leh taruk ais cream soda pun sodap gak
taruk crushed mint leaves [or blend je sekali] pun bleh gak bagi yg suka rasa minty

MILO Ice Vanilla

Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan

150 ml MILO® Ice Kental Manis

250 grm Ais ketul

2 scoop NESTLE® Ice Cream Vanilla

Isi :

1 bungkus Jelly serbuk rasa coklat

350 ml air

50 gr Gula Pasir

 

Cara membuat :

* Siapkan bahan Isi terlebih dahulu : campur semua bahan isi lalu masak hingga mendidih. Tuang ke dalam bekas lalu biarkan hingga beku. Potong dadu kecil.

* Campur MILO® Ice dan ais ketul, tunggu hingga lembut, masukkan NESTLÉ® Ice Cream Vanilla, aduk rata.

* Masukkan potongan jelly cokelat ke dalam gelas, tambahkan larutan MILO® Ice.

* Sajikan dingin segera.  

 

SMOOTHIES 

[Neksu]

Bahan2:
1 cawan soya milk/ fresh milk/yoghurt
1 biji pisang
5 biji strawberries
1 biji orange

atau apa jenis buah buahan yang di gemari:
peaches/mangga/nenas/kiwi/jambu batu/apple
avocado...dll

Masukkan kesemua buah buahan dan susu kedalam
blender dan blend sampai smooth.
Hidangkan kedalam gelas.
Kalau suka boleh dihias dengan potongan buah buahan
dan almonds/cashew nuts/pine nuts

Kalau nak minuman yang lebih sejuk, boleh di masukkan
beberapa ketul ice kedalam blender.
 

 

Cookie Frappuccino

Sumber : Sahabat Nestlé

 

Bahan

100 ml air ais

50 ml susu cair sejuk

2 sachet @ 2 g NESCAFE®Classic

3 sdm sirop gula

4 buah biskuit Oreo, buang krimnya, hancurkan

1 skop ais krim vanila

100 g ais ketul

Topping:

Whipped cream

Cokelat serbuk

Cara membuat :

* Larutkan NESCAFE ® classic dengan air ais hingga larut.

* Tambahkan susu dingin.

* Masukkan ke dalam mangkuk blender.

* Tambahkan sirop gula, ais krim dan ais serut. Proses hingga lembut.

* Tambahkan oreo, aduk rata.

* Tuang ke dalam gelas saji.

* Beri topping, sajikan dingin.

Tips : 

#Oleh Kerana ais ketul dicampurkan dalam larutan kopi awal, sebaiknya sajikan segera setelah diaduk agar lebih terasa kopi  

  cappucino shake 

 [harleena]

Bahan-Bahan:
1 cawan milo
1 cawan cappucino
3 sudu nescafe
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu susu tepung
4 gelas air masak
sedikit ais batu

Cara Membuatnya:

masukkan air,milo,cappucino,nescafe dan susu tepung ke dalam pengisar makanan(blander)yang bersih dan tiada bau.kisar kan bahan2 tersebut dalam 3 minit.selepas itu masukkan susu pekat manis.kisarkan dalam 5-7 miinit. selepas itu masukkan ais batu dan kisarkan.jika anda risau pengisar makanan anda rosak anda boleh tuangkan air tersebut dalam botol dan goncangkan bersama-sama ais batu.

cocunut shake
Bahan-Bahan:
kelapa muda
air kelapa
susu cair (ideal)
gula
aiskrim

Cara Membuatnya:

masukkan kelapa muda, sedikit air kelapa, susu cair n gula secukupnya....kisarkan...

tuang dlm gelas..last sekali masukkan aiskrim..sedapppp...try la buat....


 

Papaya Chacha

Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan

100 g betik masak, potong-potong

1 biji pisang Ambon (ikut suka), potong-potong

40 g NESTLÉ DANCOW Banana Malt

2 sdm madu

200 ml air

 Taburan:

2 sdm MILO

1 sdm cokelat

 Cara membuat : 

* Simpan betik dan pisang dalam freezer hingga beku.

* Masukkan buah dalam mangkuk blender bersama bahan lainnya.

* Proses hingga lembut.

* Tuang ke dalam gelas, beri bahan Taburan.  


