

MASAKAN
ANTARABANGSA

CRUNCHY COLESLAW
Bahan-bahan:
1/2 biji Kobis bulat } dihiris halus
1 btg lobak merah } dicincang halus
1 labu bawang besar} dicincang halus
6-8 sudu besar mayonis
6-8 sudu besar natural yogurt
garam secukupnya
serbuk lada hitam
Cara membuat:
Campurkan semua bahan didlm mangkuk, gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
--------------
CHICKEN CHOP SOS REMPAH
Bahan
3 keping daging dada ayam[buangkan tulang]
Kentang goreng
3 helai daun salad
1 jagung rebus [potong 3]
1 biji tomato [hiris ]
Bahan Perap
1 s/b rempah kari ayam
1 s/b sos tiram
1 s/k cili mesin
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b minyak
Cara
1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan perap selama 3 jam
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yg diperap sehingga masak.
3. Susunkan semua bahan dalam pinggan steak dan siramkan dengan sos berempah.
SOS REMPAH
bahan
2 s/b majerin
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan stok ayam
1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air]
100 gm cendawan butang [cincang]
1 s/b sos tomato
garam
cara
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan rempah dan stok.
3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Tutup api dan siramkan pada ayam.
--------------
DAGING ROSSINI BEEFSTICK
180 gm daging batang pinang
*lobak merah
*cendawan butang
timun jeruk
1 sudu besar mentega
125 ml glaze daging
garam, serbuk lada itam
* (di celur)
Cara:
- Daging di potong nipis lebar dan gaulkan dgn serbuk lada itam dan garam. Perapkan.
- Panaskan mentega dlm kuali. Masak daging tadi dan ketepikan..
- Apabila menghidang, letakan dalam pinggan, bubuh timun, lobak merah dan cendawan
- Tuangkan glaze daging di atasnya dan taburkan biji lada itam...
--------------
BEEFSTEAK LIZA
Bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum
bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia
Cara:
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.
SOS LADA HITAM
Bahan
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat
Cara.
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.
SAYURAN
Salad
tomato
kentang goreng
baked beans
Susunkan semua saperti dalam gamba dan tuangkan sos lada hitam.
--------------Steak Daging Ala Malaysia..
1 kilo daging batang pinang(dipotong ikut saiz daging steak)
Resepi untuk kuahnya:
10 ulas bawang putih
segenggam lada hitam(ikut selera masing masing)
4 sudu besar mayonis
1 sudu besar kicap ikan
2 sudu besar sos tiram
1 kiub perasa daging
sedikit serbuk perasa
Resepi untuk diperap dengan daging:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
diperap dengan daging selama beberapa jam.
CARA MEMBUATNYA: (KUAH)
Tumbuk lada hitam hingga lumat,kemudian masukkan bawang putih .
Tumis bahan bahan ini hingga naik bau.
Masukkan 1 cawan air, diikuti dengan sos ikan,sos tiram dan kiub perasa daging.
Setelah menggelegak masukkan mayonis,kacau hingga sebati dan masukkan serbuk perasa
Setelah sedikit pekat,bolehlah diankat.
Daging bolehlah dibakar diatas kuali tanpa minyak,bakar separuh masak.
Selepas itu tuangkan kuah adi diatas daging tersebut.
SELAMAT MENCUBA....
Makaroni Bakar Ala Pizza
Bahan-bahan
250g makaroni
2 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang besar
1/2 biji capsicum
1/2 tin cendawan butang
100g daging
3 batang sosej
1/2 tin nenas
minyak untuk menumis
10 biji telur
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Rebus makaroni bersama sedikit planta,bila kembang toskan airnya.
2.Blenderkan 1/2 ulas bawang besar bersama dengan daging .
3.Capsicum Dan 1/2 ulas bawang besar dipotong dadu.
4.Nenas, cendawan dan juga sosej dipotong mengikut bentuk yang anda inginkan.
5.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong telah dadu hingga layu.
6.Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,kacau hingga wangi.
