RESEPI HIDANGAN NASI

***RESEPI NASI MINYAK***

 

NASI MINYAK ISTIMEWA

Bahan-bahan
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin

A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI

B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina

Cara Menyediakan:


Panaskan minyak sapi dan mentega tumis bahan A hingga wangi.

Masukkan air, Susu Sejat dan beras.

Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.

Taburkan bahan B sebagai hiasan.

  
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Recipe For Nasi Minyak

Bahan-bahan
Bahan untuk nasi

5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.

Bahan untuk menumis

2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.

Bahan untuk hiasan

Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging.
2. Ayam/daging di basuh dan di potong
3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !)
5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.

Cara nak masak nasi

1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.


Untuk hiasan

Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.

Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


NASI MINYAK

2 mangkuk beras
2 mangkuk air
cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang ( serba sikit untuk menumis) (A)
bawang putih .... 3 ulas }
halia....................satu inci setengah } blend hingga halus (B)
bawang besar......setengah biji }
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi atau margarine
garam & perasa
susu segar l cawan


1. panaskan periuk, masukkan minyak dan minyak sapi/magarine
2. masukan bahan (A)
3. tumis bahan (B)
4.setelah naik bau masukan air semangkuk, garam/perasa dan susu segar
5.masukan beras, tutup periuk, sampai masak.
(boleh masak dalam rice cooker.....kalau hendak masak lebih gandakan bahan diatas
          

********************************************

                       RESEPI NASI AYAM

                 *************************************************

                   

NASI AYAM BERMADU

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
· Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
· Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
· Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
· Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

            
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI AYAM KELUARGA DIANA

Bahan-bahan

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam


Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.


Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    

           Sumber dr blog koleksi resepiku

Nasi Ayam Mak N

Bahan Perap untuk Ayam (semuanya diagak-agak saja
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
kicap cair masin
garam (sikit aje)- sebab kicap dah masin
minyak bijan
5-spice powder (optional)

Perap selama lebih kurang 30 minit dan kemudian digoreng. Boleh juga dipanggang di dalam oven jika nak healthy punya version.

Bahan Untuk Nasi Ayam

Kisar lada putih, halia dan bawang besar (agak-agak aje)
setengah biji bawang besar kuning ( yellow onion)
setengah cawan mentega


2 kiub perasa ayam ( knorr atau maggie)
3-4 helai daun pandan.
5 camt garam (atau agak-agak)
1 camt ajinomoto
serbuk kunyit (sikit aje untuk kasi warna kuning sedikit)
Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan di atas.

2. Basuh nasi dahulu dan setelah di sukat masukkan bahan gorengan di atas bersama nasi tadi dan dikacau sedikit.

3. masukkan bahan yang selebihnya seperti serbuk kunyit dan lain-lain di atas.


Sos Nasi Ayam

1-2 cawan soya sos (agak-agak)
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap hitam pekat
1 camt ajinomoto
2 camB gula
garlic + ginger (dalam 1 camt of each).
black pepper + garam (secukup rasa)

Sos Cili Nasi Ayam

5 cawan cili kering ( yang dah di jerang dan disejukkan semalaman)
1 cawan kicap (kicap masin)
1-2 sudu besar bawang putih (yang dah siap di potong)
1-2 sudu besar halia
garam dan gula secukup rasa.

Sup Nasi Ayam

2 kiub perasa ayam
@ guna chicken broth (boleh rebus ayam dan airnya boleh dibuat sup)
Air - 5-10 cawan (agak-agak) dan rasa ikut sedap
Daun bawang.

Bahan Hiasan Sebelum Menghidang Atas Pinggan

- Hirisan potongan timun
- Hirisan Buah Tomota
- Daun Salad
- Potongan Daun Bawang
- Bawang Goreng ( yang ditaburkan di atas nasi).


TIPS
CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT

Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.

Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.

Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di'goreng' dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.

BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?

Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan how to get those gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?

Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).

GULA KARAMEL
(untuk Caramel Custard dsbnya)
75 g gula kaster
120 ml air

Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).

              xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara
· Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
· Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
· Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI AYAM HAKKA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih

Cara memasak:
· Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
· Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
· Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
· Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
· Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
· Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
· Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam

****************************************

RESEPI NASI BERIANI

****************************************

NASI BERIYANI DAGING/KAMBING

Bahan - bahan NASI BERIYANI
4 tin (tin susu cair) beras Basmathi
4 tin air
5 camb susu cair
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam
1 tangkai daun bawang, daun sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
Buah pala - mcm buah getah, kupas kulit yang kering, ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriyani

Cara-cara
· Tumiskan bawang yang telah dikisar Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam biarkan mendidih.
· Masuk beras yang telah di tos agak-agak nak kering, masukkan kekuma yang telah direndan kesemuanyanya dan juga minyak daripada kuah beriyani. tutup dan biar kan api perlahan

DAGING BERIYANI

Bahan-bahan 

2 kilo Daging lembu/kambing (yang fresh)
4 camb rempah beriyani (selalu beli kat Muar)
4 biji bawang besar goreng hingga garing
10 ulas bawang putih }
10 ulas bawang merah }dikisar
50 gm halia }
5 kuntum bunga cengkih ] rempah kasar
5-6 bunga lawang ] digoreng tanpa
5-6 buah pelaga ] minyak dan
2 batang kulit kayu manis] dikisar halus
1 biji buah pala kering ]
4 tangkai daun pudina }
4 tangkai daun sadri }dimayang halus
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai cili hijau - dikisar
3 biji tomato buah - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
1/2 tin susu cair
2 biji limau nipis (limau ini diperah di atas susu cair untuk dijadikan tairu)
Garam secukup rasa
1 cawan Minyak Mazalo dan 3 camb besar minyak sapi untuk menggoreng bahan bawang, kemudian biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriyani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang telah dikisar halus

Cara-cara
· Potong daging jangan terlalu kecil (agak-agak dlm 4-5 inci) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, daun sadri, daun bawang, cili hijau, tomato buah, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap dalam 1 jam.
· Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan jagus. Biar di atas api sehingga daging empuk.
· Masukkan tairu dan biar di atas api perlahan. Apabila dah cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dijadikan tumisan Nasi Beriyani.

              xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nasi Briyani Gam

Resepi sumbangan Puti Mazura puti.Email mashudi@psc.com.my Puan Puti Mazura memang anak jati Johor dan keluarga dia memang masak beriani ni.Kalau ada kemusykilan, please email Puti yer.

