RESEPI MASAKAN LAUT

**RESEPI IKAN**

 

^^ANEKA KARI^^

 

Kari Kepala Ikan (Indian Style) [niceghost2005]

BAHAN2:

1.5 kg kepala ikan
50 gm asam jawa di bancuh dgn 3 cawan air
3 sudu makan serbuk cili
1 1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 tin susu cair
5 biji bendi
2 biji tomato
Minyak masak & garam

BAHAN (A):
2 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
Sedikit daun kari
Kulit kayu manis & bunga lawang

BAHAN(B):
4 ulas bawang putih di mayang
3 ulas bawang merah di mayang
5 sm halia
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan srbuk lada hitam di bancuh dgn 2 sudu makan air panas
150 gm kelapa parut (putih sahaja. Di goreng sekejap dan di tumbuk kasar)

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak masak dlm kuali. Tumiskan bahan (A)
2. Masukkan bahan (B), serbukkunyit, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari n serbuk cili.
3. Tuangkan air asam jawa dan di kacau rata. Apabila mendidih, masukkan kepala ikan, bendi, tomato dan garam. Kecilkan api dan masak lagi selama 10 minit.

Selamat Mencuba.


KARI KEPALA IKAN [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
5 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/b halba campur
2 bungkus serbuk kari [bancuh ngan sikit air]
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato [belah 2]
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
minyak
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dan halia yg dimayangkan sertakan daun kari, halba campur sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh masak sehingga pecah minyak.
3. Asam jawa tadi digaul dengan pati santan dan tapiskan apabila ingin memasukkanya kedalam rempah yg telah pecah minyak tadi.
4. Masukkan kepala ikan dan tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih..atau roti biasa/canai

Kari Ikan [sapi]

2 biji bawang merah-dihiris
5 biji bawang putih-dihiris
se ibu jari halia-dihiris juga
2 biji lada merah dan 2 biji lada hijau di belah tengah(jgn dipotong dua ..cuma belah
separuh aje)
serbuk kari cap Babas setengah mangkuk digaulkan bersama air
agar pekat.
air asam
Ikan tenggiri atau pari atau bawal 6 atau 7 keping.
2 biji bendi dibelah dua (jgn dipotong 2 cuma belah tengah aje)
2 biji tomato dipotong 4
2 tangkai daun kari(setangkai dipetik daunnya,ambil daun aje,tangkai jgn ambil....lagi setangkai ambil dgn tangkainya sekali,tak payah dipetik)


Peraturannya:

Panaskan 1 senduk minyak dlm periuk.Bila minyak dah panas masukkan hirisan bawang merah,bawang putih dan halia hiris tadi.Tumis hingga bawang layu,setelah itu masukkan campuran kari tadi.Gaul dan kecilkan api..jangan sampai kari hangus.Bila dah 1 minit,masukkan air asam 3 mangkuk besar.Tunggu hingga kuah mendidih baru boleh masukkan ikan dan bendi.Tunggu sampai bendi lembut,masukkan tomato,daun kari,sesudu garam,secubit ajinimoto.Setelah 1 minit,tutup api.Dah masak.Ringkas dan sedap!

^^ANEKA MASAK LEMAK IKAN^^


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK [bebeh]

Bahan bahannya:-

- 1 ekor Ikan Patin (kalu tak ada ikan patin ikan cencaru pun boleh)
- 5 sudu besar Tempoyak Perak
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 15 biji cili padi
- 1 batang serai (di ketuk)
- 5 helai daun kesom (di ikat)
- Air ikut saiz periuk
- Garam sesedap rasa

Cara Menyediakannya:-

1. Siang ikan patin dan potong ikut suka.
2. kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan tempoyak.
3. masukkan bahan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk dan masukkan
air. Letakkan diatas api masukkan serai dan daun kesom tunggu hingga
mendidih.

4. Masukkan ikan dan garam ikut rasa sendiri. Tunggu hingga ikan masak dan
boleh dihidang

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK [NoorMasri]

Bahan-bahan:

1 kilo ikan patin
4 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugur
2 btg serai
20 tangkai cili api
3 sudu besar tempoyak
1 cm kunyit hidup
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuat:

Kunyit dan cili api ditumbuk, serai dititik masukkan ke dlm periuk diikuti asam keping, garam, ikan, daun kesum dan tempoyak
Masukkan air (kalau kurang boleh ditambah sehingga ikan kelihatan tenggelam).
Didihkan atas dapur hingga ikan masak


MASAK LEMAK CILIAPI IKAN DAN BUNGA KANTAN [hanieliza]

Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
2 kuntum bunga kantan [belah 4]
2 biji tomato buah [belah 4]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam

Bahan kisar:
15 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali buah tomato dan santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
3. Bila nampak mendideh masukkan tomato dan santan pekat.
4. Kacau lagi perlahan sehingga mendideh.
5. Tutup api dan hidangkan

asam tempoyak ikan patin


1 ekor ikan patin dipotong mengikut selera anda.
Bahan-bahan tumbuk ialah :-
6 biji cili padi } tumbuk
2 biji bawang kecil } tumbuk
1 biji bawang putih } tumbuk
1/3 inci halia } tumbuk
1/3 lengkuas } tumbuk
1 senduk kecil cili boh atau dikisar sendiri lagi best
1 batang serai
1 batang daun kunyit
Tempoyak

Cara-caranya :-

Bahan-bahan tumbuk tadi digaulkan bersama-sama ikan dan lada yang dikisar sendiri atau cili boh didalam periuk kalau boleh pakailah periuk tanah lagi nikmat. Perapkan ikan itu selama 15 minit supaya sebati ramuannya. Selepas ikan diperap masukkan pulak air untuk dijadikan kuah ikutlah banyak mana kuah yang anda nak. Panaskan periuk tadi diatas api yang serdahana kacaukan perlahan-lahan lepas 5 minit masukkan pulak tempoyak ikut juga banyak mana kepekatan kuah yang anda mahukan, masukkan serai, daun kunyit, sedikit garam, perasa dan gula jangan lupa 1 keping asam keping. Masakkan sehingga ikan empuk. Selamat mencuba.