Carrot susu 

[intan_adlina]

Bahan?
2 cawan air
1 batang lobak merah
2 sudu brown sugar
susu pekat
soda
ais ketul

cara
Blender lobak merah ditapis
Masukkan brown sugar, susu pekat dan juga soda

sedia dihidang bersama ketulan ais.

Nesvita Choco Smoothies

Sumber : Sahabat Nestlé

 

Bahan

 250 grm taufu fa

2 biji Pisang

1 sachet (30 gr) NESTLÉ NESVITA® Instant Cereal

50 gr NESTLÉ MILO®

250 ml Air

100 gr Es batu

gula

 

Cara membuat :

 * Campur taufu, pisang, NESVITA®, MILO®, air dan es batu dalam blender.

* Proses hingga halus dan lembut.

* Sajikan segera.  

 Jus Honey Dew Special 
Sumbangan: Chetam

Bahan-bahan 
5 ulas buah tembikai susu 
susu segar atau air coklat 
air kosongkismis 


Cara Menyediakan 
buah tembikai susu itu dikisar selepas itu tapis hampasnya dan ambil airnyaletak didalam cawan 1/2isiskan dengan air sejukbeserta air batumasukkan kismis yang siap dilenyek-lenyek tadimasukkan air coklat atau air susu
 

 

Cocafe

Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan2

4 sachet NESCAFÉ® 3 IN 1 Original

100 ml air panas

300 ml air sejuk ais

800 ml minuman gas cola dingin

4 skup NESTLÉ® Classic Ice Cream Chocolate, siap pakai

 

Cara membuat :

 * Larutkan NESCAFÉ 3 IN 1 dalam air hangat.

* Tambahkan air sejuk, aduk rata.

* Tuangkan ke dalam 4 buah gelas saji.

* Beri 1 skop es krim. Tuangi dengan minuman cola.

* Sajikan segera.

SHURBAT LAICI

Bahan-Bahan :
2 tin buah leci
100 gram gula pasir
100 cc air
1 buah jus lemon, ambil airnya
2 gelasais ketul
1/4sudu teh garam
8 biji ceri merah

Cara Mengolah :


1.Campur buah leci, air, dan gula, aduk rata, lalu blender hingga agak halus, angkat.

2.Masukkan air jus lemon, ais ketul, dan garam, aduk rata, lalu simpan dalam freezer hingga beku.

3.Bila akan disajikan, letakkan ceri merah di atasnya, lalu sajikan.

   

Ais laici Strawberry Jelly

Sumber : Sahabat Nestlé

Bahan

 15 gr (1 bungkus) Jelly Instant Rasa Strawberry

350 ml Air

100 gr Gula pasir

1 tin laici, potong tipis

1 sdm Biji selasih, rendam dalam air panas

200 ml Sirup laici

500 ml air ais

200 gr ais ketul

150 ml MILKMAID® Pekat Manis

Cara membuat :

 * Masak jelly, air dan gula pasir hingga mendidih, tuang ke dalam bekas, biarkan hingga beku lalu potong dadu.

* Susun potongan jelly, laici, dan biji selasih dalam gelas.

* Campur sirup laicii, air ais, ais ketul, dan MILKMAID®. Aduk rata lalu tuang ke dalam gelas. Sajikan segera selagi dingin.

 Tips :

Agar hasil larutan sirap laici dan MILKMAID® tidak cair, maka buah laici dimasukkan ketika hendak disajikan.Kerana takut laici tu menjadi masam kalau diletak awal.


AVOKADO KOPI

 Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan

 5 biji avokado ranum, blender halus isi buahnya

½ gelas Kopi pekat (dibuat dari 2 sdm NESCAFÉ + 100 cc air)

4 sdb Sirap vanila

250 grm ais ketul

¼ cwn NESTLÉ MILKMAID® pekat Manis Putih

¼ cwn NESTLÉ MILKMAID® pekat Manis Cokelat

Cara Membuat :

     * Campur avakado dengan cairan kopi dan sirap vanila.