Nasi Briyani Gam

Bahan-bahan (untuk Nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. segenggam gajus
13. segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. garam secukup rasa

(*cawan = cawan kopi)

Cara-caranya
1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan
jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak


Bahan-bahan untuk lauk
1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. segenggam gajus
15. segenggam raisins
16. Air
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15
minit)/1 cawan yoghurt
18. garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah
campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang).
Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

NOW THIS IS WHERE THE NAME "GAM" COMES IN

Peralatan
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara
1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang
selalunya kita bubuh air)
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk
nasi)
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi
lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus.
Pastikan iktannya agak kejap. No steam should be able to escape.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak by
now.
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

Untuk menghidang
1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi
tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah
digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

**** Rempah biryani yang sedap ialah rempah asli biryani Muar. Kalau ke Muar, boleh cari di kedai Haji Adnan (orang Muar kenal as Aji Anan), opposite side of jalan pasar Muar. Tanya orang di area pasar tu, semua tau. Kalau rasa-rasanya tak sempat nak sampai ke Muar tapi nak cuba juga masak, I would suggest cari rempah biryani Faiza (company Faiza herba poni tu lah..) sebab Pn Faiza ni pun geng biryani from Batu Pahat. Kalau tak jumpa juga, boleh lah guna rempah biryani Maggi (paste dalam botol or dalam packet). I think kalau di bandar besar mungkin akan jumpa Sharwood's Biryani Paste dalam botol (yang cantik) but this quite expensive.

As for the saffron (koma-koma), ini yang buat nasi biryani or nasi pilau very special. It is a very expensive ingredient. 3 grams for RM18.00 yang termurah. Low quality. Yang okay, 5g is RM35.00. It looks like strands of bunga rampai tapi warna kuning orange, gitu.
Kalau tak letak pun takpe tapi kurang cantik and kurang wangi.**

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BERYANI SAYUR

Bahan-Bahan
½ cawan beras beriani
400g sayur campuran
2 sudu kecil serbuk perasa ayam
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk masala
garam secukup rasa
3 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
air secukupnya
daun sup dihiris secukupnya
1 batang cili merah dihiris
2 helai daun pandan

Cara Cara
· Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam bekas khas untuk ketuhar gelombang mikro. Kemudian masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.
· Masukkan minyak sapi dan minyak.
· Kemudian masukkan serbuk masala, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang. Gaulkan sehingga rata.
· Masukkan pula garam, perasa ayam dan sayur campuran. Gaulkan lagi sehingga rata.
· Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 3 â€" 4 minit pada panas sederhana.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BERIANI JOHOR

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
3 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tairu (plain/natural yogurt)
3 sudu besar minyak sapi
50 g gajus } digoreng
50 g kismis
1 sudu besar air mawar
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil rempah beriani
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Cara membuat:

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan yg dikisar serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt
Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning
Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.
Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng.

 

******************************************************

RESEPI NASI BHUKHARI/TOMATO

***********************************************************

 

NASI TOMATO BERLAUK @ NASI BUQHARI
SUMBER RESEPI & GAMBAR DR (noormasri / cari.com.my)

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Bahan tumis:

3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara membuat:

Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
Bila menggelegak, masukkan beras.
Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BUKHARI DAGING [LEMBU/KAMBING]
Sumber Resepi Hanieliza cari.com.my

Bahan
1 kg beras bathmati
1 liter air
1/2 kg daging..potong dan rebus dgn halia
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk badam halus
3 biji tomato..belah 4
2 labu bawang besar ..potong dadu
3 kuntum bunga cengkih
daun pandan..disimpul
daun kari
kismis
garam

Bahan tumbuk
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/teh jintan manis
1 s/teh jintan putih
1 s/teh kas-kas


Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumiskan bawang
besar sampai wangi. Masukkan bahan yg ditumbuk danbiarkan garing sikit.
2. Masukkan daging yg direbus, tomato puree, susu cair, serbuk badam
daun pandan, daun kari, tomato, kismins, garam dan beras.
3. Masukkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan
masak saperti biasa.
4. Bila dah kering..kacau nasi cuma satu hala saja...jangan kacau
banyak arah...nanti nasi hancur..
5. Bila hidang...taburkan bawang goreng..sedap dimakan ngan
dalca campur...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BUKHARI AYAM
Sumber Resepi Hanieliza cari.com.my

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BOHARI AYAM

Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bokhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

Cara Cara
· Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
· Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
· Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI BUQHARI
Resepi ini asalnya dari Timur Tengah

Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.
· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
· Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
· Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan karet , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

**NASI TOMATO** 

NASI TOMATO BERLAUK[NoorMasri]

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina      } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar }  dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan

Bahan tumis:


3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah   }  dimayang
3 ulas bawang putih    }  dimayang
2 cm halia                  }   dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

Cara membuat:


Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
Bila menggelegak, masukkan beras.
Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI TOMATO[hanieliza]



Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2s/b majerin /minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan merjerin hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

NASI TOMATO [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1 kg beras
- 1 tin susu cair
- 10 ulas bawang merah
- Sepotong halia
- 1 helai daun pandan
- 1/2 senduk minyak kelapa
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan tomato puri
- 3 liter air
- Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN-BAHAN

(a)
(Ditumis)
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 cm kulit kayu manis
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah

Cara menyediakanya:-

1.   Beras dibasuh dan ditoskan.
2.   Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa di dlm periuk,kemudian tumis
      bahan bahan(a) serta halia hingga wangi.
3.   Masukkan air, susu cair, tomato puri, bawang tumbuk, garam
      secukupnya.
4.   Masukkan beras dan biarkan nasi masak. Hiaskan dgn bawang goreng
      semasa menghidang.


*********************************************

**RESEPI NASI DAGANG/KERABU**

*********************************************

 

Nasi Dagang Terengganu (1)
GAMBAR DAN RESEPI DARI KAK LIZA

Bahan-bahan
3 cawan beras
1 cawan beras pulut
sedikit halba
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
3 helai daun pandan

Bhn utk DiMayang
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia

Cara-cara membuatnya

1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan. Rendam
semalaman.
2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau
tiga daun pandan kemudian aturkan silang menyilang
atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan
beras daripada banyak jatuh kedalam lubang pengukus
dan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.
3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalam
mangkuk besar. Gaul dengan santan yang telah
dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang
serta halba sehingga samarata.
4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.
5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan
bersama gulai nasi dagang dan acar.

GULAI IKAN TONGKOL UNTUK NASI DAGANG

1 ekor ikan tongkol/tenggiri...]
6 kepng asam keping............] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya................]
3 s/b rempah kari ikan
2 s/b cili mesin
4 ulas bawang kecil....tumbuk halus
lengkuas...tumbuk kasar
2 cawan santan pekat
1 s/b gula merah
1 s/b kerisik
air asam jawa secukupnya
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.

ACAR TIMUN


Timun
Lobak Merah (Carrot)
Cili merah & Hijau
Bawang Besar Cuka
gula dan garam
Air kapur

Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis.
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI DAGANG TERENGGANU
SUMBER:- RESEPI DR KAK NOORMASRI..CARI.COM.MY

Bahan-bahan:

4 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 biji kelapa - jadikan (2 cawan santan cair & 1 3/4 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 cm halia - dimayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam (paras rata)

Cara membuatnya:

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak)

GULAI IKAN NASI DAGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar } jika suka boleh tambah lagi
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang } byk dijual di Pantai Timur (kacau dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa – dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing buluh
10 biji cili kecil
1 sudu besar kerisik
garam dan serbuk perasa secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
kemudian direbus dengan sedikit air
Masukkan garam dan 2 keping asam gelugur
Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar diikuti dgn bahan yang telah ditumbuk lumat kemudian bila wangi dan agak garing masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak
Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih
Masukkan ikan yang telah direbus tadi, 2 keping asam gelugur dan gula melaka
Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
Masukkan cili kecil dan buah belimbing
Biarkan mendidih seketika baru diangkat

ACAR TIMUN NASI DAGANG

Bahan-bahan:

1 biji timun
1 biji cili merah }dimayang
1 biji cili hijau }dimayang
2 biji bawang merah } dimayang
1 batang lobak merah
4 sudu makan cuka
2 sudu gula atau secukup nya
Garam secukupnya

Cara membuatnya:

Timun dan lobak merah dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.
Campurkan bersama bawang merah, cuka, gula dan garam di dalam sebuah bekas
Kacau sehingga sebati dan rata
Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan

Cara membuatnya:

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 6 jam sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Sementara itu, campurkan santan pekat dengan garam . Kacau hingga hancur garam tersebut.
Bila air di dalam pengukus menggelegak, masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak
Bila separuh masak, angkat nasi kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair keatasnya dan kacau hingga rata.
Kemudian masuk balik ke dalam pengukus, kukus sekali lagi hingga masak.
Bila masak, sekali lagi angkat masukkan ke dalam bekas besar tadi lalu siram dan gaulkan nasi dengan santan pekat, halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Kacau sehingga rata dan sebati . Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Jika lubang pengukus besar, utk mengelakkan nasi banyak gugur ke bawah bolehlah lapik dgn daun pandan/daun pisang sedikit.
(JANGAN lapik sehingga tertutup semua lubang nanti nasi lambat/tak masak pulak

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI DAGANG TERENGGANU KAKWAN

BAHAN-BAHANNYA

8 cawan / 1 cupak beras siam
2 cawan beras pulut
1 biji kelapa - ambil santan pekat
6 ulas bawang merah - dihiris halus
2.5 cm. halia - dihiris halus
1 sudu makan halba
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Beras dibersih dan direndam dengan air selama lebih kurang 7 jam atau semalaman sebelum dikukus
Letak pengukus atas dapur dan masukkan air
Bila air menggelegak, masukkan beras dan kukus sehingga separuh masak
Angkat dan siramkan santan keatasnya dan kacau hingga rata.
Kukus sekali lagi
Bila masak, gaulkan nasi dengan halba, halia dan bawang yang dimayang tadi.
Masukkan garam secukup rasa
Kacau sehingga rata dan sebati


GULAI IKAN AYA @ TONGKOL(LAUK NASI DAGANG)


BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar
2 sudu besar ciliboh
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
2.5 cm. kunyit
2 sudu besar gula melaka
5 - 6 biji buah belimbing
10 biji lada kecil
garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