ASAM PEDAS IKAN

bahan
500 gm ikan pari atau sebarang ikan [bersihkan]
10 biji bendir
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan [belah 2]
4 s/b minyak masak
garam

bahan mesin
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk
3 cawan air

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan buah tomato, daun kecum, bunga kantan dan bendir.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minuak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


ASAM PEDAS CILIAPI & LADA HITAM IKAN PARI

Bahan
500gm ikan pari atau sebarang ikan
10 biji bendir
1 biji tomato [belah 4]
1 pokok daun sup
1/2 cawan air asam jawa
minyak
garam

Bahan tumbuk/mesin
15 biji ciliapi
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, tomato dan kacang bendir. Perlahan api dan biarkan mendideh lagi.
4. Rasakan garam dan masukkan daun sup.
5. Bila telah amsak hidangkan bersama nasi putih.



ASAM PEDAS IKAN LADA HITAM KAK HANNAH

1 kilo ikan - apa2 saja

BAHAN MESIN
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili mesin
1" kunyit hidup
1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
belacan sebesar ibu jari

1 ikat daun kesum
1 keping asam / air asam jawa
2 biji tomato
10 btg bende

1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit
3. masukkan ikan, daun kesum dan garam.
4. Masukkan tomato dan kacang bende.

ASAMPEDAS INDEX

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Belacan (optional)
Cili kering kisar ( Buat sendiri lagik ngam)

Sedikit halba (yg ni jgn kisar)

Bahan2 taruk kemudian
Air asam jawa
Serai diketuk2 ,Daun kesom, tomato,bendi
and of course ..ikan

Cara
Tumis bahan2 kisar, halba dan serai tu sampai garing dan pecah minyak.Buh air asam, kasik gelegak. Campak2 kan daun-daunan. Masukkan ikan. Then masuk bendi. Last sekali campak2 tomato..Rasakan cukup asam garamnyer..Modified la di mana perlu, ikut citarasa masing2.

Mula2 dulu saya sceptical jugak bila kena masukkan halba ni, sebab halba kan berbau sikit. Tapi setelah saya mencuba, its not bad at all.. Kita cover bau halba tu ngan daun kesom or bunga kantan kalau ada.. Hasilnya..wallaah.. saya dah cuba dengan kepala ikan merah , ikan merah dan ikan tenggiri..Ikan pari lom try lagik.

Asam Pedas Mak Ramlah 

bahan
Sebarang jenis ikan
1 sudu teh halba
1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
1 inci kunyit hidup - ditumbuk
1 biji buah keras - ditumbuk
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
1 serai dititik
minyak masak secukupnya
garam
daun kesum
sedikit belacan dibakar
Kacang bendi

bahan mesin
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cawan air

Cara
1. Panaskan minyak dan goreng halba buat seketika. Jgn lama-lama nanti pahit.
2. Tumiskan jintan manis, buah keras dan kunyit hidup.
3. Tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi. Masukkan serai sekali.
4. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih. Masukkan belacan bakar (untuk memekatkan kuah).
5. Masukkan ikan & garam dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan tomato, daun kesum dan kacang bendi.
7. Biarkan sehingga naik minyak dan kacang bendi lembut.

^^ANEKA GULAI IKAN KERING^^

GULAI IKAN KERING[hanieliza]

Bahan-A
1 kepala & tulang ikan talang kering
1/2 biji nenas [potong keci]
1 biji kelapa [ambil 4 cawan santan]
4 sudu besar rempah kari ikan
Garam secukup rasa

Bahan B [tumis]
2 sudu besar minyak
3 pelepah daun kari
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara:
1. Bersihkan kepala ikan kering dan kerat ikut sebesar yang disukai.
Rendamkan supaya hilang masinnya.
2. Masukkan semua bahan A dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
3. Hiris bawang merah dan bawang putih. .
4. Panaskan minyak dan tumiskan sehingga agak separuh garing.
5. Bila bawang telah kuning, curahkan adunan tumis kedalam periuk yg berisi nenas dan ikan kering tadi. Tutupkan sekejap.
6. Hidangkan untuk makan

GULAI IKAN SELAR KERING DGN NENAS (versi TRG )[NoorMasri]

Bahan-bahan:

10 ekor ikan selar kering } direndam dlm air terlebih dahulu
3 1/2 cawan santan
2 cm lengkuas } diketuk
1/2 biji nenas } potong kecil
10 tangkaii cili api } jika suka pedas boleh tambah lagi dikisar
5 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar
2 cm halia }
2 cm kunyit hidup }

Cara membuat:

Bersihkan ikan. Masukkan ke dlm periuk kesemua bahan-bahan kecuali nenas, biarkan mendidih.
Bila hampir masak baru masukkan nenas
Kacau dan biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan
Selalunya masak gulai ikan kering tak perlu tambah garam sbb ikan kering dah sedia masin..

^^PERBAGAI RESEPI IKAN^^

IKAN MASAK TAUCU

Bahan-bahan
4 keping Ikan Tenggiri [boleh gunakan ikan merah, bawal putih,kembung]
1/2 cawan taucu
1 batang timun [potong kecil]
1/2 batang carrot [potong kecil]
1 s/k gula
1 s/k kunyit
air secukupnya
minyak

bahan mayang/hiris
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 biji cili besar merah
3 biji cili hijau
3 labu bwg besar

Cara:
1. Bersihkan ikan dan gaul dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
3. Masukkan taucu air, gula, cili dan biarkan mendideh.
4. Masukkan timun dan carrot.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi putih

GULAI IKAN [SIAM]

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tengiri/merah/tbala atau kembung
3 cawan santan [1 biji kelapa]
Sedikit terung pipit
sedikit buah belimbing buloh
5 helai daun limau purut
3 tangkai cili hijau (belah 2)
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
10 biji cili api
1 s/k lada hitam
5 batang serai dihiris
2 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
4. Masukkan ikan, terung dan daun limau purut. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah belimbing buloh dan cili hijau. Perlahan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Bila kuah telah pekat tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

IKAN MASAK PADANG

bahan

4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam

bahan mesin
5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkab reneh sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.