    * Tuangkan kedalam gelas berais kemudian tuang susu pekat manis/coklat

  JUS AVOCADO 

[pink]


Bahan-bahan :

 buah avocado dikupas

susu pekat

ice cube


Cara-cara:
1.Masukkan kesemua bahan2 tadi dan kisar hingga hancur.
2.Sedia dihidangkan

Jus Aprikot

Sumber dari web www.aprilisa.multiply.com

Ingredients:
1 biji alpukat ranum
1/2 gelas susu pekat manis
1/2 - 1 gelas air ais
(boleh tambahkan gula kalau suka lebih manis)

Directions:
Masukan semua bahan ke blender terus di haluskan...
Tuang ke gelas.. nikmati
sejuk

Aiskrim Kulfi

 Sumbangan: Chetam


Bahan-bahan 
3 tin susu cair ( setiap 1 tin seberat 14 aun )3 biji putih telur ( pukul hingga kembang & kental )12 aun gula aising1 sudu teh serbuk kulit kayu manis 1 sudu besar air ros 3 aun kismis kuning3 aun badam hiris1 aun ceri berglis 

Cara Menyediakan 
Tanggalkan kertas pembalut susu lalu masukkan tin tersebut ke dalam periuk berisi 3/4 air. Didihkan periuk berisi tin tersebut dan kecilkan api sambil tudung periuk ditutup rapat. Masak selama 20 minit. Apabila sejuk, angkat tin dan bekukan dalam peti ais selama 24 jam Buka tudung tin dan keluarkan susu beku. Masukkan ke dalam mangkuk dan pukul hingga kembang. Masukkan pula buih putih telur dan gula aising. Dengan perlahan-lahan masukkan bahan2 lain. Tutup permukaan mangkuk dan bekukan selama 1 jam. Keluarkan aiskrim daripada peti sejuk dan kacau sebati menggunakan garfu. Alihkan ke dalam bekas lain dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk. Keluarkan dari peti sejuk 10 minit sebelum dihidangkan. 

***CENDOL***

 

CENDOL**

CENDUL [ummiauni]

Bahan-bahan :
1 paket tepung beras
15 tangkai daun pandan [dikisar dan diambil airnya]
1/2 sudu kapur
1 keping/ketul gula melaka [cairkan dgn air]
1 biji kelapa [diambil santan pekat]

cara :
1. campurkan tepung beras dgn 5 cawan air dan gaulkan hingga sebati.
2. masukkan 4 cawan air pandan dan kacau. kedian, tuangkan kapur yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau hingga sebati
3. jerang 5 cawan air dlm kuali/periuk hingga mendidih. tuangkan adunan tadi dan kacau.
4. api hendaklah sederhana kecil, adunan sentiasa dikacau. jk berketul, tuangkan sedikit air panas. masak sehingga warnanya berkilat.
5. letak penapis [yg macam dlm gambo kak liza tu pun leh guna gak] di atas bekas yg mengandungi air. lenyek adunan atas penapis menggunakan sudu or senduk.
6.kemudian, campurkan santan dan sedikit gula merah, garam secukup rasa sebelum dihidangkan.
7. nak makan sejuk, boh ais ketul.
sruppp...sejuknya anak tekak.


CENDUL

 [hanieliza]
Bahan:
3 cawan jus pandan + daun pucuk manis/cekur manis
1 cawan tepung beras
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan dalam kuali /non-stik wok sehingga naik wap dan kental. Sentiasa kacau supaya tidak hangus]
3. Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4. Tekan atas acuan berlubang.
5. Sediakan air gula dan santan untuk makan cendul.


CENDOL 

[Mak Lang]

1 lit santan (dari 1? biji kelapa)
sedikit garam
Bahan Cendol
20 helai daun pandan } dikisar
500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau
1 camB. tepung beras
430 ml air
Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)
1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. 2.Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula.

 

Cendol 

[Melur01]

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung sagu (untuk kilatkan cendol)
2 1/2 air pandan (kisar daun pandan dgn air-tapiskan)
sedikt air kapur (dlam 1 sudu teh)  (supaya adunan cendol kental)

Campurkan kesemua,masakkan atas api yang rendah, sentiasa kacau untuk pastikan ianya tak berketul-ketul, setelah agak likat, angkat,

membentuk cendol
ambil penapis untuk bentukkan cendul,tekan adunan tadi sehingga habis ke dlm mangkuk yang berisi air.
 

sediakan air gula melaka, santan ... campurkan.... dah boleh makan...  terliur pulak masa menaip ni.