Ikan dipotong berkeping-keping dibasuh dan dibersihkan
Kemudian direbus dengan sedikit air
Masukkan garam, asam gelugur dan 2 hiris kunyit
Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya
Diangkat dan biarkan sejuk ( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk lumat
Gaulkan bersama jintan manis, jintan putih dan ciliboh
Perah 4 cawan santan dari sebiji kelapa tadi
Masukkan ke dalam periuk dan jerangkan atas api
Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi kedalam santan bersama garam dan serbuk perasa
Kacau sehingga mendidih
Masukkan ikan yang telah direbus tadi, asam gelugur dan gula melaka
Biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat sedikit
Masukkan lada kecil dan buag belimbing
Biarkan mendidih sehingga pecah minyak baru diangkat

ACAR TIMUN(ACAR NASI DAGANG)

BAHAN-BAHANNYA

2 biji timun
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah (carrot)
2.5 cm. halia
4 sudu makan cuka
2 sudu gula
Sedikit kapur sirih ( jika ada - untuk merapuhkan timun)
Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
Timun, cili merah, cili hijau, bawang besar, dan carrot dipotong kecil memanjang lebih kurang 2.5 cm.
Masukkan ke dalam sebuah bekas dan direndam dengan kapur sirih kira-kira 15 - 20 minit
Kemudian ditoskan
Cuka, gula dan garam dimasukkan ke dalam sebuah bekas
Kacau sehingga sebati dan rata
Masukkan semua bahan sayuran tadi ke dalam bekas itu dan kacau sehingga rata
Biarkan kira-kira 15-20 minit baru dihidangkan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI DAGANG

Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
· Didihkan air didalam periuk kukusan
· Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
· Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
· Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
· Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
· Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
· Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
· Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
· Pijarkan minyak di dalam periuk
· Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
· Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
· Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
· Masukkan santan pekat dan asam gelugor
· Bila mendidih masukkan gula merah
· Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
· Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
· Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
· Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
· Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nasi Dagang versi kelantan
[by ninoz cari.com.my]

Kalau buat gulai ikan aya nih.. tak guna rempah kari..n tak tumis pun
kalau nasi dagang tu plak.. either ratio pulut : beras.. 1:3 [terpulang jenis beras..beras siam kan dah mcm sticky sket.. so pulut tu kurangkan la]
biasanya buat nasi dagang nih dgn gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal kelapa

Gulai ikan tongkol

1 ekor ikan tongkol yg sederhana beso - rebus dgn sedikit garam, asam keping n sehiris dua kunyit hidup [kalau takde ganti je dgn tenggiri or ganti ayam pun bleh gak]

2 tbsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih

dikisar halus2:
10 cili kering - seeded, rendam n toskan
6 bwg merah
4 bwg putih
halia
lengkuas sket

asam keping/ belimbing buluh
4 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa [ kalau kelapa beso sebiji pun dah cukup..ikut suka nak lemak ke tak]
cili padi [atau leh ganti dgn cili merah dan hijau yg dibelah 2]
gula melaka sket
garam secukup rasa

1. renih santan dlm periuk..
2. masukkan bahan kisar dan rempah ke dalm santan.. kacau rata n renih lagi hingga mendidih..
3. masukkan ikan, asam keping dan gula melaka..perisakan garam secukupnya
4. masak hingga agak pekat then masukkan cili padi dan belimbing[kalau guna belimbing.. asam keping tu taruk skettt je]
5. renih sampai agak2 dah pecah minyak tu.. then bleh la diangkat

Nasi Dagang sri kelantan[by Index cari.com.my]

Bahan - bahan
1 kg beras nasi dagang
1 kg santan segar
2 sd besar halba
20 ulas bawang merah
4cm halia

Cara
1. Rendam beras semalaman.
2. Hiris bawang dan halia menjadi nipis.
3.Dari perahan santan, buatkan 2 cawan santan cair selebihnya biarkan sbg santan pekat.
4.halia hiris serta halba. Sentiasa dikacau sehingga mendidih. Rasakan masin dan manisnya. Bila mendidih, angkat dan ketepikan.
5.Beras di basuh bersih dan ditos.
6.Panaskan kukusan. Sementara menunggu kukusan panas, masukkan beras dalm dulang pengukus. Tak perlu lapik dgn apa2 bahan pun sebab beras ni melekat2 dan kalau jatuh kebawahpun tak banyak. Tekan bagi padat tetapi jgn terlalu mampat.
7.Kukus selama 20 25 minit.
8.Keluarkan beras dari kukusan dan pindah masuk ke dlm besen.
9.Gaulkan beras dgn santan cair tadi. Tak perlu bubuh garam.
10.Pindahkan balik beras ke dalam dulang kukusan. Tekan sedikit tetapi jgn terlalu mampat.
11.Kukus semula dalam 25 / 30 minit lagi.
12. Angkat beras dari kukusan dan masukkan ke dalam besen.
13.Tuangkan santan pekat yang dimasak bersama bawang dan halia tadi sedikit-sedikit. Saya biasa buh dlm 2 atau 2 1/2 cawn jer, takmo kasik terlalu basah.. Gaulkan biar mesra. Pindahkan ke dlm bekas yang lain bila hendak menghidang. Tekan biar padat. Hidang bersama telur rebus,gulai ikan tongkol dan sambal nyior.

NOTA:
Seeloknya, bawang dan halia itu dihiris satu malam lebih awal. Masa memasak akan jadi lebih singkat

********************************** 

**NASI KERABU KELANTAN**

********************************** 

Bahan-bahan untuk Nasi:

Beras (terpulang pada individu)
Pewarna (terpulang kuning/biru/biasa)
Bunga Kantan (di belah empat)
2 batang Serai (di belah dua)
2 helai Daun Pandan

Cara2nya:

1) Masak nasi macam biasa dan bubuh pewarna serta daun2 di atas.