TENGGIRI MASAK ASSAM

Bahan
4 keping ikan tenggiri [boleh gunakan ikan selar atau merah]
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]
1 cawan air asam jawa [boleh gunakan cuka..3 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Bahan Mayang /hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia 1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Hidangkan dengan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam

Siakap 3 rasa 


Bahan2:
1 ekor ikan siakap
halia muda (hiris nipis/ tumbuk kasar)
bawang putih (tumbuk kasar)
tomato buah (potong 6)
sekeping nenas (potong dadu)
capsicum/lada merah
sos cili, sos tomato, sos tiram
daun sup/bawang utk hiasan
1 biji telur
1 1/2 sb majerin
Cara : Goreng ikan yg disaluti dgn telur hingga kekunigan. Angkat n ketepikan. Tumis b.putih, halia, tomato buah, nenas hingga kekunigan. Masukkan sedikit air. Masukkan sos cili, sos tomato (*sikit ajer sebab dah masam*) n sos tiram. Rasakan garam n gula. Bila mendideh masukkan ikan. Biarkan sebentar, masukkan capsicum. Tutup api, masukkan mentega/marjerin(rahsia utk nampak pekat n berkilat). hiaskan dgn daun bawang/sup.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

^^EDISI IKAN KUKUS^^

Ikan kukus I

beli ikan yg segar .. bersihkan ...
hiris bawang putih, bwg merah, halia, serai & lengkuas...
bawang besar potong bulat2
pastu ... hias ikan tu dgn bende2 yg di potong dlm pinggan besar ...tabur sket garam & letakkan buah plum jeruk dlm botol tu ...
masukkan ikan sepinggan tu dlm periuk kukus ... kukus la ..sampai ikan tu masak

variasi [virgamol]
boleh curahkan setengah sudu kecik minyak bijan...
kasi harum sikit bau ikan kukus tu...


ikan kukus II [pinatbate]

Bersihkan ikan siakap dengan limau nipis atau asam jawa..Pastu gaul ikan dengan garam dan lada hitam.

Tumbuk halia ngan bawang putih..lumur kat badan ikan tu..letak ikan dalam pinggan..tuang la sos tiram sesudu dua..perah limau nipis sket,tabur daun bawang.

Kukuslah sampai masak...makan cicah ngan kicap campur cili api

Ikan Kukus [ariesha]

ikan di perap ngan garam ...
masukkan dalam pengukus...
taburkan cili padi, halia, bawang dan tomato yg telah dihiris...
perahkan air asam limau,
tuangkan skit sos tiram... dan kukus...
biasa.. saya masukkan skali sayur brokoli, bunga kubis dan putik jagung...
baru nampak meriah skit...
sedap makan panas2 ni...



ikan stim 

ikan siakap/kerapu/yg sesuai utk distim
bawang putih (dimayang)
halia (dimayang)
carrot (di potong panjang halus)
mushroom hitam (dipotong)
daun sup (dipotong panjang)
asam keping (dipotong nipis)
asam boi (beberapa biji)
sos tiram
sos ikan
garam secukup rasa
gula sikit je

cara membuat:
gaulkan ikan dgn garam dahulu. letakkan ikan dlm piring/pinggan yg panjang. taburkan bawang putih, halia, asam keping, carrot, mushroom hitam, asam boi ke atas ikan. kacau sebati sos tiram & sos ikan dan gula sikit bersama sedikit air. tuangkan ke atas ikan. didihkan air dalam bekas kukus.... dan kukus ikan sehingga masak. taburkan daun sup sebelum angkat.

p/s: kalau takde periuk kukus yg khas boleh buat camni... masukkan air dlm kuali atau periuk yg agak besar. then letak mcm kaki tiga/besi/lesung batu kat tgh2 periuk. then letak lah pinggan atau loyang yg hendak dikukus. jgn lupa penutup.

IKAN KUKUS

Bahan-Bahan:
3 keping ikan tenggiri
2 ulas bawang putih(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
1 inci halia (di hiris)
1 lada hidup (di hiris)
sedikit garam [jika perlu]
lada sulah hitam (di tumbuk kasar/jgn terlalu halus)
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
tomato [belah 6]

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bawang putih, halia dan lada hidup yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan juga sedikit lada sulah hitam dan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan hidangkan.

 


TIP IKANKUKUS

elalu akak kukus ikan dlm oven..lebih senang caranya begini:

hamparkan aluminium foil dlm dulang pembakar pastu letak ikan atas foil tu sekali dgn rencah2 utk stim pastu bungkus elok2 dan pastikan yg hujung lipat kemas supaya tak bocor dgn ini bila masuk oven stim yg terhasil akan terperangkap didlmnya dan mampu memanaskan ikan sehingga masak

pastu masukkan dlm preheated oven pd suhu 200'C selama 20-30 minit bergantung kpd saiz ikan

Bila masak angkat letakkan dlm pinggan bujur dan buka aja foil di bahagian atas..ermmm faham tak..tak pe next time bila akak kukus ikan akak amik gambonya step by step..supaya terang lagi bersuluh hehehe..

cara ini kuah ikan tu tak lah jd byk (cair) kalau kita kukus guna steamer biasa air kondensasi tu akan turun dan terkumpul dlm pinggan ikan semasa proses mengukuskan

akak suka cara ni sbb selalu ikan yg nak dikukus tu panjang dan lebih cantik jika kita tak kerat 2 (stim sekor cam tu) dan kebiasaan steamer tak boleh masuk seekor ikan tanpa dikerat kan..


ASAM REBUS IKAN stail UTARA

Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[3 ekor ikanselar/kembung/cermin ]
4 keping asam keping
3 tangkai daun kesum
bendir atau timun tua [jika suka]

Bahan-bahan mesin
3 ulas bawang kecil
3 biji cili merah
2 cm belacan
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Masukkan semua bahan kecuali ikan dlam peiruk dan masak sehingga mendideh
3. Biar menggelegak baru masukkan ikan dan bendir atau timun tua. Biarkan mendideh lagi..
4. Rasakan garam dan angkat. Hidangkan.

IKAN KUKUS KASTURI [MAKLANG]


Bahan Bahan

1 ekor ikan siakap (lebih kurang 1 kg)
6 ulas bawang putih (dicincang)
6 biji limau kasturi (diambil jus)
2 s/besar sos ikan
1 s/besar gula
? biji nenas (dipotong dadu)
2 biji tomato
garam secukup rasa


Bahan Bahan (dihiris)

8 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut


Cara Menyediakannya

1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan biarkan selama 20 minit,
letakkan ikan di dalam pinggan atau bekas tahan panas.

2. Taburkan semua bahan yang dihiris, bawang putih, nenas dan
tomato di atasnya.

3. Satukan air limau kasturi, sos ikan, gula dan garam di dalam
mangkuk, tuangkan ke atas ikan rata-rata.

4. Kukus kesemuanya selama 25-30 minit atau sehingga ikan
masak.



Ikan kukus [ayhsa]

ikan yg segar - siakap, bawal putih, kurau
lada padi dan bawang putih - ditumbuk lumat, banyaknya ikut size atau jumlah ikan dan nak pedas mana.
hirisan halia muda
hirisan serai
limau nipis atau kasturi
sos ikan

optional - sayuran spt kobis asin, hirisan lobak merah, cendawan kering yg telah direndam.

bersihkan ikan dan kelar2 kat badan ikan tu. lumurkan lada padi dan bawang putih pada seluruh ikan. sumbatkan hirisian halia dan serai pada kelaran dan pada perut ikan.

letakkan ikan pada bekas yg tahan panas dan cucurkan sos ikan ke seluruh ikan (jgn banyak sangat...nanti terlalu masin). perahkan limau ke seluruh ikan.

ikan dan sedia dikukus. bila dan setengah masak, baru masukkan sayuran.