Taufu Fah 

[ninoZ]

bahan-bahan:
300g kacang soya
1 tsp serbuk gibson@sei ko fah [bleh beli kat kedai singseh]
3 tbsp mumbung tepung jagung
125 ml air mendidih
3.75 litre air

utk sirap:
gula / gula melaka
daun pandan
halia muda - ketuk
air
[masak semua bahan sirap hingga gula larut then tapiskan]

1. rendam kacang soya selama 4-5 jam till kembang
2. campur serbuk gibson, tepung jagung n air mendidih hingga rata..
3. tapis ke dalam periuk aluminium beso..set aside
4. bahagi 3 kacang soya tu n then blend  setiap bahagian dgn secawan air hingga halus..
5. perah dgn kain kasa..
6. ulang sampai kacang soya habis
7. then tapiskan sekali lagi dgn kain kasa ke dalam periuk besar..
8. tambahkan baki air n kacau rata
9. masak susu kacang soya tu  dgn api sederhana..
10.kacau sentiasa sampai cam kuar bubble kecik2 kat permukaan dia..buih2 tu dicedok keluar n keep on kacau sampai mendidih
11.the moment susu kacang soya tu mendidih..tuang kedalam bancuhan gibson n tepung jagung n cepat2 cedok keluar buih2 kat permukaan bancuhan..segera tutup periuk dgn tuala kemudian tudung periuk [nak elak wap air jatuh balik dlm  taufu fah]
biar dlm 40 minit tanpa diusik hingga taufu fah tu menjadi

12.cedokkan taufu fah ke dalam bekas kecil n hidangkan bersama sirap..
13.siappp!!

Variasi:
1] kalau nak taufu fah pandan..masukkan pati daun pandan ke dlm air yg dibancuh dgn susu kacang soya [make sure total air+ pandan tu still 3.75 liter]

 **DADIHH**

Dadih Istimewa

 Noormasri

Sumber: Majalah Jelita Disember 1997

Bahan-Bahan:
380 ml krim putar
120 g gula pasir
4 camca teh gelatin sayuran (direndam 90 ml air 10 minit)
540 ml dadih
1 camca teh esen vanilla Bahan untuk sos strawberi:

300 g strawberi (dikisar halus)
2 camca besar gula halus
1 camca besar perahan limau nipis
Cara:
Jerang krim putar bersama gula pasir di dalam periuk kecil di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga gula larut. Ketepikan.

Masukkan gelatin sayuran, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam mangkuk, biar lima minit. Masukkan dadih bersama esen vanilla, kacau hingga ia sebati. Kocak sedikit air di dalam acuan pilihan.

Buang air (biar acuan basah). Tuang adunan tadi di dalam acuan, biar ia dua jam. Gunakan pisau dicelup di dalam air suam untuk mencungkil tepi dadih supaya ia mudah dikeluarkan daripada acuan. Bubuh dadih di dalam piring dan dihidang.

Untuk sos strawberi pula, gaul strawberi bersama gula halus dan perahan limau nipis hingga ia sebati. Tuang sos di atas permukaan dadih tadi.


DADIH (Kak Gie)

Bahan-nya .

35gm agar-agar powder
6 liter air - anggaran 4 jag ( kalau u ada pitcher tupperware gunakan yg
kecil - 1.5 liter)
500 gm susu tepung ( dibancuh dgn 1 cawan air)
700 gm gula castor ( ikut rasa , tapi mesti manis kalau tidak , tak
sedap)
20 gm esen vanilla
Perisa emulco - strawberry, jagung & chocolate

Cara-cara nya.

1. Masak agar agar dgn air hingga larut.
2. Masukkan gula , masak hingga mendidih. Sejukkan 15 minit (suam suam
kuku)
3. Masukkan susu kedalam agar agar tadi,kacau rata, masak hingga
mendidih dan tapiskan.
4. Akhir sekali masukkan perisa yg anda suka ,kalau boleh biarlah lebih
sedikit barulah 'kaw' , kacau rata rata dn masukkan kedlm acuan kecil yg
ada penutup. Sejukkan dlm peti sejuk. Sedap di makan bila sejuk dan
kegemaran anak anak saya ialah perisa jagung & strawberry.