Bahan-bahan untuk Tumis:

1/2 biji bawang
2 ulas bawang putih
1@ 2 batang serai - dititik
1@ 2 sudu besar cili kisar
1 pkt santan
sedikit gula melaka
garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga kekuningan kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.

2. Apabila garing masukkan santan dan kacau hingga mendidih kemudian masukkan gula melaka, garam dan gula.


Bahan-bahan untuk Sambal Kelapa:-

1/2 pkt kelapa kering (kalau ada kelapa basah lagi sedap) - di goreng tanpa minyak separuh masak

1 ekor ikan terpulang kembung @ tenggiri - dibakar dan isinya di ambil

Sedikit bawang besar - di tumbuk

1 ulas bawang putih - di tumbuk

1 sudu besar lada hitam - di tumbuk

1 batang serai - di hiris

1 batang bunga kantan - di hiris

garam dan gula secukup rasa

Cara2nya:

1) Tumbuk bawang besar, bawang putih, lada hitam, kelapa yang di goreng dan juga ikan.

2) Kemudian letakkan di atas kuali goreng tanpa minyak sekali lagi hingga warna kekuning-kuningan.

3) Kemudian masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama serai dan bunga kantan yang di hiris tadi dan masukkan garam dan gula.


Bahan-bahan untuk Sambal cili:

5 biji lada hijau - di kisar
5 biji lada merah - di kisar
1 ulas bawang putih - di bakar
1@ 2 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Resepi ikan goreng:

Sedikit kapur
Kunyit/ pewarna kuning
sebiji telor
tepung beras
garam secukup rasa

Cara2nya:

1) Pecahkan telor dan pukul sedikit telor tersebut, masukkan kunyit, garam dan kapur makan sebatikan kemudian masukkan tepung beras dan sedikit air.

2) Kacau sebati jangan terlalu cair kemudian celupkan ikan dan goreng

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

**NASI KERABU/ULAM**

NASI KERABU TERENGGANU
[Noormasri]
Nasi:
3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.  
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.  
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Sambal kelapa/ikan:

1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi  

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.  
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ? cawan cuka.  
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Kuah Tumis Belacan

2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah}  ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara membuat:

Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.   
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.  
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.   
Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulaman -  kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.  
Tumbuk lagi hingga lumat.  
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.  
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.  
Susunkan ke dalam periuk kukus.  
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Ikan Goreng Celup Tepung

6 ekor  ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya.  Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.   
Panaskan minyak.  
Celupkan ikan ke dalam  bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI KERABU[Versi Pantai Timur]


[hanieliza]
Bahan-bahan:
Nasi putih/nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga n]i..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam...

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI KERABU/ULAM [Versi Utara]

[By hanieliza]
Bahan-Bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
1 keping ikan talang/tenggiri masin

1 s/b udang kering [gorengkan tanpa minyak]

40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 batang serai/bunga kantan


1 sudu besar kerisik [ditumbuk halus]
1 sudu teh serbuk lada


Cara:
1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. Bakar ikan kering dan tumbuk. Tumbuk udang kering.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk. Jika ada yang berketul, pecahkan.
5. Gaul nasi dengan daun-daun, serai, serbuk lada, ikan kering, udang kering, kerisik dan bawang.
6. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat. Jika rasa kurang masin bolehlah taburkan garam.

Tambahan:
Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya. Lebih banyak lebih sedap.
Boleh juga sebagai tambahan  sediakan asam rebus keladi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI KERABU ISTIMEWA

 [ninoz]

NASI
4 pot beras
4 pot air
1 batang serai dititik
2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara Memasak Nasi
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit
dan cekur.  

Cara Menghidang
1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan.  Letakkkan sedikit sambal kelapa,
sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti
solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok
goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
  
2. Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang
lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk
kegemaran.

alternative lain.. guna je nasi biasa

SAMBAL KELAPA
1 biji kelapa parut - di sangrai till golden
1 camca teh garam
2 camca besar gula
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
serai - dihiris ditumbuk
sedikit halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat
ikan temenung digoreng/dibakar n dikukutkan isinya

Cara Menyediakannya
Campurkan kesemua bahan dan disangrai atas api kecil sehingga agak
kering. jika suka..bleh ditumbuk halus kemudiannya tetapi jangan sampai pecah minyak.

CILI PADI JERUK
1)      Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.  
2)      Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ? cawan cuka.
3)      Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

TUMIS BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering
5 biji bawang merah  ditumbuk
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
? biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara Menyediakannya
1)      Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.  
2)      Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.  Masak lagi hingga pekat dan agak kering.  
3)      Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM-ULAMAN  
kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
2 batang kangkung
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

SOLOK LADA
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
? biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah
sehiris halia
2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
? cawan santan pekat

Cara Menyediakannya
1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat.  
2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan.  Tumbuk lagi hingga lumat.
3. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.  
4. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.  
5. Susunkan ke dalam periuk.  
6. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

IKAN GORENG CELUP TEPUNG
5 ekor  ikan, dibersihkan dan tos
1 cawan tpung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air
secukupnya.  Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.   
2. Panaskan minyak.  
3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


OPTION
PS  :  Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu
mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu
tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan.
Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah.