SIAKAP KUKUS ALA THAI [NoorMasri]



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap/senangin/seabass (seberat 600 g)
2 tangkai cili merah } dihiris
8 tangkai cili padi }diketuk
3 biji asam boi
3 ulas bawang putih }dimayang
1 inci halia muda }dimayang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
air perahan limau nipis secukup rasa
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun ketumbar }dihiris

Cara membuat:

Bersihkan ikan dan toskannya.
Masukan ikan ke dalam pinggan bujur yg sesuai utk pengukus .
Campurkan sos ikan dan kicap cair kemudian curahkan di atas ikan sehingga sekata.
Kemudian taburkan halia , bawang putih dan asam boi diatasnya.
Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih
Letakkan pinggan yg mengandungi ikan ke dalam pengukus.
Kukus sehingga masak lebih kurang 20-25 minit.
Setelah masak taburkan cili merah , cili padi, daun ketumbar, daun bawang dan perahan limau nipis ke atas ikan tadi.
Sedia untuk di hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.

Tips: Kak Noor tak suka kukus ikan guna pengukus sbb leceh nak kuarkan ikan tu dr pengukus silap2 tumpah jus/kuahnya dan satu lagik jika ikan tu panjang kadang tak muat nak masukkan dlm pengukus, apa yg k Noor buat ikan tu dibubuh dlm aluminium foil, balut kemas2 hujungnya jgn sampai bocor pastu buh dlm dulang pembakar pastu masuk oven selama 20 min pd suhu 180'C, (oven preheated dulu la) konsep stim ikan dlm oven..lebih mudah dan ringkas...bila sudah masak koyakkan/buka aluminum foil kuarkan ikan ke dlm pinggan hidangan..

gambo diatas hasil stim dlm aluminium foil di dlm oven

 

IKAN PARI BAKAR[DianaA]

Bahan-bahannya
2 ekor ikan pari, dipotong dua dan dibersihkan
3 sudu makan kicap
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
5 biji limau kasturi

Bahan untuk dikisar
10 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan kicap, gula, garam dan serbuk perasa. Jika suka boleh letak sedikit gula timbang/ gula melaka supaya rasa lebih umpphh. Setelah rempah masak, ketepikan.
2. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega dan alaskan dengan daun pisang. Letakkan ikan pari diatas daun pisang, dan tuangkan rempah yang telah ditumis tadi diatas ikan. Letak sedikit mentega diatas ikan jika suka.
3. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 40 minit. Angkat, sewaktu dihidang boleh perahkan jus limau kasturi.

Nota: Jika tidak mahu membakar dalam oven boleh juga bakar ikan pari dalam kuali non-stick kemudian tuangkan sambal diatas dan bakar sekejap lagi dan hidangkan.



IKAN PARI MASAK PECEL[DianaA]

Bahan-bahannya
3 ekor ikan pari yang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong dua
2 biji bawang besar, dipotong 8
1 ulas bawang putih, dipotong 2
9 biji cili padi thailand
3 cm belacan
4 biji kencur
1/2 kotak santan
garam secukup rasa
serbuk perasa
minyak secukupnya.

Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak, goreng belacan, bawang besar, bawang putih dan cili padi thailand. Bila semua telah layu angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang sedikit di kuali, kemudian masukkan ikan pari dan goreng sedkit sehingga isinya masak. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar bawang, bawang putih, belacan, cili padi yang telah digoreng dan juga kencur. 
4. Masukkan bahan kisar didalam periuk, berserta ikan pari yang telah dibakar tadi. Ikan pari itu boleh disiat-siat isinya jika mahu. Bila rempah mendidih, masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Reneh sekejap. Matikan api, boleh angkat dan hidangkan.


BOTOK-BOTOK IKAN [cranko21]

BAHAN A

1 ekor ikan tenggiri potong ikut mana besar u nak ler – bersihkan, tos dan ketepikan
daun mengkudu belanda
daun pucuk ubi
daun kesum
daun selasih/ kemangi
daun kunyit – di hiris halus
garam secukup rasa
beberapa helai daun pisang, untuk membungkus botok2 tu tadi.


BAHAN B - di mesin halus

6 sdm rempah ikan
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 batang serai
6 biji lada hidup
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3 cwn kelapa
2 cwn kerisik

- Mesin halus bahan2 B. Masukkan garam, ikan dan daun kunyit yg dah di hiris tadi dan gaul rata.


CARA MEMBUNGKUS

Ambil daun pisang dan tarukkan daun2 tadi (ubi, mengkudu belanda, kesum, selasih) di atas daun pisang tadi, kemudian..letakkan sepotong dua ikan tenggiri bersama dgn rempah2 tadi. Bungkus dan sematkan lidi daun pisang tadi (seperti buat kuih jongkong) dan kukus selama 30 hingga 45 minit





Botok-Botok Ikan (Johor & S'pore) [dindazZz]
Kiriman: Warda Leela
Sumber: Arwah Mami


Bahan-Bahan:
2 ekor Ikan Tengiri/Mambong
8 Ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2" halia muda (tumbuk)
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar)
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar)
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar)
2 biji buah keras (kisar)
? cwn asam jawa
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.

Daun pucuk Ubi
Daun kaduk
Daun pokok teh
Daun kentut2
Daun tengek burung
Pucuk labu, Pucuk betik.
p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
Daun pisang (untuk bungkus)
Cara:
1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.
2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).