Mesej dr kak Gie..

Mesej 1:
Normally dadih ni tahan dlm masa 1 minggu dlm peti sejuk. Air yg 1 cawan
, tidak diambil dari yg 6 liter. Nak tambah sikit , lupa nak beritahu
tadi...Kawan kalau nak makan sendiri bolehlah pakai susu UHT mahal lah
sikit harganya tapi rasanya lebih sedap . Resipi yg Kak Gie bagi tadi
dapat dlm 65 bekas kecil .Kak Gie buat utk jual , kenalah pakai susu
tepung coz tak boleh jual mahal sangat kat budak budak sekolah...

Mesej 2:
Jgn salah faham sayanggg ooi , maksud Kak Gie, guna susu UHT utk 6
liter sepenuhnya instead of pakai air & susu tepung.

mesej 3 :
Kalau nak cuba buat dadih nanti jgn terkejut pula, coz u kena pakai
periuk besar utk masak dadih tu. Adunan tu memang cair macam air susu
biasa . It take time utk nak keras. Nak bagi tips sikit. Selepas tuang
dlm acuan , tutup cepat jgn biarkan kena angin , espcially kalau dapur U
ada kipas , nanti permukaan dadih tu kering -berkedut, tak cantiklah.

mesej 4 :
Kalau tak ada peruik besar tak apa, U boleh buat half of the resipi .
kalau tak ada acuan kecil pun, U boleh tuangkan dim cawan je.tapi tak
bolehlah disimpan lama sangat nanti tak fresh . Permukaan atasnya keras
sedikit.


Dadih dari Meen76

Agar-agar ( tak perlu byk - half daripada 1 bungkus tu cukup, sebab
tak nak keras cam agar? lain)

Gula ( dalam 2 cwn)

Coffemate ( dlm 2 cwn)

Susu ( susu dutch lady tu) - ikut suka nak perasa apa, strawberry ker
atau coklat atau susu plain

Caranya;
Masak agar-agar dgn air sampai hancur cam biasa, masuk gula, masuk
coffeemate, masuk susu.. itu jer. Pastu masuk dalam bekas kecik? dan
masuk peti ais...selesai! Boleh la try sukatan?nya ikut sedap.

Senang jer kan.. selamat mencuba.


Dadih dari Noraini Mansur

1 liter susu segar/susu kotak
1 cawan susu pekat manis
1 sudubesar serbuk agar-agar
1 biji limau kasturi (diperah ambil airnya)
sedikit garam
1 tin buah koktel

Cara:
1. 1 cawan air dan serbuk agar-agar dicampur dan didihkan hingga agar-agar larut.
2. Setelah larut tambahlah 1 cawan air lagi.
3. Masukkan susu segar, sus pekat, air limau dan garam hingga mendidih.
4. Tuang ke dalam acuan. Masukkan buah-buahan yang telah disejat airnya. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk. (jika makan manis tuangkan air buah koktel di atas agara-agar yang telah beku.

 Dadih Eonis_balqis

 

Dadih Kak Hanieliza

**YOUGURT**

 Yogurt [zaiima]

1 liter susu ( kalau guna powdered milk, bancuh ler dulu)
2 tablespoon plain yogurt

Methods:

1. Masak susu sampai suam kuku
2. add the yogurt. Kacau sampai sebati.
3. Cover dengan cheesecloth dan tinggal selama 6 jam pada suhu bilik.
4. Bila yogurt dah cogulate ( jadi beku - texture dia macam yogurt yg kita beli), cover and simpan dalam fridge.
5. Can last up to 4 days.

Note:
Make sure susu tak terlalu panas, kalau panas sangat,
tunggu sampai dia cool balik ke suam kuku.
Susu yang terlalu panas will kill the culture dlm yogurt tu and yogurt tak akan jadi.
Kalau tak ada cheesecloth, any tudung saji yang ada lubang2 will do.
The best day to make yogurt is hari yang panas, hari redup, dia lambat/ and kadang2 tak jadi.