 

NASI KERABU - TIPS From: noraini noraini@antara1.po.my
Untuk pengetahuan, nasi kerabu ada bermacam-macam warna. Nasi putih biasapun boleh digunakan. Paling popular yang warna biru. Kalau kat Kelantan dipanggil nasi kerabu hitam dan yang berwarna kuning dipanggil nasi kerabu tumis. Kalau yang warna biru tu biasanya menggunakan sejenis bunga. Orang disini sebut bunga nasi kerabu... memang khas untuk memasak nasi kerabulah. Rupanya seakan-akan bunga seri pagi yang warna biru tu dan
buahnya seperti kacang sepat. Bila dimasukkan ketika nasi mendidih, bunga tersebut akan terus mencair dan menghasilkan nasi berwarna biru. Tapi nasi kerabunya tetap dipanggil NASI KERABU HITAM.

TETAPI, kebanyakan kat bandar-bandar sekarang, mereka menggunakan pewarna biru dan pewarna tu dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras dan air mengikut sukatan dan tanaklah seperti biasa. Banyak atau sikit tu terpulanglah. kalau suka gelap, letak banyak lah..

SEBENARNYA penggunaan warna tu adalah lebih menyenangkan dan tak payah bersusah payah untuk menumbuk itu ini nak dapatkan warna. Kalau ikut cara orang tua-tua dulu, selain menggunakan bunga nasi kerabu, mereka menggunakan air perahan daun mengkudu atau kunyit & cekur untuk menanak nasi kerana aromanya lebih wangi dan rasanya lebih umphhh. Sebab dulu takde pewarna.

UNTUK MAKLUMAN saudari jugak, menanak nasi menggunakan air perahan daun mengkudu menghasilkan nasi berwarna kelabu dan aromanya juga berlainan dan taklah pahit walaupun daun mengkudu tu pahit.

 

NASI KERABU KUNING

Sumber Dr Blog Pulut Bakar

Nasi kerabu kuning.
Nasi kerabu hitam.

Kalau nasi kerabu kuning, ada tumisnya.
Kalau nasi kerabu hitam, ada sambal ikan.
Sedap dimakan bersama solok lada, daging bakar dan air lada.

Ada dua bahagian :-
1) Tumis.
2) Sambal ikan.

TUMIS

Bahan yang diperlukan ialah :-

Santan kelapa
Lada kering
Bawang merah
Halia
Serai
Asam keping / gelugur
Gula atau gula melaka / nise'
Garam

Santan kelapa itu hendaklah dijadikan sebagai tahi minyak.



Santan kelapa yg dlm proses jadi tahi minyak

Santan kelapa yang dah bertukar jadi tahi minyak

Ambil tahi minyak tadi, blendkan bersama lada kering, bawang merah , halia dan serai tadi.

Tumiskan bhn bhn yang diblend tadi dgn minyak kelapa yang terhasil masa membuat tahi minyak tadi.
Tumis  hingga masak / naik bau harumnya.
Masukan asam keping, gula, garam dan sedikit perasa.

Maka siaplah tumis nasi kerabu .

 

SAMBAL IKAN

Bahan - bahan yang diperlukan :-

Ikan (biasanya PB guna ikan kembung)
Kalau duit lebih boleh guna ikan tenggiri.
Ikan ini direbus bersama dengan asam keping.

Ikan rebus yang telah masak, di perisi isinya dan ditumbuk atau diblend.
Kalau blend , jangan sampai isinya hancur lebur.

Kelapa putih.
Kelapa putih ini digoreng tanpa minyak hingga bertukar
warna menjadi kuning-kekuningan.
Setelah itu , kelapa goreng ini juga diblend.
Jangan blend hingga hancur.
Sekadar ianya menjadi halus.



Bahan bahan seperti diatas juga hendaklah diblend.
Tapi blendnya satu satu.
Jangan dicampur aduk.
Juga, perlu ingat JGN blend hingga hancur.
Sekadar ianya halus.

Setelah semua bahan bahan untuk sambal ini  siap diblend, maka ambillah kelapa putih yang digoreng dan digaul sama rata dengan halia, serai, bawang merah .
Gaulkan juga bersama gula dan garam.
Bab sambal ini, kena lah pandai pandai rasa.
Kalau rasa kurang bwg, tambah bwg,
Kalau rasa kurang manis tambah gula.

Maka , siaplah nasi kerabu tumis.

nasi kerabu ni biasanya dimakan dengan lauk tambahan.
Antaranya ialah keropok, daging bakar, atau ikat bakar pun besh jugak.

Nasi nya pula, biasanya bila hendak ditanak, dicampur dengan sedikit serbuk kunyit.
Sikit jer serbuk kunyit, nantikan pahit pulak nasi tu.

Kena pulak ada budu dan juga serbuk lada hitam, memang makan berpinggan pinggan la jawabnya.

Inilah rupanya tumis dan sambal kelapa ikan.
Budu.
Ada ayam goreng.
Ada daging bakar.
Ulam daun kesum.
Ulam bunga kantan.

Nota:Kalau nk sedap boleh letakkan lengkuas dlm ikan rebus dan makan bersama keropok ikan beserta ikan goreng celup tepung, solok lada

*********************************************

**RESEPI NASI LEMAK**

********************************************

NASI LEMAK 

[www.noormasri.tk]
Bahan-bahan :

2 cawan beras
3 cawan santan }dari setengah biji kelapa.
( kalau beras lembut kurang kan santan jadi  2  3/4 cawan saje)
1 cm halia } di mayang - jika suka
2 kuntum bunga cengkih - jika suka
1 helai daun pandan }disimpul
garam secukup rasa

Cara membuat :

Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras dlm periuk ( senang guna rice cooker), masukkan semua bahan2 di atas.
Masak seperti nasi biasa.
Bila nasi kering, gembur-gemburkan.
Angkat, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng , telur rebus dan timun.   