BOTOK-BOTOK IKAN [dindazZz]

BAHAN-BAHAN

600 g ikan tenggiri
1 biji kelapa parut, dibuat kerisik
1 biji kelapa parut, diperah 300 ml santan pekat
5 mata asam jawa
beberapa helai daun pisang, setiap satu sebesar 10 cm x 15 cm
garam secukup rasa
100 g daun mengkudu belanda

BAHAN-BAHAN(a)
(Digiling halus)
6 sudu makan rempah daging
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai, dihiris
6 biji lada hidup
1 sudu makan lada putih
2 cm belacan
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN(b)
(Dihiris halus)
100 g daun pucuk ubi muda
10 helai daun kunyit
50 g daun puding teh
50 g daun kesum

CARA-CARA

1. Bersihkan ikan dan potong setebal 5 cm dn toskan. Kemudian gaulkan sebahagian dari bahan-bahan (a) hingga rata
2. Campurkan bahan (b) bersama-sama kerisik dan bubuh sedikit garam. Gaul rata-rata
3. Dadihkan santan pekat dengan sedikit garam

CARA MEMBUNGKUS

1.Taruhkan 5 helai daun mengkudu belanda di atas sekeping daun pisang. Bubuh ikan yang bergaul rempah dan sayuran-sayuran yang bergaul rempah juga.
2. Tuangkan satu senduk dadih di atas bahan-bahan ini. Lipatkan daun mengkudu dahulu supaya ia membungkus ikan dan sayur sayuran dan kemudian dibungkus ia dengan daun pisang.
3. kukuskan botok-botok ini selama 45 minit

IKAN PANGGANG PERCIK DIANA [hanieliza]
[sumbangan DIANA]



Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap,dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar

Bahan-bahan sambal percik:
2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut)
jus dari sebiji limau nipis atau lebih
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
sekeping kertas timah (aluminium foil)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi.Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat.Masukkan garam,gula dan jus limau nipis.
2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan.Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak.


pais ikan[shidaaziz]

1. anak ikan
2. bawang merah - tumbuk
3. bawang putih - tumbuk
4. cili blender
5. sedikit santan
6. daun kunyit hiris halus
7. garam secukup rasa
8. daun pisang

gaul semua bahan dengan anak ikan & bungkus dengan daun pisang. bakar.

Pais Ikan[pentium_catz ]

bahan2:
1. ikan tengiri-potong2
2.bawang merah
3.bawah putih
4.serai
5.halia
6.buah keras
7.kunyit
8.daun limau purut
9.cili kering
10.daun pisang - utk membungkus otak2 (layukan atas api dahulu)
garam dan gula secukup rasa

cara2:
blend semua bahan dia atas ((bhn no 2 - 9)
ikan bersihkan.potong- letak dlm mangkuk
tuangkan bahan yg dah di blend tadi ke dalam magkuk berisi ikan..gaulkan..masukan garam dan gula secukup rasa.
letak seketul ikan atas daun pisang yg dah dilayukan atas api tadi- sertakan rempah /bahan yg diblend tadi- bungkus cam bungkus tapai..
buat sampai habis.
kukus dalam 20 minit ..
siappppp......

PAIS IKAN [hanieliza]

Bahan
500 gm ikan tenggiri atau kembung
1 biji telur ayam
1/2 cawan jus asam jawa
1 helai daun kunyit [hiris halus]
daun pisang [layurkan dulu]
garam

Bahan Mesin
1/2 biji kelapa parut
1 s/b rempah ketumbar
1 s/k jintan kasar
10 tangkai cili kering
3 batang serai
2 biji buah keras
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Ikan dibersihkan dan toskan sehingga kering.
2. Gaulkan bahan mesin dengan daun kunyit, jus asam jawa, telur dan garam sehingga sebati.
3. Letakkan bahan gaul diatas daun pisang dan letakkan ikan. Letakkan lagi bahan gaul sehingga menutupi ikan.
4. Lipat daun pisang dan kukuskan selama 20 minit. Boleh juga gunakan microwave pada setting MEDIUM selama 15 minit. Boleh juga kalau nak bakar..gunakan kuali jer pada api perlahan selama 20 minit tetapi kena terbalikkan dan kalau boleh ada penutup kuali.
5. Hidangkan dengan nasi.




SATAR[DianaA]

Bahan-bahannya
400 g ikan tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camt gula
1 camt belacan
2-3 biji cili merah, dicincang
1-2 camt serbuk cili
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empatsegi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Caranya
Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camb campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).


SATAR [NoorMasri]

Bahan-bahan:

10 ekor ikan kembung } ambil isinya
1 biji kelapa } diparut
1 cm halia } tumbuk
12 ulas bawang merah } dtumbuk lumat
2 biji cili merah } dihiris
garam dan gula secukup rasa
daun pisang secukupnya

Cara membuat:

Isi ikan dan kelapa parut ditumbuk lumat
Campurkan pula bawang, halia, garam, gula dan cili merah sehingga sekata
Ambil daun pisang dan buatkan kelonsong
Masukkan ikan yg digaul tadi
Buat sehingga habis dan bakar di atas bara api yg sederhana
Enak dimakan begitu saja...yummyyyy



IKAN BELAH BELAKANG aka IKAN SUMBAT KELAPA

BahaN:
4 ekor ikan cencaru atau ikan kembung [dicuci dan dibelah dibelakang]

Bahan Mesin/Sumbat
2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
8 tangkai cili merah
1 cawan kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukup
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara Memasak
1. Mesinkan bahan sumbat dan gaulkan dengan air asam jawa dan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam convection oven dalam suhu 180'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

NOTA
kalau nak goreng..gorengkan saperti goreng ikan biasa
Back to top 


MASAK KICAP IKAN TENGGIRI

Bahan-Bahan:
500 gm ikan tenggiri
1/2 cawan kicap pekat manis
4 s/b sos tomato
minyak
kunyit
garam

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

Cara:
1. Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam. Gorengkan saperti biasa tetapi jangan garing.
2. Keluarkan minyak dan masukkan bahan yg dihiriskan. Kacau rata.
3. Masukkan kicap, sos tomato dan kacau rata.
4. Masukkan lada hitam dan gaulkan rata. Rasakan garamnya.[selalunya takperlu masukkan garam]
5. Tuangkan kuah atas ikan didalam pinggan dan hidangkan
Back to top 
View user's profile Send private message
hanieliza


IKAN BAKAR

Bahan
1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar]
batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan mesin/tumbuk
5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau seh ingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan dalam kuali non-stik pada api paling kecil [sehingga ikkan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini

 

 

KUPANG/LALA

SUP KUPANG (MUSSEL) ALA THAI aka TOMYAM THAI [Noormasri]



Bahan-bahan:

1 kg mussels
2 batang serai } dihiris nipis
1 cm lengkuas } dihiris nipis
1 tangkai daun ketumbar } dihiris
1 ulas bawang putih } diketuk
7-8 tangkai cili api } diketuk/dihiris jika suka pedas boleh tambah lagi
5-6 helai daun limau purut
2 sudu besar sos ikan
jus limau nipis secukup rasa
1 sudu besar pati santan - boleh tambah jika nak lagi power
750 ml air

Cara membuat:

Dalam periuk , campurkan serai, daun limau purut, lengkuas, bawang putih dan air.
Bila mendidih, kecilkan api masukkan santan, sos ikan, jus limau nipis , cili api, mussel dan garam secukup rasa.
Biarkan makanan laut masak boleh lah diangkat.
Taburkan dgn daun ketumbar sebelum dihidangkan

Nota: Kupang tu boleh juga digantikan dgn seafood lain yg digemari

ROJAK PAMELO [hanieliza]



BAHAN2:-
1 biji buah limau bali [limau besar]..buangkan kulit dan ambil isinya sahaja.
kacang goreng tumbuk kasar

Bahan Kuah Rojak:-
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula

Cara:-
1. Mesinkan semua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.