 

MINUMAN PANAS

 

Bahan-Bahan :
1/2 gelas susu tanpa lemak
1-2 sudu makan gula
1 1/2 sudu makan cokelat masak
1 gelas air mendidih

Cara Mengolah :


1. Campurkan susu, gula dan cokelat dalam sebuah mug atau gelas.
2. Masukkan air mendidih, aduk rata.
3. Hias dengan krim (whipped cream), sesuai selera.
4. Sajikan hangat.

 

Sweet Cinzation

Sumber : Sahabat Nestlé

Bahan 

75 ml air panas

75 ml susu cair panas

1 sachet (2 g) NESCAFÉ CLASSIC®

1 sdm (12 g) gula

sedikit kayu manis serbuk

Topping:

Whipped cream

Kayu manis serbuk

Karamel

 Cara membuat :

* Campur air panas, susu panas.

* Tambahkan NESCAFÉ, gula dan kayu manis, aduk rata.

* Tuang dalam cangkir.

* Hiasi dengan whipped cream, taburi kayu manis serbuk.  

Tea Masala

Sumber dari web aprilisa.multiply.com

Ingredients:


2 cups air
3 - 4 sdt daun teh / 2 sdt serbuk teh
1 potong halia kering, memarkan
4 biji buah pelaga (kapulaga), diketuk
4 biji cengkih
1 potong  (kayu manis)
4 biji lada hitam
1 cup susu cair
gula menurut selera

Directions:
1. Didihkan air masukan  serbuk/daun teh rebus beberapa saat sampai hitam
2. Masukan semuabahan rempah, rebus sebentar kira-kira 30 minit - 1 minit. Matikan api.
3. Panaskan susu cair.
4. Tuang masala tea ke dalam teko, masukkan susu dan gula sesuai selera.
5. Nikmati panas2....

 

Hot ChocoNut

Sumber : Sahabat Nestlé

  Bahan

50 g dark cooking chocolate, cincang

100 ml MILKMAID Cokelat

100 ml air

100 ml whipped cream

100 ml MILKMAID Fullcream

200 ml air

 Taburan:

Marshmallow isi cokelat

Kelapa kering parut kasar

 Cara membuat :

* Didihkan cokelat, MILKMAID cokelat dan air hingga cokelat cair. Angkat, biarkan hingga agak dingin.

* Tambahkan krim kocok, aduk rata.

* Larutkan MILKMAID dengan air, masak hingga mendidih.

* Tuang ke dalam 2 gelas.

* Masukkan campuran cokelat.

* Beri bahan Taburan. Sajikan segera.

Tips :

 # Untuk yang kurang suka rasa manis, dark cooking chocolate boleh diganti dengan jenis cokelat yang unsweet atau semisweet.

 

MILO Chocolate Mousse

Sumber : Sahabat Nestlé

 Bahan

 250 gr Dark Cooking Chocolate

4 butir Kuning telur

3 butir Putih telur,dikocak  didalam bekas berisi air panas

250 ml NESTLÉ® Ice Cream Vanilla

100 gr MILO® ,larutkan dengan 50 ml air

50 gr Coklat putih, lelehkan untuk garnish

Hiasi denagan warna warni,untuk garnis

 Cara membuat :

* Tim coklat hingga cair ,lalu tambahkan kuning telur aduk rata hingga halus,angkat.

* Masukan NESTLÉ® Ice Cream Vanilla dan larutan MILO®, kocok dengan whisk (kocokan kawat) hingga halus dan rata.

* Tambahkan putih telur yang telah kaku, lalu kocok kembali hingga rata dan halus.

* Tuang kedalam bekas  yang menarik untuk anak-anak, lalu simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

* Sajikan dengan tambahan coklat cair  untuk hiasan

 

Marshmallow Hot Chocolate

Sumber : Sahabat Nestlé

 

Bahan

 30 g MILO®

1 sdt cokelat serbuk

60 g NESTLÉ® Dancow Full Cream

500 ml air panas

50 ml sirop vanila

marshmallow

  

Cara membuat :

 * Aduk susu, cokelat, MILO® dan air hangat hingga larut.

* Masak di atas api kecil hingga hampir mendidih. Angkat.

* Masukkan sirop, aduk rata.

* Tuang ke dalam cangkir. Letak marshmallow.