Nota: Jika tak mau letak cengkih dan halia pun boleh juga..tapi kak Noor lebih suka letak cengkih dgn halia sbb nanti nasik lemak tu lebih harum semerbak..


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:

1 mangkuk kecil ikan bilis  
15-20 tangkai cili kering }dikisar - jika nak pedas tambah lagi
5 ulas bawang merah }dikisar
1/2 labu bawang besar }dihiris
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
sedikit air asam jawa
air secukupnya
minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
Goreng sehingga pecah minyak dgn api yg perlahan
Kemudian masukan sedikit air, air asam jawa, gula melaka dan garam.
Biar kan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.

Nota: Jika tak nak letak bawang hiris pun boleh hanya guna bawang merah kisar dlm 5-7 ulas utk menumis
Utk menghasilkan sambal tumis yg sedap , pastikan tumis cili kisar sehingga betul2 masak/garing.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI LEMAK MAMI
Resipi dari:  Mami (Asmah Laili)

Bahan-Bahan         
1 kg beras basmati, cuci bersih dan rendam selama 10 minit, toskan2 biji kelapa parut putih, ambil santan pekat dan cair mengikut paras beras2 biji bawang besar putih (bawang Jepun), dihiris halus1 jari halia, dimayang panjang-panjang4 biji bawang putih, dimayang1 batang serai, dititik3 biji buah pelaga2 helai daun pandan, disimpulGaram secukup rasa

Cara Cara
Tuangkan santan pekat dan cair kedalam periuk nasi letrik. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan beras, beserta bahan-bahan yang lain. Masukkan garam. Rasa, jika kurang garamnya tambah. Biarkan masak sehingga kering. Setelah masak baru dikareh, supaya nasinya longgar. Enak dihidangkan dengan sebarang jenis sambal tumis dan lauk pauk yang kering beserta ulaman timun dan sayur goreng kering.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI LEMAK PANDAN 


[DianaA/www.cari.com.my]
Bahan-bahan   
1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar, digoreng
1 kg kepak ayam, digoreng
250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
beberapa helai daun pisang
  

Cara Menyediakan   

Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.

Cara menghidang

Alas pinggan dengan sehelai daun pisang. Ambil satu mangkuk nasi, letakkan ditengah-tengah pinggan. Atur disekelilingna dengan sedikit sambal, seekor ikan goreng, sekeping ayam goreng, ikan bilis, beberapa hirisan timun dan rempeyek atau keropok belinjau. Nasi ini cukup untuk hidangan 10 orang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI LEMAK PANDAN ISTIMEWA 

[bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 3 cawan beras
- Santan dari 1 biji kelapa
- 1/2 cawan air daun pandan

Bahan-bahan tumbuk :-

- 2 biji bawang kecil
- 1 biji bawang putih
- Halia 1/3 mayang halus-halus
- 1 batang serai potong kecil-kecil
- 3 sudu minyak untuk menumis
- sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :-

1.  Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi
     bila dah kuning dan dah naik baunya masukkan pulak beras. Kacau rata-
     rata bila dah sebati ramuannya masukkan air daun pandan kacau lagi.

2.  Selepas 3 minit masukkan pula santan kelapa tadi dan kacau sebati.
     masak lagi macam nasi

3.  Bila nasi dah masak boleh le hidangkan dengan daging masak merah, telur
     rebus, sedikit kacang tanah dan sambal tumis petai atau ikan bilis. Seperti
     menu nasi lemak biasa

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI - (regu nasi pandan)

Bahan-bahannya:-

-  Udang / ikan bilis
-  2 biji bawang besar - dipotong bulat
-  12 tangkai Cili kering - dibuang biji dan di kisar
-  4 biji bawang besar - di kisar bersama cili kering
-  garam ajinomoto dan gula secukupnya
-  4 papan isi petai - isinya digoreng seketika

Cara Menyediakannya:-

1.  Tumiskan bawang dan cili yg telah dikisar ke dlm kuali. Masakkan cili
     tersebut sehingga cili benar benar masak.

2.  Bila cili nampak kering masukkan sedikit air dan di gaul sebati. Kacau selalu
     supaya cili tak hangiti.

3.  Kemudian masukkan air asam jawa sedikit di ikuti gula dan kacau lagi.
     Kemudian masukkan petai,bawang yg potong dan akhir sekali masukkan
     ikan bilis yug telah digoreng atau pun udang dan petai.

4. Rasakan dengan garam ajinomoto dan gula, kacau seketika dan padamkan
    api

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Nasi Lemak Kukus 

[ninoz]

bahan2
beras - di bersihkan n tos [ guna beras pjg preferably beras siam AAA laaa]
santan secukupnya
daun pandan - carik2kan
serai - titik
hirisan halia
hirisan bwg merah/besar
sedikit halba - jika suka
garam secukupnya
sedikit gula jika suka
sesudu minyak masak

Cara

1. panaskan santan bersama daun pandan dlm api perlahan..jgn sampai gelegak aa nanti pecah minyak lak..
2. masukkan serai, bwg, halia, minyak masak n garam n gula secukup nya..
3. bior agak2 dekat mendidih tu.. masukkan beras
4. bior beras tu meresap santan tapi jgn sampai kering la.. agak lembab2 gitu...
5. then gaulkan dgn halba sket [kalau nak bagi berkilat..leh perah skettt je limau nipis..tak taruk pun tak pe]
6. hen pindahkan ke dlm kukusan yg dah dialas dgn daun pisang
7. kukus till masak..

NOTA: nasi lemak kukus yg sedap n menjadik..
      bila rasanya tak terlalu lemak, cukup terasa halia n serainya,
      cukup garamnya serta harum berbau pandan.