7.Masukkan daging yang telah diblenderkan.Kacau sebati.
8.Masukkan sosej,cendawan,nenas dan sedikit capsicum kacau.
9.masukkan sos tiram,sos cili dan garam.Akhir sekali masukkan makaroni kacau biar mesra.
10.Pecahkan telur di dalam bekas berasingan,pukul sedikit.
11.Lencerkan,acuan dengan planta supaya tidak melekat.Masukkan makaroni yang telah digoreng tadi.Kemudian masukkan telur yang telah dipukul ke dalam acuan tersebut.Taburkan capsicum di atasnya sebagai hiasan.
12.Bakar selama 45 minit di dalam oven dengan kepanasan,180 C
13.Setelah masak boleh la dihidangkan..
Chicken Chop
Untuk ayam:
1. 2 dada ayam dan 2 drumstick ayam (pilih yang leper sikit).
2. Air halia (halia ditumbuk dan dicampurkan sedikit air).
3. Garam.
Bersihkan ayam dan direbus bersama bahan 2 dan 3 di dalam periuk dan biarkan 30 minit dengan api yang perlahan.
Untuk perap: (bahan A)
1. 2 sudu jintan manis ditumbuk halus
2. 2 sudu lada hitam ditumbuk halus
3. 3 sudu serbuk roti atau breadcrumbs (optional)
4. 3 ulas bawang merah ditumbuk halus
5. 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
6. 2 inci halia ditumbuk halus
7. Sedikit gula dan garam serta lada sulah
8. Sedikit minyak sesame (minyak bijan)
9. Sedikit tepung jagung dan sedikit air
Bahan-bahan ini digaul dan ditepikan sementara itu.
Untuk sos mayonaise:
1. 2 sudu makan mayonaise cap lady’s choice (perasa lada sulah)
2. ¼ kobis bulat dipotong halus
3. 1 ulas bawang besar
4. Sedikit air
Gaulkan bahan-bahan di atas dan dicampurkan air sehingga cair mengikut kecairan yang anda suka. Nak cair tambah le banyak air. Nak pekat sos tu, letak sikit air. Pandai-pandai le ikut suka hati. Kalau saya, tak terlalu cair atau tak terlalu pekat.
Dua biji telur dan sedikit garam dipukul.
Cara membuatnya:
Ayam yang direbus tadi, ditoskan dan di ketuk sampai penyek. Kemudian perapkan dengan bahan untuk perap (bahan A) dan tunggu le sampai 15 minit.
Bila dah diperap, celurkan ayam tersebut di dalam telur yang dipukul tadi. Goreng dalam minyak yang banyak. Sekadar tenggelam ayam tu. Angkat dan keringkan minyak itu.
Hidangkan dengan sos mayonaise tadi dengan kentang goreng.
pasta bake ala lancaster
Bahan Bahan
1/2 bungkus pasta
1 Tin Besar Tuna
sayuran spt cauliflower,carrot,brokoli yg di potong comey2x....
bawang kuning sebijik (hirislah kan.. takkan nak masuk sebijik)
mashed potato yg express
butter
susu (fresh milk)
garam secukup rasa
parsley
basil
kuah bolognese yg boleh dibeli di pasaraya berhampiran
TOPPINGS:
keju (grated)
cara nak buat nyer...
rebus pasta sampai lembut lebih kurang 15 minit cam tu ahh
sambil tunggu2x tu.. buatlah mashed potato bubuh butter dan susu dan sedikit garam...
bila pasta dah masak toskan dia
sayuran tadi tu rendam ngan air panas nak kasik die lembut sket lah kan
bahagi due lah mashed potato tu...
gaulkan semua bahan termasuk sebahagian daripada mashed potato tadi
masukkan ke dalam mangkuk ceramik yg oven proof nyer
ratakan mashed potato yg tinggal tu atas campuran tadi
pastu letak lah grated cheese atas tu
kemudian bakar dalam oven sehingga cheese tu cair
ok dah boleh makan!!!!!!!