KERANG****



RENDANG KERANG

Kerang hidup
1 batang serai
Lengkuas
Halia
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
1 mangkuk santan pekat
Sedikit kerisik

CARA-CARA :-
1. Rebus kerang terlebih dahulu.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & cili kering.
3. Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi bersama daun limau purut.
4. Setelah nampak kering sedikit, masukkan kerang yang telah dikupas.
5. Masukkan santan & sedikit air.
6. Agak2 nampak kering, masukkan kerisik & garam.
7. Masak sehingga kering.


SAMBAL KERANG

Bahan
1 kilo kerang [kukus dan ambil isi sahaja]
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garm, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan kerang dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya bawang agak layu dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa/nasi lemak atau mee kari

Gulai Kerang

1kilo kerang (basuh dan jangan buang kulit)
1/2 packet rempah kari babas
bawang merah & putih (untuk menumis0
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit santan (ikut suka jangan terlalu banyak)
1/2 inci halis (ketuk)
2 gengam daun kadok

caranya:

tumis bawang masukkan rempah (rempah dan bawang tumbuk dicampur dengan air) biarkan sehingga pecah minyak. lepas 2 masukkan kerang, halia dan santan bila dah mendidih masukkan daun kaduk. dan sedia untuk dimakan. untuk pengetahuan semua kuah dia akan jadi agak kehitaman sebab kita dah asukkan daun kadok.

cuba la kalau nak tau rasanya.

*******************************************

KETAM***

Ketam Goreng Ala Thai

1/2kg Ketam (dipotong 12)
3 Biji Bawang Besar
3 Tangkai Daun Bawang
3 Tangkai Daun Sup
3 Biji Bawang Putih
4 Biji Cili Merah
2 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Tepung Jagung
1 Sudu Kicap Soya
1 Sudu Besar Kicap Cair
1/2 Sudu Besar Serbuk Lada Sulah
2 Biji Telur
4 Sudu Besar Serbuk Kari Thai

CARA MEMBUAT

1. Ketam yang telah dipotong dan dicelup dengan tepung gandum.Digoreng.
2. Pecahkan telur, masukkan kari,sos tiram,gula,kicap cair,serbuk lada sulah dan pes tomyam.
3. Tumiskan bawang putih,bawang besar.rempah kari dan tumiskan.
4. Masukkan ketam ke dalam rempah yang telah siap ditumis.



TOM YAM KETAM

Bahan-bahan yang diperlukan:

500 gm ketam (rebus dan potong mengikut kesukaan)
10 biji cili padi (diketuk)
2 batang serai (dititik)
2 biji tomato (dibelah 4)
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
5 tangkai cili kering (digiling)
3 biji bawang merah (digiling)
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun sup (dihiris)
5 cawan air rebusan ayam
1.2 gm halia

Cara-cara membuatnya:

1) Panaskan minyak dan tumis cili giling, kemudian angkat dan asingkan.
2) Masukkan ketam dan serai ke dalam air rebusan ayam dan masak hingga mendidih.
3) Masukkan daun limau purut, bawang besar, cili padi dan tomato.
4) Akhir sekali, apabila hendak diangkat baru masukkan cili goreng tadi.

Selamat mencuba!

p/s :- Resepi ini disumbangkan oleh Restoran Famous Thai

NI dia resepi yg kawan saya masakkan hari tu..rasacinta cari.com

KETAM MADU

Bahan-bahannya:
2 ekor ketam saiz besar
1 biji tomato ] dihiris
2 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil rempah beriani
1 cawan santan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
minyak utk menggoreng dan menumis

Bahan kisar:
1 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

how to cook:
1. Bersihkan ketam dan goreng hingga masak.
2. Tumis kesemua bahan kisar sehingga naik aroma.
3. Masukkan bahan lain kecuali santan, madu dan ketam. Biarkan sehingga pes naik bau baru dimasukkan madu dan santan.
4. Setelah mendidih, baru masukkan ketam dan biar sebati.
5. Apabila kuah pekat barulah diangkat.


KETAM BERCILI ALA BOMBAY

Ketam
1 tangkai daun kari
Sedikit cuka
Halia (dihiris)
Minyak

BAHAN-BAHAN KISAR :-
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih

CARA-CARA :-
1. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan daun kari serta hirisan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar & tumis sehingga sambal agak kering.
3. Setelah garing, masukkan ketam yang telah dibersihkan. Gaul.
4. Perlahankan api & masukkan sedikit cuka.
5. Tutupkan kuali.
6. Ketam tidak perlu masak terlalu lama & akhir sekali masukkan garam.

KETAM SWEET_SOUR

Bahan
1 kg ketam
1/2 cawan sos tomato
3 s/b sos cili
1 cawan air
1 biji tomato buah [belah 6]
1 biji telur
1 pokok daun bawang [potong kecil]
minyak
garam

Bahan hiris/mayang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
2 tangkai cili merah

Cara:
1. Ketam di kopakkan kulit belakang dan potong jarinya.Potong 2 dan bersihkan. Toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
3. Masukkan air, sos tomato, sos cili dan etam. Biarkan mendideh dan ketam masak betui.
4. Pecahkan telur dan kacau sedikit. Masukkan dalam kuali. Kacau rata.
5.Perlahankan api dan biarkan sampai pekat sikit.
6. Taburkan daun bawang dan tutup api. Hidangkan.