NASI LEMAK SOYA 

[enot03]

2 cawan beras
5 cawan soya (kalau boleh yg buat sendiri) kalau tak der soya yg dijual tapi tanpa gula..(soya yg dijual ni dah dicampur sedikit tepung utk pekatkannya..so rasa mungkin berubah..
1 inci halia (dimayang)
beberapa ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 tangkai serai (diketuk)
3 helai daun padan
garam secukup rasa...

Masukkan semua bahan (caranya samer dgn nasi lemak biasa) ,waktu memasak tu kena berhati2 sikit..sbb cepat meruap..dan beras yg kat bawah tu senang melekat..so kacau sekali sekala..kecil kan api dan biar hingga kembang dan masak.

***********************************************

**RESEPI NASI PAELLA/PILAU**

***********************************************

SEAFOOD PAELLA
Sumber kak mas cari.com
A/
olive oil atau butter
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
250gm dada ayam-potong dadu
2 tomato-buang kulit, biji dan chop
3 cawan beras-cuci dan drain
3 cawan stock ayam + 1 cawan extra
Secubit saffron atau 1 tsp kunyit atau yellow coloring

B/
500gm udang besar- bersihkan dan buang ekor
2 ekor sotong besar - potong bulat
500gm mussel/clam - bersihkan (optional)
200gm black pepper sausage - hiris serong
1 cawan frozen peas
1 green dan 1 red capsicum - potong panjang/dadu
Garam dan ground black pepper dan paprika powder
Lemon - potong wedge untuk perah atas (optional)

1. Panaskan minyak/butter, tumis bawang, garlic dan masukkan ayam. Gaul hingga masak. Ketepikan.
2. Guna paella pan atau non stick pan atau rice cooker, panaskan minyak/butter, stir fry beras dulu untuk satu minit.
3. Jika guna saffron, masukkan saffron dalam stok ayam. Masukkan 3 cawan stock ayam dan masak api sederhana (beras sama rata dgn air) hingga hampir masak.Jika guna rice cooker, transferkan ke rice cooker. Jika perlu, tambahkan 1 cawan stock lagi.
4. Sementara itu, guna minyak atau butter sikit untuk stir fry udang, sotong dan mussel, masukkan garam dan fresh grounded black pepper. Ketepikan.
5. Tumis tomato, peas dan capsicum dgn butter atau sikit minyak, ketepikan.
6. Bila nasi hampir kering, masukkan bahan2 yang diketepikan (ayam, udang, sotong, mussel, sausage, tomato, capsicum dan kacang peas). Tambahkan rasa, kalau nak pedas sikit tambah paprika powder dan gaul sekali sekala sahaja. Tutup hingga masak.

Nota:
- Optional tak payah stir fry bahan2, terus campak dalam beras dan masak sekali tapi saya suka stir fry sikit biar seal rasa bahan2.
- Buat guna beras Basmathi, pernah try calrose tapi jadi sticky dan beras siam wangi tak sesuai pasal bau akan spoilkan dish ni
- Original just guna olive oil tapi I use butter for richer taste
- Boleh campak apa saje kalau nak

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Paerlla Spaine Rice

Bahan-bahan (orang 4-6):

* 600 gram beras (biji-bijian pendek)
* setengah ekor ayam--->diambil isi shj
* 2 lobak putih/terung--->boleh diletak sayur2an lain
* 2 biji lada benggala bersaiz sederhana
* 2 biji tomato masak
* lada Hitam
* bawang putih
* parsli
* sedikit saffron
* minyak untuk menggoreng ayam
* 1/2 sudu besar jus limau
* 5/6 biji buah zaitun yg dibuang biji
* sedikit daun rosemary and thyme
* garam

langkah-langkah:

1: Panaskan minyak masak goreng isi2 ayam tadi separuh masak.Setelah hampir keperangan masukkan ayam yg digoreng tadi kedalam periuk lalu masukkan air lebih kurang 8 gelas ..tunggu sehingga mendidih...lebih kurang setengah jam..

2. Potongan lobak putih/terung dan cili goreng seketika agak2 layu

3: Goreng tomato dan bawang putih dalam minyak zaitun didlm kuali paellera (kuali paela khas), kemudian masukkan beras, gaul rata masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama2 stok
ayam (anggaran 6 biji gelas),terakhir masukkan segala2 bahan rempah dan sayuran tadi bersama2 sedikit garam.... , lada benggala,jus lemon,lada hitam,buah zaitun parsli, rosemary dan thyme....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hyderabad Rice Pilau
Sumber resepi dan gambar dr kak noormasri cari.com.my

Bahan-bahan:

-3 cawan beras
-3 sudu besar minyak masak
-4 cawan stok ayam *
-3 ulas bawang merah } mayang
-1 ulas bawang putih } tumbuk halus
-1 inci halia } tumbuk halus
-1 sudu kecil saffron
-1/2 biji kulit oren (jgn amik sampai bahagian putih nanti pahit)
-1/4 cawan kismis
-1 sudu besar lemon jus
-garam secukup rasa

Hiasan:- jika suka

Sedikit kepingan badam } panggang terlebih dahulu
sedikit daun pudina } cincang
sket daun ketumbar } hiris

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga keperangan kemudian masukkan halia dan bawang putih
Kacau hingga agak garing
Masukkan beras kacau sekejap biar sekata
Masukkan stok ayam, saffron, garam dan kulit oren
Bila mendidih dan hampir kering masukkan kismis dan jus lemon
Biarkan nasi masak spt biasa
Hiaskan jika suka

* jika nak guna kiub ayam pun boleh just guna

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

NASI PILAF SAFFRON BERKISMIS