Lasagne
Lasagne sheets (pilih yang pre-cooked or no cooking required)
Bahan2 utk filling sauce :
Tomato Puree
Cili Boh
Daging cincang
Bawang putih
Bawang merah (dihiris halus)
sedikit herbs
cumin atau jintan manis
gula, garam and pepper
Stock cube daging
Air
Caranya:
Tumis bawang putih dan merah hingga layu. Masukkan cili boh, cumin and tomato puree dan goreng hingga garing. Bila dah Ok, masukkan daging cincag dan kacau hingga sebati. Dah Ok, masukkan air dan stock cube dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan pepper secukup rasa.
Hint :
Kalau yang nak merasa seafood pulak, gantikan daging cincang dengan seafood mix macam sotong, udang, fishball ke.. dan gantikan stock cube daging denganstock cube ikan atau ayam.
Bahan2 utk White Bechamel sauce :
ni agak rumit sikit tapi kalau first time tak jadi, cuba lagi lah, saya pong kekadang kena try 2-3 kali!!!
Mentega (dalam 2 senduk)
tepung biasa (2 tablespoon)
susu (susu fresh atau susu UHT)
6 biji cloves (sorry... lupa nama melayu)
bawang satu labu
salt and pepper
bay leaf atau daun selasih
Caranya
1. Cucuk clove dalam bawang. Panaskan susu dalam saucepan dan masukkan bawang tadi dan daun selasih/bay leaf. Susu tak payah mendidih - cukup bila panas je. Ketepikan dan buang bawang tadi.
2. Cairkan mentega atas api sederhana. Bila dah cair, kecilkan api. Taburkan tepung sudu demi sudu dan kacau continously! Mentega tu akan meresap kat tepung jadi mesti jaga2!! Tepung tu sudah masak bila bau wanginya naik.
3. Bila agak OK, masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau hingga sebati. Senang kalau pakai hand whisk. Masukkan salt and pepper. Bechamel sauce ni warnanya creamy.
Menyediakan Lasagne :
1. Panaskan oven (dalam 250 deg. Celsius kira OKlah) Bila 2 sauce dah ready, sediakan satu rectangular pan (tinggi dalam 3-4 inci)
2. Layer filling sauce, followed by the lasagne sheet and then the bechamel sauce. Repeat sampai sauce semua habis. Akhirkan dengan sauce bechamel tadi.
3. Bakar dalam oven selama 25-30 min. Kalau nak tahu masak, cucuk lidi dan rasa kalau lasagne sheet tu keras ke lembut. Bila dah nak masak, tabur parmesan cheese dan masukkan oven sekejap
4. Bila dah masak, potong empat persegi dan hidang sama garlic bread.
Deli Chiken Wings
Bahan Utama
8 ketul kepak ayam yang telah dibersihkan
Bahan untuk diperap
3 sudu mayonis
3 sudu marjerin daisy
sedikit kicap pekat
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
lada hitam yangditumbuk
sedikit lada sulah
bawang kisar
bawang putih
daun bawang dan daun saderi
garam secukup rasa
Cara-caranya;
1)panaskan margerin dan mayonis
2)satukan dengan semua bhan yang diperap dengan kepak ayam tadi dan biarkan 2 jam
3)Kemudian keringkan ayam dengan tisu
4)Boleh digoreng dengan munyak yang panas
5)Boleh dihidang bersama nasi yang panas
--------------
Mash Potato
Bahan-Bahan:
5 kentang sederhana besar
Kiub ayam knorr
Tepung jagung
Cara:
Kentang dibuang kulit dan direbus dengan garam sehingga empuk,
kemudian kentang dilenyek campurkan lada sulah dan stok ayam, kemudian rasa.
Kuahnya:
Panaskan mentega, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga bertukar menjadi perang, kemudian masukkan lebihan stok ayam tadi.