SIPUT****
ini yg selalu mok nik masak kalau jumpa siput

Bahan A
1 kilo siput sedut
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikt lengkuas
sedikt kunyit
5 tangkai cili api(kalau nak pedas tambah lagi ..pedas sangat nanti tak boleh sedut)
segengam kelapa parut - di goreng

(semua bahan ini diblend)

Bahan B
santan
Daun Kadok
Daun kesum
garam,gulam,asam keping

Cara membuatnya

Masukkan bahan yg diblend kedalam santan bersama asam keping
Bila sudah mengelegak,masukkan daun kesum,daun kadok dan garam serta gula
Bila semua dah sebati rasa, masukkan siput,bila mengelak tutup api
Jangan terlalu masak,nanti tak keluar siput tu

inilah hasilnya


ASAM REBUS SIPUT SEDUT
sumber resepi dan gambar:- http://ala-alakampung.tripod.com/m4/ep6.htm

Bahan - bahannya :-
500 gm siput belitung
1/2 sudu belacan
4 biji cili merah
8 biji cili padi
1 batang serai
2 keping asam keping
2 batang keladi
Garam, Gula, Bahan perasa

Cara membuatnya :-
- Tumis semua bahan rempah di dalam kuali .
- Masukkan batang keladi yang telah dipotong .
- Masukkan garam , gula dan serbuk perasa .
- Kemudian didihkan .
- Masukkan siput belitung dan biarkan hingga masak .
- Sedia untuk dihidangkan .


siput sedut nie sedap kalau makan macam sweet sour selalu kat rumah buat agak aje....PUANSRI

1) bawang besar,bawang putih, halia di kisar.
2) tomato sos, cili sos,cili boh
3) cili padi -potong
4) telur 1 biji
5) siput sedut -yang telah di buang/ ketuk belakang nya supaya dapat sedut dgn mudahnya.

Tumiskan bahan (1) hingga wangi masukkan cili boh hingga agak masak baru masukkan sos... rasa...kalau tak cukup sos tambah lagi. masukkan siput sedut hingga masak. sebelum tutup api masukkan telur yang telah di pukul sedikit. masukkan cili padi jika nak kick lagi. -siap-


bahan2
sipot sedut, buang montotnya sedikit, bersihkan dan toskan air
beberapa biji keledek - kupas kulit dan potong dadu (dlm 1.5 to 2 inches)
asam keping
sedikit air
santan pekat

ikan bilis atau udang kering sedikit }
kunyit hidup } tumbuk
lada padi } halus
bawang kecil }

Cara memasak:

masukkan sedikit minyak (sikit saja tau) dan masukkan bahan2 kisar
Birkan hilang bau sedikit dan masukkan air, Santan, asam keping dan keledek dan biarkan keledek empok sedikit.
Masukkan sipot sedut & garam dan biarkan mendidih dan sipot masak.


p.s.
kekadang takde keledek.. I guna batang keladi atau keladi jer.




MASAK LEMAK SIPU DAUN KADOK
Bahan A
1 kilo siput sedut
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikt lengkuas
sedikt kunyit
5 tangkai cili api(kalau nak pedas tambah lagi ..pedas sangat nanti tak boleh sedut)
kelapa parut di goreng

(semua bahan ini diblend)

Bahan B
santan
Daun Kadok
Daun kesum
garam,gulam,asam keping

Cara membuatnya

Masukkan bahan yg diblend kedalam santan bersama asam keping
Bila sudah mengelegak,masukkan daun kesum,daun kadok dan garam serta gula
Bila semua dah sebati rasa, masukkan siput,bila mengelak tutup api
Jangan terlalu masak,nanti tak keluar siput tu


SOTONG**********


Sotong Pesemol

SOTONG PESEMOL
Sumber: Restoran Pak Amir
Gambar Sumbangan: Maklang

Bahan-bahan :
1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cili merah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua
2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin :
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas
1 helai daun kunyit dihiris nipis
2 camca kecil Gula Jawa
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya :
Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan bahan-bahan yang
dimesin sampai wangi
Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat
Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit.
Sajikan 

SOTONG MASAK HITAM ALA PENANG [Mak Lang]

7 ekor sotong } dipotong bulat2
Serbuk kari daging
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 biji bwg besar } dihiris bulat
cili merah } dihiris serong
ciili api }

Cara
Sotong dibersihkan dan digaul bersama2 serbuk kari daging dan perapkan selama 30'. Panaskan minyak, gorengkan sotong separuh masak dan ketepikan. Masukkan pula hirisan bwg dan cili.Kacau.Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau.Akhir sekali masukkan sotong, goreng sekejap.Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.


***********************************************


KETUPAT SOTONG [cranko21]

Bahan2:

10 ekor sotong yg besar - bersihkan dan tos airnya.
1 biji bawang besar - tumbuk halus 
sedikit halia - tumbuk sedikit 
5 biji bawang kecil - di hiris halus2
1 sdm halba
sedikit kunyit
Garam + gula secukup rasa
1 cwn pulut - bersihkan dan rendam selama 1 jam
2 cwn santan pekat
3 cwn santan cair
batang lidi


Cara:
Tos pulut yg di rendam dan masukkan dlm bekas campurkan & 2 cwn santan pekat & sedikit garam.
Sumbatkan ulut ke dalam sotong (1/2 penuh) dan cucuk lidi di hujung sotong agar tiada pulut akan terkeluar.

Dalam periuk, masukkan 3 cwn santan cair, halba, bawang kecil yg di hiris, bawang tumbuk, halba & sedikit garam & gula. Masukkan sotong yg telah di isi pulut tadi dan belen2 santan pekat tadi. Biarkan masak di atas api sederhana hingga pulut masak (sekurang-kurangnya 30 minit) Nota tambah sedikit santan cair atau air kalau semasa process memasak tadi santan terlalu kering. Kelar-kelar sedikit sotong tadi dan hidangkan panas2.


Nota kaki: semasa memasak jgn taruk too much garam.. kerana takut terlalu masin bila santan memekat.

Ketupat Sotong [nsutra]

10 ekor sotong...
beras pulut...masukkan dalam sotong dalam 2 sudu besor...jangan masuk separuh ...kang penuh terkeluar plak ....
1 cawan santan cair...
1/2 cawan santan pekat..
1/2 sudu kecik halba..
2 biji bawang merah di mayang...
garam..

memula rebus sotong yg telah diisi dengan pulut dengan secawan santan cair..masukkan sekali halba dan bawang merah yang dimayang halus...
lbila dan mendidih masukkan santan pekat..rasakan garamnya....

siap....

Ketupat Sotong [tunteja78]

bahan2 (sukatan main agak je )

sotong
santan
beras pulut
gula melaka
garam
daun pandan

cara2

rendam beras pulut ngan santan (sejam dua pon dah ok)

masukkan beras pulut dlm sotong..3/4 atau setgh je (jgn buang balance beras pulut yg dah rendam tu)

masukkan kepala sotong..'pin'kan ngan lidi

susunkan sotong lm peyok..letak daun pandan..santan..gula melaka n garam cecukup rasa

bila sotong dah mula mendidih..masukkan balance beras pulut..ketupat sotong masak bila pulut yg baru dimasukkan tu masak..

ps:leh gak kl nak letak serai atau bwng besar..tp personally teja x suka yg letak serai..rasa dia lari..yg letak bwg besar tu okla..x ubah rasa




KETUPAT SOTONG (versi Trg)[NoorMasri]

Bahan-bahan:

12 ekor sotong jarum (hok ada telur lagi sedap)
1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
? sudu kecil halba
2 cm halia } dimayang halus
5 ulas bawang merah } dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
12 btg lidi sepanjang 2 cm

Cara membuat:

Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 2 jam
Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir ? badan sotong
Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
Rebus hingga sotong hampir masak
Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.
Sedap diratah begitu saja..nyummy.

jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas




KETUPAT SOTONG [hanieliza]

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong
1 cawan beras pulut
2 inci halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
1 sudu besar halba
2 cawan santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Gula & garam(secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam beberapa jam.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat



Ketupat Sotong [akuu]

sotong...sederhana besar
10 sudu besar santan + 1 cawan air

Bahan pulut :
Beras Pulut
5 sudu santan pekat + 1 cawan air
garam

Kuah:
Santan Pekat
Bawang merah...dihiris halus
Halia...dihiris halus
sedikit halba
garam
gula

cara:

1) Rendamkan semua bahan pulut tadi selama 1/2 jam.

2) Kemudian sediakan kuah . Campurkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Jangan berhenti kacau selagi ia belum mendidih...takut berketul-ketul.

3) Sumbatkan pulut kedalam sotong..jgn penuhkan..nanti ia akan terkeluar..kemudian cucuk dengan lidid. Buatsampai habis.

4) Kemudian masukkan sotong dalam santan yang cair tadi. Masak hingga air hapir kering.

5) Bila dah masak...buang lidi...dan masukkan dalm kuah tadi...

Sedap di makan masa panas2....my hubby suka sgt....


KETUPAT SOTONG PEDAS [hanieliza]

8 ekor sotong sederhana besar [buangkan kulit luarnya dan bersihkan]
200 gm beras pulut [rendam beberapa jam]
2 cawan santan
1 pokok daun bawang [hiriskan]
bawang merah
garamlidi satay

Bahan Kuah
1 s/b cili mesin
5 ulas bawang merah ]
2 ualas bawang putih ] mesinkan
secubit belacan ]
1 batang serai [ketukkan]
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan kacang goreng [mesinkan kasar]
minyak

Cara
1. Kukuskan pulut dengan santan dan garam sehingga masak dan sejukkan. Gaulkan dengan daun bawang supaya wangi.
2. Masukkan pulut dalam sotong separas 3/4 perut sotong itu. Gunakan lidi satay untuk menutup perut sotong.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dimesinkan sehingga wangi.
4. Masukkan sotong, serai, air asam jawa, gula merah dan biarkan sehingga mendideh dan naik minyak.
5. Bila dah mendideh masukkan keacang tmbuk dan biarkan sehingga pekat.
Bila dah nampak naik minyak boleh hidangkan


RENDANG SOTONG

Bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.


sotong tumis kuning

bahan2:
beberapa ekor sotong-potong bulat
seulas bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih- hiris
sedikit halia - hiris
2 biji cili hijau - potong memanjang
sehelai daun kunyiit
beberapa helai daun selasih
serbuk kunyit, garam dan aji secukupnya
4 sudu besar minyak masak

cara2nya:
- sementara panaskan minyak, gaulkan sotong dgn garam dan kunyit kemudian masukkan sotong dlm kuali.
- bila sotong tak bertukar warna dan air sotong dah kurang, masukkan bawang2, halia dan cili dan tumis.
- lepas tu masukkan daun kunyit, daun selasih dan aji..kalau nak berkuah masukkan sikit air. biarkan sampai masak.

** sotong boleh ditukarkan dgn ayam...sekejap jer nak sediakan masakan ni.

GULAI SOTONG DAN NENAS

Bahan-Bahan:
1 kilo sotong sederhana [bersihkan]
1/2 biji nenas -[dipotong kecil dan nipis]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
4 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu besar rempah lemak/ikan
minyak
garam

bahan tumis -mayang
3 ulas bawng merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 s/k halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bahan tumis.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Curahkan bahan tumis yg dah wangi tu dan minyak dalam periuk yg masak kuah tu.Tutupkan periuk dan biarkan.
5. Bila nak menghidang baru kacau rata dan hidangkan bersama nasi.

Sambal sotong utara

Anggaran 1 kg sotong (besar) - potong la ikut suka
Cili kering mesin - 5 atau 6 sudu
Bawang merah mesin - 3 sudu
Bawang besar - 3 biji, hiris bulat
Serai - 3 batang, ketuk
Belacan sebesar ibu jari - tenyeh je bersama bawang merah tu..
Santan pekat dari 1/2 biji kelapa
Asam keping - 1 keping
Garam, gula dan ajinomoto mengikut rasa

Panaskan minyak (anggaran 2 cawan). Bila cukup panas, masukkan
bawang dan cili yg sudah dimesin tadi termasuk belacan la... Gaul sikit
peh tu masukkan serai. Masak sampai cili masak dan agak garing
sikit. Sementara tu boleh la masukkan garam, asam, pak aji sekali.
Masukkan pula santan pekat dan biarkan mendideh hingga terbit
minyak. Las sekali masukkan sotong yg dah disejat air basuhan nya.
Masak jangan terlalu lama..dalam 8-10 minit pun dah cukup. Guna
api sederhana. Biarkan berkuah, tapi pekat.

Lupa nak mention - guna sudu kuah yang bulat tu utk


SOTONG GORENG TOMYAM

Bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.


KERABU SOTONG

Bahan A :
500 gram sotong ...hiris kasar dan celur tanpa air
3 S/b Apple Cider Veniger [ boleh gantikan air limau nipis]
2 sudu teh kicap cair /sos ikan
1 sudu teh gula pasir

bahan hiris/mayang
2 batang serai
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda


Cara:
Gaulkan semua bahan dan hidangkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

   

 

   

2006-09-13