Cadangan Hidangan:
Lebih enak dimakan bersama garlic bread
THOUSAND ISLAND DRESSING
1 cup (250 ml) Mayonnaise - boleh beli atau buat sendiri spt resepi dibwh
1/4 cup (60 ml) tomato sauce
1 tablespoon worcestershire sauce
1/2 teaspoon Tabasco sauce
Place ingredients in small bowl; whisk only until just combined
Makes about 1 1/2 cup ( 375 ml)
MAYONNAISE
2 eggs yolks
2 tablespoons lemon juice
2 teaspoons Dijon Mustard
3/4 cup (180ml) extra light olive oil
Blend or process yolks, juice and mustard until smooth. With motor operating, gradually pour in oil, process until thick.
Makes about 1 1/4 cups (310 ml)
Selamat Mencuba
AYAM BLACK PEPPER
Ayam
Bawang merah/kecil
Bawang putih
Halia
Serai
Mixed vege
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil madu
Sos tiram
Sos lada hitam
Rempah MAGGI black pepper mix
Garam
CARA-CARA :-
1. Perap ayam dengan semua bahan di atas kecuali mixed vege selama 1/2 jam.
2. Renehkan ayam yang telah diperap tadi dengan api perlahan sehingga masak.
3. Masukkan mixed vege & biar seketika.
CHICKEN CHOP
bahan
2 keping dada ayam [buangkan tulang dan hiriskan besar tapi nipis]
1 s/k sos MAGGI Seasoning
1 biji putih telur
2 s/b tepung jagung
3 s/b minyak
bahan tumbuk halus
2 cm halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Cara
1. Perapkan ayam dengan bahan yang ditumbuk halus bersama sos MAGGI Seasoning selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam non-stik pan.
3. Cucukkan ayam dengan garfu dan celupkan dalam putih telur yg telah dipukul.
4. Golekkan ayam dalam tepung jagung.
5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna keemasan.
6. Angkat ayam dan letakkan dalam pinggan bersana kentang goreng dan salad dan juga sosnya.
Sos Lada Hitam
Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.
* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 06hb Julai 2005, 7:09:24 mlm
--------------
Selalu gravy utk mashed potato akak buat guna air hasil drp panggang daging black pepper..akak tengok chef omputeh kat dlm TV kat sini bila wat gravy cam gitu jer..senang, simple tapi sedap.
Mashed potato sedap di digandingkan dgn daging panggang black pepper..selalu mashed potato akak wat cenggini jer..
KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)
Bahan-bahan:
1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan
DAGING PANGGANG BLACK PEPPER
Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang }dihiris nipis setebal 2 cm
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1 sudu besar lada hitam } ditumbuk halus
2 sudu besar sos plum
garam secukup rasa
Cara membuat:
Daging dicuci bersih kemudian digaul dgn bahan lain dan diperap selama 5-6 jam didalam peti ais.
Susunkan daging ke dalam dulang pembakar
Panggang daging di dalam oven pd suhu 180'C atau digrill sehingga masak sambil dibalik-balikkan daging tersebut
Penting jgn terlampau lama masak nanti daging kurang moist
Air yg keluar dr daging tadi disimpan utk dijadikan gravy.
GRAVY
Bahan-bahan:
air lebihan daging black pepper tadi
sedikit tepung jagung dibancuh dgn 1 cawan air
garam secukup rasa
Cara membuat:
Campurkan semua di dalam periuk kemudian panaskan sehingga mendapat kuah yg pekat.
GRAVY VERSI KE-2
Bahan-bahan:
200 g tulang lembu
2 cawan air
1 labu bawang besar }dipotong dadu
1 batang carrot }dipotong kecil
1 batang celery }dipotong kecil
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam
Cara membuat:
Tulang lembu dipanggang didalan oven sehingga perang kemudian direbus bersama carrot, bawang besar, celery dan lada hitam sehingga mendidih dan air menjadi berkurangan
Tapis stok tersebut kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air kemudian kacau sebati
Didihkan selama 10 minit. Setelah agak pekat boleh dihidangkan bersama mashed potato.
|